8/17/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [3 bulan]

A'isyah Hanina,

Membesarlah dengan baik, jadilah anak solehah yang membahagiakan Mama & Baba serta menyenangkan sesiapa yang berdampingan denganmu. Kasih sayang Mama pada A'isyah tak dapat diungkap dengan kata-kata, apatah lagi tulisan kaku di blog ini. Cuma Mama mahu A'isyah tahu yang Mama & Baba sangat menyayangi A'isyah. Happy 3 months old birthday darling, A'isyah Hanina. You’re my precious bounty ever!

Photobucket

Bukankah sangat membahagiakan melihat anak yang dilahirkan dengan bertarung nyawa kini mampu senyum kembali kepadamu? Ya Allah terima kasih atas nikmat yang Kau kurniakan ini. Nikmat bergelar seorang ibu. Alhamdulillah.

♥,
Mama

2 comments: