8/01/2011

Ramadhan

Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!

Alhamdulillah, akhirnya terubat juga rindu untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia. Keasyikan untuk beribadah sepanjang bulan ini menjadi lebih bermakna kerana aku kini di rumah kerana cuti sem yang panjang & dalam masa yang sama mempunyai pesaing seperti tahun lalu. Pesaing yang menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengerjakan kebaikan demi kebaikan. Dan pesaingnya adalah suami tercinta, Muhammad bin Dinsuhaimi.

"Fastabiqul khairaat!", cabar suamiku.

InsyaAllah, dengan kekuatan kurniaan Allah, akan aku cuba sedaya upaya. Aku berdoa moga semua umat Islam dikurniakan kesabaran dalam beribadah walau di mana sahaja mereka berada, walau dalam apa jua situasi yang dihadapi. Amin.

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN AL-MUBARAK!

10 comments:

  1. Alala, kesian Kak Izzah. Kalau darah nifas dah kering, boleh la. Byk pndpt ttg nifas ni. Jumhur ulama', 40 hari & Imam Syafie, 60 hari. Tak pasti. Cuba Kak Izzah check semula. :)

    ReplyDelete
  2. yup.. btul.. rmi kwn2 akk 60hari.. stakat nie belum boleh.. huhu..

    ReplyDelete
  3. selamat mengerjakan ibadat puasa (=
    moga ramadhan kali ini lagi baik dari sebelumnya, insyaAllah (=

    ReplyDelete
  4. Kak Izzah: A'ah. Depends pd org jugak. Takpa. InsyaAllah moga ketemu Ramadhan lagi.

    ReplyDelete
  5. Izzati Hashim: Selamat Berpuasa! Amin. BTW, Izzati kwn Zulaikha Osman eh? Student AlMashoor ke? :)

    ReplyDelete
  6. Saya kawan maya Zulaikha, kami kenal di blog juga. Mula2 di blog, dan FB dan hingga akhirnya, insyaAllah. (=

    salam perkenalan Kak A'isyah (=

    ReplyDelete
  7. Oic. InsyaAllah. Salam perkenalan! Tapi sy bukan Kakak A'isyah. Nama sy Norashikin. Just call me Shikin. A'isyah tu nama anak perempuan sy. :)

    ReplyDelete
  8. ish3. wat malu je. NI nampak sgt tak habis jalan2 kat sini ag ni =='

    sorry~! hehehe (segan2)

    kat tepi tu ada je nama, adehh =='

    and, tahniah bergelar isteri dan ibu di usia muda lagi (=

    -izzati hashim-

    ReplyDelete