[Kenangan; sewaktu usia kandungan 7 bulan]
Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut & mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah &a bukannya hasil konspirasi ibu hamil.
TRIMESTER PERTAMA; Masa penuh emosi
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri & yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen & progesterone di dalam tubuhnya berubah & ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai mengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.
Perkara yang dialami pasangan:
- Sering mual & muntah terutama di waktu pagi (morning sickness).
- Cepat penat & mudah mengantuk.
- Mungkin tiba-tiba meminta/menginginkan sesuatu yang aneh. Contohnya, nanak makan cendol pukul 2 pagi.
- Emosinya cepat berubah, menangis & berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.
Perkara yang boleh suami lakukan:
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat & tidur secukupnya. Usap lembut kepalanya.
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam, kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda.
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan macam "Anak Baba tengah buat apa tu? Usik mama ya?" boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenangkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang & perhatian LEBIH daripada biasa.
TRIMESTER KEDUA; Masa-masa bahagia
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak & juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah. InsyaAllah.
Perkara yang dialami pasangan:
- Emosi lebih stabil & morning sickness makin berkurang.
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya.
- Merasa bahagia dengan kehamilan.
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim.(khabar baik buat suami).
Perkara yang boleh suami lakukan:
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi.
- Seboleh mungkin dampingi & hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor.
TRIMESTER KETIGA; Takut & cemas
Perkara yang dialami oleh isteri:
- Semakin dekat dengan hari bersalin, biasanya isteri akan semakin takut & cemas.
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal.
- Sering mengeluh sakit, sengal, nyilu & berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung & bawah perut kerana bayi semakin membesar.
- Sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring. Bayangkan ada orang sedang mengeletek di dalam perut ketika kita tidur. Baby menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat. Jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut. Tapi, bila ibu mula berehat & tidur. Bayi akan semakin aktif. Comel sungguh! HEHE.
Perkara yang boleh suami lakukan:
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas & takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi. Bab shopping ni, tengah sarat pun sanggup naik turun tangga mall. HEHE.
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik & menarik. Tapi sebenarnya ramai yang bertambah cantik & berseri-seri apabila hamil.
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri.
- Bersiaplah untuk membantu & menemaninya pada masa isteri sukar tidur.
Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi & perubahan tubuh. Apa pun terjadi, bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.
Semoga bermanfaat!
well said :) hehe, *org yg tak kahwin lg plak yg smangat nk komen. ish
ReplyDeleteHEHE. Tak lama dah! Kan? :D
ReplyDelete