8/22/2011
Ramadhan Ini
Alhamdulillah, sekarang kita berada di fasa terakhir bulan Ramadhan. Rasa sedih pula rasanya sebab kita hanya ada beberapa hari shj lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Semoga bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. InsyaAllah.
Kedatangan Ramadhan pada kali ini adalah berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu. Indahnya Ramadhan kali ini kerana aku bergelar ibu kepada seorang anak kecil yang kini berusia 3 bulan. Solat sunat tarawih hanya mampu didirikan di rumah selepas A'isyah nyenyak tidur. Apa yang selalu terjadi, apabila A'isyah tidur, Mamanya pun turut terlena sama. Lalu, tarawih & tadarus AlQuran dikerjakan pada dini hari. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga peluang.
Terima kasih tak terhingga kepada suami tercinta kerana tak jemu-jemu mengingatkan diri ini untuk sama-sama meningkatkan ibadah berbekalkan kudrat & peluang yang ada. Terima kasih abang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment