8/15/2012

Hari-hari Terakhir Ramadhan

Salam,
Photobucket

Tinggal lagi 2 hari kita berada di bulan suci lagi mulia ni. Ramadhan semakin bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan & dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hambaNya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik & setiap saat masa yang berlalu untuk memastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

Tidak mahu menulis panjang. Cukup meluahkan rasa sayu yang tidak dapat di gambarkan. Meniti sisa-sisa akhir Ramadhan.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Nauzubillah. Justeru, perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan & berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hambaNya.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah & beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, solat sunat & segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

Sama-samalah kita istiqomah melakukan ibadah kepada Allah & gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.
Ya Ramadhan,
bulan suci,
Moga kita bertemu lagi tahun hadapan.

Ya Allah Ya Rabbi,
Izinkan aku bertemu Ramadhan di tahun depan lagi.
Amin.
Wallahualam.

8/10/2012

Iftar Anniversary with ♥

Salam,

Di awal pernikahan dahulu, kami berdua pernah membuat resolusi untuk dinner 'besar' bersama-sama setiap kali anniversary. Jadi, bersempena dengan bulan yang istimewa ini, kami bersepakat untuk merealisasikannya. Alhamdulillah, sambutan anniversary pada kali ini pastinya lebih meriah lagi dengan kehadiran si kecil A'isyah Hanina yang sudah pun pandai berjalan. Hasilnya, terciptalah satu majlis berbuka puasa yang amat bermakna bagi kami sekeluarga!

Photobucket
[Oppss! Kantoi tak puasa]

Photobucket
[Mama, stop taking my picture! A'isyah nak makan ni]

Photobucket
[Makanan Mama A'isyah dah sampai]

Photobucket
[Ini Baba A'isyah punya. Perasan tak ada budak kecik perasan org nak ambil gambar dia? HEHE]

Photobucket
[Kek anniversary kami]

Photobucket
[Kasi chance Baba A'isyah potong kek. Tapi, A'isyah mengamuk nak potong sbb hari tu birthday kek dia Baba A'isyah yang potongkan. HEHE.]

Photobucket
[Ini kek birthday A'isyah hari tu 18/5. Opah & Mak Long yang belikan. Thanks Mak Long & Opah! A'isyah suka Upin & Ipin]

Photobucket
[A'isyah potong kek. Eh, Baba A'isyah potong kek]

p/s: Apa-apa pun, thank you very much Abang for the wonderful iftar!

8/06/2012

Happy Anniversary, Abang!

Bismillah

7 Ogos 2010 yang lalu, Norashikin binti Azmi & Muhammad bin Dinsuhaimi sah diikat dengan ikatan aqidah, melalui ikatan pernikahan. Ikatan yang kukuh, ikatan yang menyatukan kami atas jalanNya.

Alhamdulillah, genap 2 tahun. Seolah-olah baru sahaja tangan Baba A’isyah disambut & dikucup oleh Mama A’isyah dalam upacara membatalkan air sembahyang, seolah-olah baru sahaja selesai kenduri kesyukuran perkahwinan kami.

Dua tahun, perubahan demi perubahan telah kami lalui. Bermula dengan hidup berdua, meniti saat-saat sebagai bakal ibubapa & kehadiran insan baru penyejuk mata & hati kami A’isyah Hanina. Tiada yang lebih membahagiakan kami selain mengharapkan redha Allah sentiasa mengiringi perjalan keluarga kami.

Dua tahun menyemai cinta. Cinta selepas perkahwinan terus mekar mewangi. Agak melucukan apabila kami sering mencari peluang untuk keluar 'dating', tidak kira waktu (bila-bila saja peluang terhidang). Seronok mengenang kembali mula perkenalan kami bagaimana persefahaman dibentuk melalui acuan murabbi, bagaimana gejolak perasaan dikawal & diurus mengikut jalur-jalur syar'ie, dan redha Allah & ibubapa didahulukan dalam memanifestasikan cinta kami.

Dua tahun janji kasih termeterai, baru selangkah kami menapak. KepadaNya kami memohon semoga dikuatkan kaki-kaki kami untuk terus menapak, selangkah demi selangkah menuju Mardhatillah.
"Abang, dua tahun Sayang terlalu bahagia menjadi isteri Abang. Terima kasih kerana sudi memilih Sayang sebagai bidadari dunia abang. Moga ia kekal hingga disana kelak. Abang, Sayang betul-betul bertuah dapat menjadi isteri Abang, menjadi Mama kepada anak Abang. Semoga kita dapat terus bercinta sampai ke SyurgaNya, dengan RahmatNya."
Syukur Ya Allah kerana memilih kami untuk turut melaksanakan sunnah Nabi-Mu yang agung ini. Moga ikatan ini terus rapi hingga nyawa kami dijemput menghadapNya. InsyaAllah. Amin.

Wallahualam.