11/13/2014

Hamil Ketika Belajar


Salam, 

Ramai yang kata: "Kalau pregnant masa tengah belajar, nanti anak mesti pandai." Ye ke?Hmm, actually, ikut Mama dia juga. Kalau dah dalam alam rahim, baby dah diasuh, diransang otak, halal haram makan pun dijaga, perangai Mama solehah, insyaAllah bijak anak itu nanti. 


Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk rasa 2 kali pengalaman pregnant semasa belajar. Ajaibnya, masa A'isyah & Maryam dalam kandungan, semangat untuk belajar & nak score dalam exam jadi extra berkobar-kobar. Semangat terlebih nak pergi kelas. Sebab time ni la kawan-kawan rajin offer naik kereta diaorang sebab kesian mak buyung kena berebut naik bas! Kalau buat assignment pun kemain mak buyung ni excellent & bersemangat siapkan awal dari dateline. 

Sometime rasa anak dalam perut yang belajar. Bukan Mamanya. Sebabnya, dua-dua kali pregnant, dua-dua ada morning sickness yang teruk. Tapi, bila pi final exam elok pulak tak muntah dalam dewan peperiksaan. Kadang orang taktau kita ni pregnant. Yerla, selalunya memang duk 'uwek, uwek' sampai segan orang duk tengok. So, rasa macam baby pulak fokus jawab exam sampai lupa nak buat mak dia loya pepagi. And alhamdulillah, masa pregnant A'isyah & Maryam la result exam paling elok selama 4 tahun pengajian. Mana taknya, 2 otak yang belajar; satu Mama, satu anak. 

Tapi, sebenarnya bila pregnant time study letih sebenarnya. Time A'isyah ok lagi. Time Maryam masa tu dah final year. So, sibuk dengan assignment + presentation + test + final year project + kokurikulum + exam. Kadang-kadang macam wonder juga dapat ke habiskan pengajian, dapat ke siapkan thesis ni? Macam-macam persoalan. Tapi, syukur alhamdulillah dapat lalui dengan sabar & memang dipermudahkan. Semuanya atas doa & sokongan semua especially suami, anak, keluarga & ramai lagi! 

Kawan-kawan se-course, sekolej & seusrah banyak membantu & very supportive dari segi moral & tenaga. Almaklum la kita ni pjj dengan suami. Jumpa suami pun weekend shj. Selebihnya dengan kawan-kawan la. Jasa individu yang banyak membantu memang tak dapat lupa malah doa Allah balas budi baik kalian semua. Jzkk! 

Untuk student yang berkahwin semasa pengajian & pregnant masa belajar jangan takut nak mengandung masa belajar k? Memang banyak dugaan & komitmen tapi insyaAllah anak lahir bersama-sama rezeki. When the times comes, like it or not, kita have to handle it. Just banyakkan berdoa moga dipermudahkan banyak urusan. 

Pls, jangan jadikan something positive into something negative. Always think of the good things & face segala challanges dengan kesabaran. Perlu hadapi dengan tenang, sentiasa berfikiran +ve & minta padaNya agar diberikan kekuatan & kesabaran yang berlipat ganda. Kalau kita nak senang/mudah shj dalam urusan hidup ini, for me tak best lah sebab takda cabaran. Sebab, cabaran hidup yang membuatkan kita lebih matang di hari akan datang. Wallahualam.

   photo 195975_10150127045884306_6232880_n_zps1da45767.jpg 
[Dengan A'isyah *tiadadalamgambartapiadadalamperut*] 

   photo DSC_2321_zps9162578f.jpg 
[Dengan Maryam *tiadadalamgambartapiadadalamperut*] 

 Semoga bermanfaat!

10/22/2014

Menghadapi Anak Sakit Merupakan Ujian

Salam, 

Dia tidur sahaja saja. Hisapan susu pun macam lemah. Paling membimbangkan, badan dia panas. Suhu badan mencecah 39C. Tak lama tu, dia nampak ok lepas sponging (lapkan badan dia dengan kain basah) & menyusu semua. Eh, gembira pula Si Maryam ni dapat main air. Siap macam berjoget. HEHE. Macam bukan dia yang demam tadi. So, we jumped into conclusion yang Maryam mungkin badan panas sebab bedung. 


Keesokan paginya, dia kelemahan. Tapi Maryam tetap Maryam. Kuat nyusu tetap kuat nyusu. Setiap kali buka mata macam bagi isyarat, “Mama, nak nenen!”. Anak I kan kuat makan macam I. But we can tell through her face lah yang dia tak sihat. Mata dia nampak sangat penat. Pun semangat lagi nak kena agah. Hinggalah dia tertidur berkali-kali. Dan sekali bila check temperature Maryam tetap panas. Oleh kerana demam tak kebah-kebah, husband amik keputusan bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor check & current temperature Maryam 38.5C. Doktor kata newborn tak sepatutnya demam & sememangnya Maryam perlu kena admit ward. 

Hari Khamis, satu hari suntuk saya berdua dengan Maryam. Saya tak boleh buat apa langsung sebab nak dukung sahaja dia. Tapi nasib baik dia tak melalak tak tentu arah ke apa. Dia masih main. Cuma dia tak berapa nak senyum. Orang selalu cakap, kalau anak tak sihat ni kita jadi penat & bercelaru sebab dia asyik nangis sahaja. In my case, lain pula. Maryam masa dia tak sihat, dia sangat passive. Tak ada nangis-nangis. Cuma merengek minta dipeluk (Maryam memang manja!). Sampai saya jadi susah hati. Dalam erti kata lain, bila dia demam dia mudah dijaga. 

Hari Jumaat, paling buat saya dengan husband risau tak tentu hala tu panas dia tak turun-turun. That could be a sign of infection ke apa. Petang sikit, doctor pakar round ward & check baby. Lepas check Maryam, doctor pakar kata since demam tak turun & nampak development Maryam tak macam newborn lain dia suggest ambil air tulang belakang untuk identify virus/bacteria apa yang ada dalam badan Maryam. Luluh hati bila dengar macam tu. Its an option. Tapi mak ayah mesti nak yang terbaik buat anak kan? Saya nangis ya. Nangis sebab kesian sangat tengok anak yang baru 7 hari melihat dunia macam itu jadinya. Lepas musyawarah dengan family, minta petunjuk Allah, minta doctor explain betul-betul, kami berdua setuju untuk benarkan pihak hospital ambil tulang air belakang Maryam. Hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk Maryam. 

Then, petang itu juga air tulang belakang Maryam diambil & doctor start antibiotic pada Maryam. Memang magik, lepas start antibiotic demam Maryam terus turun perlahan-lahan. Dan ternyata bukan sebab ubat sepenuhnya. Semestinya Allah yang Maha Penyembuh. Dia yang bagikan sakit, Dia yang bagi penawar jugak. Cuma perlulah bersabar dengan dugaanNya.

   photo C360_2014-09-09-19-14-08-154_zps4ff79b43.jpg 

Tapi sedihnya, Maryam kena isolate. So, mamanya kena balik rumah. Since tak boleh room in, bermula la kerja di bahagian milk supply. Terus & terus perah & hantar bagi susu sebanyak boleh. Sebab hanya dengan susu ibu yang boleh bantu dia. I try my best.

   photo C360_2014-09-06-20-25-41-286_zps14461083.jpg

 photo C360_2014-09-09-12-00-45-866_zps91353b74.jpg 

Ini sememangnya dugaan yang sangat mencabar buat kami sebagai parents. Kali pertama anak demam teruk sampai kena\ambil air tulang belakang. Mungkin tidaklah sehebat mana dugaan ni dibandingkan orang lain. Tapi itulah. Benar bila emak saya selalu cakap. Kalau anak demam, rasa nak pindahkan sakit anak tu ke kita. 

Hari Isnin, terus sihat alhamdulillah. And Maryam dah boleh transfer ke Presint 8 sebab Maryam dah stable. Kat situ Maryam just kena habiskan antibiotic for 21 days & depa nak observe Maryam. Kali ni saya boleh room in sekali. Lega! Beberapa hari lepas tu, result air tulang belakang pun dapat & syukur no grown up bacteria.

  photo 20140909_234707_zps07a8b0e9.jpg 

Hari ke-21, terus jadi Superbaby! Dah boleh balik rumah! Dia kembali seperti sediakala. Dan suara serta jeritan keterujaannya menguasai rumah ini. I am the happiest mommy in the planet! Terima kasih, Allah!

   photo C360_2014-09-13-07-33-46-766_zps47720372.jpg 

p/s: Ya Allah, jangan bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami pikul Ya Allah. Sesungguhnya Engkau menduga kami, dengan apa yang kami mampu. Engkau Maha Mengetahui. Alhamdulillah, Maryam dah sihat.

Hari Itu Hari Jihad

Salam, 

Alhamdulilllah, diberi lagi 'nikmat' bersalin kali kedua oleh Allah. Syukur kelahiran mujahidah ke-2 ini dipermudahkan. Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?). Orang cakap, nak bersalin ni sakitnya bermacam-macam. Ada yang mendefinasikan macam nyawa di hujung tanduk & ibarat sakit kedua paling sakit selepas sakaratul maut. Sakit itu datangnya dari Allah, hak Allah menyembuhkan, menghilangkan atau meringankan sakit tersebut. Yakin & berdoalah pada Allah. 

Sudah sebulan melahirkan Maryam Salsabila. Pengalaman melahirkan anak kedua ini boleh dikatakan mudah. Namun perit jerih melahirkan itu memang menyakitkan. Saya selalu bimbang untuk mengharungi tempoh kesakitan yang melampau itu walaupun ini bukan kali pertama. Saya sempat pesan pada suami, saya berpesan jika saya pergi mengadap Allah, suami akan memelihara kedua-dua anak saya sebaik mungkin menjadi anak yang solehah. Saya tiada harta. Saya tiada rumah di sana-sini, tiada kereta berderet-deret, tiada tanah berekar-ekar, tiada duit bertimbun untuk disedekahkan buat bekalan. Saya hanya ada zuriat. Itulah harta saya di dunia. So, entry kali ni nak share detik-detik kelahiran Maryam Salsabila. Rasanya baik kronologi kan pengalaman bersalin ini mengikut time & tarikhnya. 

Jumaat, 29 Ogos 2014 

2.30 pagi - Rasa sakit perut. Dalam hati kata, oh false alarm kot. Tapi, kontraksi semakin kerap & tak henti. Dah sejam sakit ni. Ni kalau tak kebah juga, kena kejut suami. After an hour, still sakit. Sah! Ni real contaction ni. So, slow-slow bangun dari katil & kejutkan suami yang nyenyak tidur ajak pergi hospital. Sementara tunggu suami bersiap, sempat ke tandas ambil wudhu’, lepas itu solat taubat & solat hajat. Bertolak ke hospital jam 4.00 pagi. 

4.30 pagi – Sampai hospital. Pintu rahim (os opening) baru 3cm. Nurse yang memeriksa lantas memberikan pandangan supaya saya dimasukkan ke dalam wad. Katanya, selalunya anak kedua cepat buka laluan. Saya akur memandangkan ada bilik kosong pagi itu. 

6.00 pagi - Sempat solat Subuh berjemaah bersama suami. Ketika itu terasa kontraksi semakin kuat & dekat-dekat. Saat saya berdiri menuju ke bilik air selepas kontraksi tiba-tiba darah berbentuk jeli telah keluar (show). Maka, saya & suami ke labour room. Di dalam labour room, kontraksi semakin kerap hinggakan ada staf bertanya, “Puan ada minum air selusuh?”. Saya tidak minum air selusuh tapi minum air zam zam & sebelum ke sini ada makan kurma sahaja. Ketika ini, suami setia di sisi sambil membacakan ayat AlQuran memohon agar Allah memudahkan & mempercepatkan kelahiran sambil menggosok ubun-ubun saya. 

6.30 pagi - Pada jam 6.30 pagi hari Jumaat, sekali lagi nurse memeriksa bukaan rahim. Ternyata kontraksi yang kerap itu membuahkan hasil. Bukaan rahim telah meningkat kepada 5cm. Bukaan rahim menjadi 7cm sejam selepas itu (7.30 pagi). 

8.00 pagi - Bukaan rahim telah mencapai 8-9 cm. Yeay, alhamdulillah! Another 1 cm. Ketika itu terasa seperti mahu meneran. Air ketuban dipecahkan, katil bersalin banjir dengan air ketuban. Nurse suruh teran, saya try teran. Tapi contraction pendek, jadi teran pun pendek. HEHE. Sakit dah terasa sakit sangat. Habis bucu tilam katil tu saya pegang. Position badan pun dah senget senget sebab sakit yang amat. Suami di sebelah menambahkan semangat saya untuk meneran. Staf-staf yang kesemuanya muslimah memberi sokongan padu supaya saya terus meneran kuat & panjang. Seperti di stadium bolasepak pula rasanya dengan sorakan dan semangat padu itu, cuma tiupan vuvuzela sahaja yang tiada. 

Jam hampir 8.25 pagi, kepala Maryam Salsabila akhirnya berjaya dikeluarkan. Atas izin Allah akhirnya lahirlah seorang hamba Allah di dunia tepat jam 8.28 pagi hari Jumaat, 29 Ogos 2014. Lepas baby keluar, Doktor Mimi Suria angkat tinggi & tunjuk, tengok ni boy ke girl? Suami dengan tenangnyanya jawab dulu, perempuan. Baby kali ini misteri. Setiap kali scan dia tutup kaki rapat-rapat. Jadi memang tak beberapa nampak lelaki atau perempuan. 

Lepas tu, yang paling istimewanya lepas nurse lap-lap & bersihkan baby, saya request untuk skin-to-skin dengan baby (kangaroo care). Suami ambil Maryam, terus dia letak Maryam kat dada untuk baby cari susu. Alhamdulillah, baby dapat menyusu dalam labor room. Pandai betul dia cari & isap. Bila dah siap jahit semua baru ada seorang lagi nurse datang untuk mandikan baby. 

Sebagaimana ibu-ibu yang lain, kami telah menempuh kesakitan yang teramat dalam. Setelah sebulan, saya telah terlupa bagaimana rasanya kesakitan itu dan memohon doa pada Allah agar memberi saya peluang lagi & lagi mengumpul ‘harta’ di masa akan datang, kerana ia adalah kesakitan yang telah saya lupakan. 

p/s: 
  • Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang banyak membantu saya ketika berada di hospital (KPMC). Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua.
  • Untuk Mak, Mama & Atok, semoga Allah terus masukkan kalian ke dalam syurga, kerana tiada kata yang mampu untuk diungkapkan untuk menggambarkan penghargaan di atas segala jasa Mak, Mama & Atok. 
  • Untuk suami permata hati, ahabbakallazi ahbabtani lahu, kita kumpul ‘harta’ banyak-banyak lagi. 
  • Buat sahabat-sahabat yang bakal melahirkan di luar sana, do look forward to the birth of your child. Nervous not, fret not! Labor is such a BEAUTIFUL experience, believe me. You will want to get pregnant & give birth again!

   photo C360_2014-08-29-18-23-02-548_zps843aaef0.jpg
(Fresh from Mama's womb)

10/21/2014

Another heartbeat of mine

Introducing our 2nd daughter, Maryam Salsabila binti Muhammad. May she become a beneficial person from the day she was born till her last breath. May she become Hafizah one day & may Allah love, bless, guide & protect her dunia wal akhirat.

   photo C360_2014-09-04-13-40-45-030_zpsf8f3f1b4.jpg

8/22/2014

What to buy first?


Salam, 

Perasaan bila dapat tahu diri hamil? Wah, mesti happy kan? Lepas tu mula lah tengok je barang baby, kalau boleh nak borong semua! Oppsss! Ingat, macam mana kaya sekali pun, berkepuk duit kat purse pun, ISLAM kata JANGAN MEMBAZIR!

Apatah lagi kalau bukan dalam kalangan yang kaya raya, yang biasa-biasa shj. Lagi-lagi yang bunting pelamin, banyak benda nak settle lepas kawin, nak kukuh ekonomi lepas buat kenduri kahwin.

Takpa, ada benda boleh beli dulu, ada benda boleh tangguh dulu. So, berdasarkan my experience yang tak banyak mana, I wanna share Mama-to-be & Baba-to-be yang patut kita dahulukan dulu & vice versa.

WHAT TO BUY FIRST?
1) Barang-barang baby

  • Lampin & set of baju baby
    Kalau ikut my mom dia tak berapa nak bagi beli awal-awal. Bukan apa, takut apa-apa jadi on the way, kang dah beli macam-macam, susah sikit nak get over. Well, ada kebenarannya juga kan. Tapi, kalau dah start 7-8bulan tu, better la start beli sikit-sikit. Takut juga kalau-kalau preterm labour kan? Tapi, tak perlu banyak sangat.

    Zaman sekarang lagi la dah main pakai pampers sahaja. So, lampin tu biasa beli untuk buat wrap baby & buat lapik-lapik sahaja. Baju beli la beberapa set, kalau tak tau jantina beli la warna yang unisex like white, green, orange, brown etc. Barut, booty, mittens & towel pun boleh beli. Towel jangan beli 1 sahaja. Sebab kalau baby ter pee pee kan at least ada back up. Ala, tapi guna lampin sahaja buat towel pun ok juga.

    Then, kalau beli baju jangan kecik sangat. Takpa baby mula-mula pkai baju besar tapi kan baby cepat membesar. Baju baby kan mahal, at least kalau dia boleh guna lama sikit kan lebih bagus.

    p/s: Jangan beli baju banyak sebab biasanya kalau ada sedara mara yang masih ada anak kecik akan ada 'upacara' baju turun temurun. HEHE. 

2) Barang-barang untuk si ibu
Ini selalu orang terlepas pandang. Semua untuk baby, bila dah bersalin mula lah suami garu kepala nak mencari barang sorang-sorang kat kedai. Dah tu balik isteri leter sebab tak berkenan.

  • Maternity pad
    Sila lah prepare awal. Yang ni penting. Guna pad biasa pun dah ok.
  • Nursing bra
    Kalau beli sejak pregnant pun dah boleh start pakai.
  • Nursing pad
    Ini penting especially dalam masa seminggu dua lepas bersalin, Kadang-kadang susu tiba-tiba banyak sampai bocor-bocor basah baju. Jadi, kalau dah prepare awal tak la suami pening nak pegi kedai mencari pekebendanya tu.
  • Set bersalin
    Ini kalau yang nak amik jamu ke, minyak apa-apa ke atau set dengan bidan ke, bila perut dah memboyot boleh la survey-survey. Tapi, nak nasihat sikit, jamu-jamu ni secondary sahaja. Yang penting jaga kesihatan especially through pemakanan.
  • Breast pump
    Haaa, yang ni better kalau kita set as one of our top priority. Bukan apa, selalu orang beli baju la, toys, baby crib etc sampai beribu-ribu. Lepas tu nak beli breast pump yang elok sikit dah lari bajet. Padahal, yang ni lah penting. Kalau kita save duit untuk beli breast pump yang elok sikit pun takpa. Boleh guna lama & boleh simpan untuk anak-anak akan datang. Yang penting ianya memudahkan kita di masa akan datang, insyaAllah. 

3) Hospitality
Ni tak la termasuk dalam perkara yang nak beli. Tapi amat penting untuk kita tentukan hospital mana nak bersalin nanti. Option bersadarkan apa? Refer sini: Dilemma Memilih Hospital.

Anyway, my point is, better save sikit duit untuk billings & all. Yerla, kalau dah nak bersalin kat tempat best, sayang bini & bajet pun ada lebih sikit, tak salah kan opt for the best hospital. Kot-kot la ada complication ke emergency ke, so better simpan duit awal-awal. Nanti tak la pening kepala.

  • Diaper rash cream, crack nipple cream etc
    Ni kira mini first aid. Tapi, kalau tak beli dulu pun takpa. Bila ada kes, baru beli. Sebab tak semestinya our baby kena diaper rash. 

WHAT CAN WAIT?
  • Baby crib/play pen
    Sebenarnya ini bergantung pada plan anda-anda semua. Baby crib can waits sampai bila kita nak anak kita tidur sendiri. Atau as early as 4 month old ke. Tapi, memang baby crib selamat. Tak la ada masalah baby jatuh ke, kena hempap ke. Well, it depends. Cuma at least tak la urgent sampai nak beli before deliver.
  • Baby safety set for travel
    Ini termasuk car seat, stroller, etc. Actually yang ni pun depends. Bergantung kepada your lifestyle. Kalau dah dari awal hantar anak kat tempat orang/travel a lot, better make it as our priority. Remember, it's safer to put our child on his/her car seat while driving! Tapi, I think stroller paling awal pun nak beli bila dah lepas pantang. So, tak la sesak sangat semua nak beli before bersalin.
  • Toys
    Alaaa... Baby tak reti main lagi. Biasa pun toys punya guide is 3 month ++. So beli nanti-nanti sikit. Mak Cik-mak cik & Pak Cik-pak Cik pun insyaAllah akan belikan. More creative? Buat la toys sendiri. Save bajet! HAHA!
  • Baby lotion, powder, minyak Yu yi etc
    Hmm, do you know that baby's skin is sensitive? Yes, sensitive until even baby powder is not actually suitable for newborn baby. Lagipun, baby kan bersih. Bukan main kotor pun. Paling-paling pun pee pee, poo poo, muntah. Alaa, semua tu takla kotor mana pun. Lagi-lagi yang ada antiseptic mcm dettol ke apa, haaa, lagi tak payah! Sebab the chemical is stronger. Cuma kalau nak massage baby bila kulit kita kering tak berapa best kan, apply la small amount of losyen/baby oil. Dah memadai dah.

    Also, wangi apa bau baby original. Kejap sahaja nak nikmati bau tu. Kang dah besar sikit dah takda tau bau tu. Kalau nak start bedak, syampoo, sabun pun, maybe biarla baby dah lasak, dah peluh busuk. Itupun kalau bila baby dah 4-6 month ++. Oh ya, kan hadiah famous untuk newborn is set mandian ni. (A'isyah Hanina punya masih ada stock lagi. HEHE)

    Minyak Yu yi & yang seangkatan dengannya tak berapa baik untuk baby. Again, just apply kalau ada kes sahaja la ya. Tak payah la tiap-tiap lepas mandi bau minyak baby kita. Dont worry, kalau breast feed, insyaAllah jarang kembung perut. 

TIPS BELI BARANG BABY
  • Plan dulu. Tengok mana perlu & tak berapa perlu. Setiap orang mungkin agak berbeza tapi biasa basic sama sahaja. 
  • Prefer beli barang yang berkualiti & mahal sikit. Especially, kalau barang tu boleh digunakan sampai anak-anak yang seterusnya. Juga barang-barang yang memerlukan kita pentingkan safety. Contohnya: stroller, car seat, play pen. Ada yang murah, tapi tak sure in term of safety macam mana. 
  • SALE! Serious baby sale is a great time to buy. HEHE. Tapi jangan rambang mata sampai terbeli benda yang tak penting sangat. 

Ok, so far ini sahaja yang ada dalam minda untuk dikongsi. Diharap dapat menjadi panduan buat para ibu lain especially yang baru 1st time.

Semoga bermanfaat!

8/20/2014

Jom pack Hospital Bag!

Salam, 

Kejap shj masa berlalu. Teringat masa mula-mula pregnant dulu. Lambatnya waktu berlalu. Tak sabar nak tunggu bila 1st trimester berakhir. Dengan morning sickness & perasaan insecure (masuk 2nd Trimester, risiko berkurang sehingga 50%). 

Now, dah nak masuk 39 weeks, time flies. My hubby's grandma pun dah keeps on reminding me to pack for hospital bag. Ye lah, dah sarat, apa-apa boleh berlaku. So, bersedia awal lebih baik, takut tiba-tiba emergency nanti, segala benda nanti lupa nak bawa. Kalau rumah sebelah hospital takpa la jugak. Kalau dah siap segala, bila dah tiba masanya, it's just a matter of grab & go. 

Walaupun nak pack untuk 2-3 hari shj, macam-macam kena list. Itu berdasarkan pengalaman lalu & ditambah dengan homework mengoogle. Elok la sekiranya sediakan beg-beg yang berasingan untuk ke hospital; kita pack 2 beg berasingan (1 for me & 1 for my Little Caliph). Walau bagaimanapun, ini adalah my version. Lain orang lain caranya. Whatever it is, I hope list ini dapat membantu ramai especially first time mommies out there!


   photo A1191614_zps5f135266.jpg 

MAMA'S BAG (My Bag) 
  • AlQuran (just bawa Ipad/hp shj) 
  • Telekung 
  • Bahan bacaan (WARNING: Elakkan membawa magazine gosip yang tak berfaedah. Digalakkan & elok bawa buku ilmiah) 
  • Toiletries (sikat, berus & ubat gigi, shampoo etc. Kalau boleh bawa yang travel size)
  • Pakaian (Kemeja, skirt labuh/kain batik, nursing bras, socks, cardigan, sweater etc)
  • Penyusuan (Breast pump) 
  • Maternity/Sanitary Pads 
  • Handphone & charger/power bank 
  • Camera 
  • Slippers 
  • Tuala 
  • Tanamera Virgin Coconut Oil (for perineum massage) & Tanamera Herbal Massage Oil
  • Air zam zam, kurma, kismis

BABY’S BAG
  • Baju untuk pulang & Topi
  • Mittens & Booties x 2 pasang 
  • Barut 
  • Blanket & Swaddle x 1 helai 
  • Kain Lampin/Napkin x 2 helai 
  • Newborn Diapers x 7 keping (just in case)
  • Spray Bottle & Cotton Balls (replace baby wipes)

    Ok, I think that's all! Semoga bermanfaat!

8/14/2014

Amalan Semasa Mengandung

Salam,

Menjadi 'mak buyung' or pregnant women, perkara yang difikirkan adalah untuk pastikan anak dalam kandungan sihat, sempurna & selamat. Macam-macam pesanan dari doktor pasal makan; minum air sekurang-kurangnya 2 liter, kurangkan pedas, berempah etc. Jadi, entry kali ni nak share tentang amalan pemakanan & supplement ketika hamil. 

MAKANAN

  • Healthy Diet - Amalkan pemakanan yang seimbang. Kalau makan tu, make sure dalam pinggan balance dengan protein (ikan/ayam/daging/seafood), karbohidrat (nasi, ubi-ubi) & vitamins from sayur. Tak lengkap kalau tak makan 3 benda ni dalam 1 meal. 

MINUMAN
  • Mineral Water - Yang ni tak pregnant pun duk balun banyak liter. 
  • Susu -  Setiap pagi mesti minum susu! Paling suka susu Dutch Lady yang kotak kecil tu. Sebab mudah & sebelum masuk kelas/kuliah sempat beli & buat sarapan tiap-tiap pagi. Khasiat susu memang tak payah cerita la kot sebab semua orang dah tau kan. 
  • Jus buah - Any jus buah pun boleh! Jangan la pulak pi hentam jus nenas! Nangis tak berlagu nanti. Macam kita suka jus carrot! :D
  • Air Kelapa - Mak memang suggest minum air kelapa ni nanti anak bersih katanya. 

SUPPLEMENTS
  • Asid Folik Pengambilan Asid Folik sangat penting untuk pertumbuhan awal baby. Bila dapat tau shj pregnant, first benda kena makan is asid folik ya.
  • Blackmores Pregnancy Formula This one really bagus! Sebab Blackmores ni lengkap. Ada iron, vitamin, DHA, benda-benda untuk ibu mengandunglah.
  • Gaviscon - My best friend waktu pregnant sebab kes heart burn teruk! Gaviscon ni best sebab mampu hilangkan heartburn within a second. So, akan rasa lega serta merta. Dont worry, Gaviscon ni memang selamat untuk ibu mengandung. 

MAKANAN SUNNAH
  • Susu kambingSusu kambing adalah minuman sunnah & susu terbaik selepas susu ibu. Susu kambing juga dikatakan dapat mengurangkan risiko bayi dari demam kuning (jaundice). 
  • Madu, Kurma & Kismis Madu, Kurma & kismis, makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat & vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah & kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin & mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam AS yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa AS.
ROHANI
  • Surah Pilihan - Dari segi keperluan rohani semasa hamil, duk amalkan bacaan 3 surah yang sangat glamour ni; YUSUF, LUQMAN & MARIAM. Oh ya, satu lagi, kalau nak susu badan banyak, banyak-banyak la baca surah ALHUJURAAT. InsyaAllah, susu badan akan banyak! Tapi, bak kata my mother in law, seeloknya waktu pegnant ni cuba la khatamkan AlQuran. Itu yang terbaik. 
  • Jaga solat - Cuba la sedaya upaya mencukupkan solat 5 waktu ya. Walau sibuk, letih, berusaha la untuk solat bila tiba waktunya. Masa sujud yang terakhir tu, sujud lama sikit & niat dalam hati apa yang dihajatkan. For example:  “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat dari benih yang baik, kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah dan sempurna sifatnya. Amin”
  • Qiamulllail - Kalau terjaga malam tu sebab buang air kecil atau apa, terus la buat solat sunat taubat & solat hajat.
  • Nasyid/selawat - Waktu buat kerja rumah macam gosok baju ker sidai baju ker, cer dendangkan nasyid or selawat pada little caliph. Biasakan anak dengar benda-benda baik sejak dari alam rahim lagi.

Ok, ini la sedikit sebanyak amalan yang boleh dilaksanakan. Mudah-mudahan, perkongsian ini memberi 
manfaat!

8/13/2014

Tips & Petua Anak Demam Campak

Salam, 

Banyak petua yang jumpa dalam internet. Sebelum ni tak ambil peduli sangat. Tapi, bila dah terkena pada anak sendiri, baru la kalut berpeluh-peluh tanya Atuk/Mak/Mama, surf internet untuk cari remedies yang sesuai. Jadi, entry kali ni nak share sikit tentang kes demam campak. 

First of all, demam campak ada dua jenis; demam campak kecil/halus (measles) & demam campak besar (chicken pox). Measles ni macam ruam-ruam. Aisyah dah pernah kena time kecil dulu, she was 6M on that time. Demam campak besar pun A'isyah dah pernah kena when she was 2Y 5M. Yang nak di story kan sini ialah campak yang besar gedabak tu. 

 photo 322247_10150577954154306_1349155309_o_zps067198f3.jpg
[Measles]

   photo A1200590_zps0787e479.jpg
[Chicken Pox] 

Demam campak ni lebih kurang demam biasa juga. Bezanya virus dia lagi power. Bila virus lagi power, sistem imunisasi badan pun kena kerja lagi keras & kuat nak lawan, Jadi badan hantar signal kat otak, "Salam otak, kita kasi lawan ya!". So, badan anak pun panas. Nak buang panas tu kena keluar through rongga-rongga kulit la kan. Makanya, naik la bintat-bintat comel di badan. 

Ini antara tips & petua yang boleh cuba/usaha: 

  • Daun semambu boleh alaskan atas tempat tidur. Lagi bagus kalau anak terus baring atas daun. Kalau anak tak nak, boleh alaskan kain batik atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Oh ya, lebih elok mandi pun dengan air daun semambu juga.

   photo A1200597_zps773fa082.jpg
[Daun Semambu] 
  • Minum air kelapa yang fresh! 
  • Lumur calamine lotion kat badan anak. Bagus sebab bila sapu lotion tu, memang kurang gatal & menggaru, insyaAllah.

   photo A1200595_zps9998ea33.jpg
[Calamine lotion] 

  • Gunakan oat yang kita duk makan tu. Kisar & lepas tu masukkan oat yang di kisar (tak perlu terlalu lumat), masukkan dalam socks nipis atau uncang kain & gosok-gosok pada badan untuk hilangkan miang badan. Ni kira mcm equipment yang boleh guna as 'penggaru' kalau anak duk mengadu gatal badannya.

     photo A1200600_zps3776a5b4.jpg
    [Oat]

     photo A1200593_zps1136f042.jpg
    [Oat yang dah dikisar & diisi dalam socks/uncang kain] 

  • Kalau boleh elakkan tumis-menumis dalam rumah yang ada pesakit demam campak. Sebab di khuatiri rasa gatal & miang pada badan semakin menjadi-jadi. 

  • Jangan biarkan anak berpeluh. Duduk dalam air-cond ataupun dalam cuaca nyaman adalah sebaiknya. Also, tak payah pakaikan anak baju, biar berlenggeng (half-naked). Paham tak? HEHE.

  • Jangan kena hujan. Orang kata kalau kena hujan takut jadi parut. Tapi, kena hujan zaman sekarang ni memanglah tak baik untuk kesihatan kan. Hujan asid. Udara kan dah tercemar. Tak kira sakit chicken pox ke sihat walafiat ker tak payah bagi kena hujan ya. 

  • Ke klinik berdekatan. Check doktor & ambil ubat yang doktor suggest. 

     photo A1200602_zpsc47ae9d8.jpg
    [Ubat-ubatan dari klinik] 


  • Bersabar & berdoa. Mama & Baba kena banyak bersabar dengan karenah anak kalau tengah tak sihat macam ni. 24jam merengek, serba serbi tak kena. And always doa semoga anak cepat sembuh.

Ok, ni adalah antara tips serta petua yang dapat dikongsi. Kalau ada tips-tips serta petua yang lain, boleh share di ruangan komen. Jasa anda di hargai & ramai dapat berkongsi tips serta petua anda. Semoga bermanfaat!

8/10/2014

Dilemma Memilih Hospital

Salam,

   photo 1003777_10200428113567611_1147272986_n_zpsf636ff36.jpg 

Menjadi lumrah untuk kita merancang di mana untuk bersalin. Jangan kata nak bersalin, nak buat monthly check up pun ada dalam kalangan Mama & Baba to be yang sangat selektif. Semua tu semata-mata untuk memastikan ibu & bayi sentiasa selamat & proses kehamilan & kelahiran berjalan lancar. As for myself, memang tergolong dalam kalangan Mama yang suka nak bergoogling & berusaha mencari info, even sekadar nak memilih hospital bersalin. Biasalah, banyak nak kena belajar & bertanya. So, apa kriteria untuk kita pilih hospital untuk bersalin? 

1. Hospital kerajaan/swasta? 
I think tak kisah whether kerajaan or swasta. Both have their own pros & cons. Ianya just bergantung kepada bajet kita & suami & juga keinginan masing-masing. Some people memang suka bersalin hospital kerajaan sebab lebih 'selamat' & 'terjamin' sekiranya berlaku komplikasi di saat akhir. Kebanyakan orang berpendapat tak berani nak bersalin hospital swasta sebab takut kalau ada komplikasi serius di saat akhir akan kena hantar government hospital. 

2. Dekat dengan rumah/tempat di mana kita banyak spend masa 
I think the best hospital should be the one yang lebih dekat dengan tempat kita reside ketika menjelang hari bersejarah tersebut. Yerla, kot sakit bersalin waktu malam. Acaner? Another issue is kalau boleh, biarlah jalan nak ke hospital tu taklah jam sangat. Takut kalau emergency, terbersalin dalam kereta pula. Nauzubillah. 

3. Hospital rakan bayi 
Apa itu hospital rakan bayi? Hospital rakan bayi basically is hospital yang menekankan keperluan bayi secara natural. Hospital ni menekankan exclusive breastfeeding. They'll provide nurses to help us & teach us how to breastfeed our baby. They won't introduce formula feeding to our baby. Selalunya pengalaman kawan yang 'ngeri', 1st day baby diberi formula milk dengan alasan susu ibu tak keluar lagi. Hmm, this is definitely not a hospital rakan bayi. All government hospital are hospital rakan bayi, plus some private hospitals. But don't worry if the hospital nearby our house takde label hospital rakan bayi. We can inform the doc & nurse yang we nak exclusive breastfeed our baby. They'll respect our decision, insyaAllah. 

4. The doctor 
Some people may not really mind about this. But, I think most of us do care about this. A female doctor pls! Kalau government hospital tak sure tapi boleh request. But, for private, we can always choose our gynea. So, kena pilih hospital yang ada gynea wanita. Alhamdulillah, first baby berpeluang disambut oleh doc yang solehah, baik & tenang. Before start sambut baby keluar, dia akn recite bismillah, azan, nasihat-nasihat, tak lupa untuk ingatkan kita untuk banyak bersalawat, tawakkal etc. 

5. Budget 
Nak pilih hospital mana mmg ada kaitan kuat dengan bajet. Just imagine average utk bersalin hospital swasta, normal delivery = RM2-7K, c-sect = RM7-15K. Itu bergantung juga kepada room charges, nursery & macam-macam lagi. And nak ada anak, nak pakai duit pun banyak juga. Kalau ada rezeki lebih sikit takpa la nak bersalin kat private hospital. Kot la boleh claim kat company ke apa. Tapi, kena buang pemikiran 'the more expensive, the better' atau senang cerita kalau hospital bayar mesti lebih bagus. Tak semestinya! Kalau takda apa-apa masalah & bersalin normal, we would take 1-2 days shj in the hospital. Kalau bersalin kat government hospital pun apa salahnya. Duit yang beribu-riban tu boleh allocate kat tempat lain. Like I said, it depends on our preferential. 

So? 
Best hospital = Established hospital + nearby + Good doctor + Rakan bayi + suitable with budget

8/08/2014

My 2nd Pregnancy Wishlist

Salam, 

Since this is my second child, I don't really have that long of a wishlist, or even need much sebab masa A'isyah dulu I think I covered almost everything. So, this time around the only things on my wishlist (and I swore to myself that I would ONLY buy) are:

1) Electric Breastpump: Madela Freestyle/AVENT Isis Uno


 photo 8_zps0be0c172.jpg

2) Breastfeeding Pillow: My Best Friend Nursing Pillow

 photo pillow-vert_zps47c273ed.jpg

3) Bouncer: Fisher Price Sleeper/Bjorn Balance Bouncer/Nuna Leaf


 photo 3_zpsbe59ee9b.jpg

 4) Changing Table: IKEA

 photo 0119722_PE276153_S5_zps1472f43a.jpg

5) First Year Secure Sleeper

 photo secure-sleeper-4_zps5603576a.jpg 

6) Bassinet: Delta/Sweet Cherry

 photo 6_zps0fcec660.jpg 

7) Baby Carrier: Moby Go Carrier/Stokke MyCarrier/Boba 4G

 photo 7_zpse382ae12.jpg 

8) Car Seat: Maxi Cosi Cabriofix/Maxi Cosi Pebble

 photo 2_zpsa4c29fe0.jpg

9) Tandem Stroller: Kinderwagon/Cosatto

 photo 4_zps91f02955.jpg

10) Confinement Set: Tanamera/Nona Roguy 

 photo 1_zpsef1280de.jpg 

AND THATS IT! 

 Can you believe it? Itu shj dalam my wishlist this time around! Well, we already have the clothes (yes, recycle shj A'isyah punya yang universal colour), the sterilizer, the bathtub, the baby gym, the socks & mittens.

 photo 5_zpsea144f86.jpg

and OWHHHH... how could I forget.. PERHAPS... a new diaper bag for my baby! Loving the Storksak! I think in Malaysia the retail price is about RM5++ to 2K. Arghhhh! Love the design! Drooooolll! 

And that's about it! Pendek kan wishlist? Hope can settle everything before the baby comes. :)

7/16/2014

Kenapa saya suka pakai Jubah?

Bismillah
 photo 123_zpsa803f91a.jpg

Sejak berkahwin, memang suka pakai jubah. Nampak muslimah yang pakai jubah, rasa tenang hati ini. Warna jubah hitam & warna lembut macam pastel colour itu memang menawan for me. Syukur sebab sekarang memang almari penuh dengan jubah. Suami pun memang suka perempuan berjubah & bertudung labuh.


Alhamdulillah, selepas tamat persekolah di SMKA & terus ke universiti di KL tak lalui kejutan budaya. Sebab, kawin awal kot. Jadi Allah pelihara. :D Takut juga kalau-kalau diri ini berubah. Kot-kot cabut tudung dari kepala, pakai baju ketat-ketat macam baju saiz baby, pakai seluar yang tak cukup kain & macam-macam lagi. Malu nak jawab kalau kawan-kawan bukan Islam tanya, "Orang Islam bukan kena pakai tudung ka?" Lepas kawin, suami banyak belikan baju-baju yang mengikut syariat; T-Shirt muslimah, tudung labuh, baju kurung & jubah. *jzkk my love*



Well, selalu mendengar yang orang yang berjubah & bertudung labuh atau itu adalah golongan yang kurang sanitasinya, kurang pendidikannya, kurang ekonominya & pelbagai macam lontaran yang buruk terhadap mereka. Pls make up your mind! Sebenarnya, banyak kebaikan yang didapati bila memakai jubah. Antaranya:



1) Mudah

Especially bila pergi jalan-jalan ke mall. Bila tiba time nak solat di surau mall, selalunya telekung byk yang telah dipakai orang kalau waktu ramai orang, sesak. Bila berjubah, tak perlu risau sbb boleh terus solat dengan berjubah tanpa telekung. Cukup dengan jubah, tudung & stokin.


2) Jimat Masa

Sesuai untk semua majlis. Nak iron pun 1 piece shj! Tak ambil byk masa.


3) Sangat Praktikal

Dapat menyusukan anak dengan aurat yang terjaga di mana-mana dengan pemakaian tudung & abaya, insyaAllah. Abaya jenis butang di hadapan/nursing friendly memang sesuai untuk ibu yang nak pam susu di dalam kereta. Tapi, make sure tudung labuh. Maka, tak perlu bersusah payah nak beli nursing cover, nursing blouse & sebagainya yang boleh tahan harganya.


Plus, sekarang ada macam-macam jenis abaya & jubah yang boleh dipakai dengan pelbagai warna & fesyen yang menarik. Begitu juga dengan harga yang ditawarkan, memang variasi.



As a jubah lover, saya memasang niat & cita-cita untuk menjual abaya & jubah mampu milik kepada muslimah di Malaysia. Moga perniagaan abaya & jubah mampu milik ini nanti akan berterusan & boleh membantu semua muslimat di Malaysia menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah. Doakan keberjayaan nanti ya.



Again, for those yang selalu tanya, "awat hg selalu pakai jubah & abaya Shikin?" Jawapannya, because I fall in love with this outfit, my husband love to see me wearing it & Allah sayang (ikut perintah Allah menutup aurat). *wink*

Wassalam.

7/12/2014

Made In Penang Interactive Museum (Penang 3D Art/ Trick Art Museum)

Salam, 

Semalam, lepas attend Majlis Tautan Kasih islah di nursery A'isyah, kami anak beranak ke Made In Penang Interactive Museum. Duk tengok ramai duk haplod gambar di FB, terasa teringin nak masuk tengok. 

Made In Penang Interactive Museum is a place for photographer. Why? Because, all you can see in the museum is a painting on the wall. And they are 3D. So, kalau tengok saja kesan tu tak berapa syok. You need to capture with your camera so then only you can see the beauty of the paintings. Interesting part dalam museum ini adalah The 3D mural arts gallery at upper floor.

 photo DSC_1641_zps33ab0f93.jpg
[We made the front page]

 photo DSC_1703_zps028769f7.jpg
[Beautiful dolphins & the Penang bridge]

 photo DSC_1698_zps925debbc.jpg
[Phyton? Giant snake? No fear, just kiss]

 photo DSC_1707_zps1817e905.jpg 
 [A show together with P. Ramlee]

 photo DSC_1692_zpsa39888f5.jpg 
[A'isyah fight with the fire dragon]

 photo DSC_1754_zpsf0a6dcd7.jpg 
 [How dare you trying to bully my princess!]

 photo DSC_1659_zpsfebd0703.jpg 
 [Betel Nut Palm] 

Last but not least, a romantic 3D art in the museum. "Will you marry me?" "Yes, I do."

 photo DSC_1714_zpsad7cf326.jpg 

And dekat situ ada juga interactive kiosks. There are a total of 4 interactive kiosks in this interactive museum. The first two kiosks are for us to play with the vivid coloured masks of Sichuanese opera. All we need to do is just stand if front of the screen with sensor, then we will see our self wearing the coloured mask. Quite fun playing at this kiosk. 

For the other two interactive kiosks, we will need our entrance ticket. What we need to do is just place the entrance ticket on our hand (with the QR code facing up, as shown in the picture below) & move towards the sensor, then a 3D image (Komtar/Penang ferry) will be projected on the screen together with our image as if we are holding the Komtar building or Penang ferry. 

< photo DSC_1731_zps88ae0f0f.jpg
[Look! The Komtar building in my hand] 

Finally, I'm done with all the 3D arts. I hope you enjoy the photos. It was fun & exciting taking photos with these 3D arts although I'm getting very tired towards the end. At the end of the tunnel, there is surprise where CM Lim Guan Ying awaits us for a cup of coffee with his signature smile!

 photo DSC_1618_zpsb48e90e2.jpg 

Alhamdulillah, A'isyah enjoy datang ke museum ni. And I think it's brilliant idea to convert the building into museum. Oh ya, pastikan camera full battery kalau berhajat ke sini. Spare with your handphone ke apa to take photos. And please note the guide on the floor exactly dekat mana you should set your feet nak amik gambar. And usually at the side of the mural ada some notes describing sample of photo should be taken. To give you some ideas lah.

Wassalam.

5/08/2014

Review Tadika A’isyah Hanina

Salam,

Sekejap betul dah sampai pertengahan tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Hmm, hari ini tiba-tiba rasa nak update blog.Nak share tentang pendidikan anak. Alhamdulillah, Tadika A’isyah sekarang memang bagus. Dah nak masuk 2 tahun A’isyah di Tadika Iman.

Sejak bertadika, bila balik rumah ada saja ilmu baru, seronok tengok. Belajar solat, nasyid, zikir, pakai tudung etc. Alhamdulillah sejak masuk tadika, nampak A’isyah pandai socialized. Ramai kawan-kawan A’isyah katanya. "Separation anxiety" pun dengan Baba A’isyah & Mama A’isyah dah ok. Berdikari banyak lah. Grown up girl!

Percapaian? Dari awal, memang harap dia lebih bersosial dengan orang luar, bina "self- esteem". And of course memang ada perubahan. Selain tu, cikgu report, A'isyah banyak cakap, banyak makan & so on. HAHA.

Buat mak-mak yang mencari nursery untuk anak, memang recommend Tadika Iman ni. My husband & I berpuas hati dengan servis Tadika Iman. Ilmu yang A’isyah dapat di tadika pun insyaAllah benefiting from both. Tersemat di dadanya, jitu tauhidnya sampai bila-bila, mudah-mudahan.

Ni antara gambar yang cikgu A’isyah share dengan kami. Aktiviti A’isyah di sekolah. Aktiviti grooming ala-ala muslimah! 

 
 photo 10171690_10202952390183431_1422199759627879835_n_zps66e422ef.jpg
[Sebelum berhijab. Tudiaaa gelang, kalah Mami Jarum!]

   photo 10312662_10202952390343435_1819742674850648932_n_zpsa43e22e3.jpg 
[Cikgu pakaikan A'isyah tudung]

   photo 10173753_10202952390503439_7049162904936235523_n_zpsa0d27a0d.jpg 
[Dah siap! Solehah sangat! ^.^]
   photo 10252128_10202952391023452_2257183986958109098_n_zps44d77d4a.jpg 
[A'isyah & the geng] 

 Ok, That's all from me for now! Jzkk for reading! Selamat berhujung minggu semua!