7/16/2014
Kenapa saya suka pakai Jubah?
Bismillah
Sejak berkahwin, memang suka pakai jubah. Nampak muslimah yang pakai jubah, rasa tenang hati ini. Warna jubah hitam & warna lembut macam pastel colour itu memang menawan for me. Syukur sebab sekarang memang almari penuh dengan jubah. Suami pun memang suka perempuan berjubah & bertudung labuh.
Alhamdulillah, selepas tamat persekolah di SMKA & terus ke universiti di KL tak lalui kejutan budaya. Sebab, kawin awal kot. Jadi Allah pelihara. :D Takut juga kalau-kalau diri ini berubah. Kot-kot cabut tudung dari kepala, pakai baju ketat-ketat macam baju saiz baby, pakai seluar yang tak cukup kain & macam-macam lagi. Malu nak jawab kalau kawan-kawan bukan Islam tanya, "Orang Islam bukan kena pakai tudung ka?" Lepas kawin, suami banyak belikan baju-baju yang mengikut syariat; T-Shirt muslimah, tudung labuh, baju kurung & jubah. *jzkk my love*
Well, selalu mendengar yang orang yang berjubah & bertudung labuh atau itu adalah golongan yang kurang sanitasinya, kurang pendidikannya, kurang ekonominya & pelbagai macam lontaran yang buruk terhadap mereka. Pls make up your mind! Sebenarnya, banyak kebaikan yang didapati bila memakai jubah. Antaranya:
1) Mudah
Especially bila pergi jalan-jalan ke mall. Bila tiba time nak solat di surau mall, selalunya telekung byk yang telah dipakai orang kalau waktu ramai orang, sesak. Bila berjubah, tak perlu risau sbb boleh terus solat dengan berjubah tanpa telekung. Cukup dengan jubah, tudung & stokin.
2) Jimat Masa
Sesuai untk semua majlis. Nak iron pun 1 piece shj! Tak ambil byk masa.
3) Sangat Praktikal
Dapat menyusukan anak dengan aurat yang terjaga di mana-mana dengan pemakaian tudung & abaya, insyaAllah. Abaya jenis butang di hadapan/nursing friendly memang sesuai untuk ibu yang nak pam susu di dalam kereta. Tapi, make sure tudung labuh. Maka, tak perlu bersusah payah nak beli nursing cover, nursing blouse & sebagainya yang boleh tahan harganya.
Plus, sekarang ada macam-macam jenis abaya & jubah yang boleh dipakai dengan pelbagai warna & fesyen yang menarik. Begitu juga dengan harga yang ditawarkan, memang variasi.
As a jubah lover, saya memasang niat & cita-cita untuk menjual abaya & jubah mampu milik kepada muslimah di Malaysia. Moga perniagaan abaya & jubah mampu milik ini nanti akan berterusan & boleh membantu semua muslimat di Malaysia menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah. Doakan keberjayaan nanti ya.
Again, for those yang selalu tanya, "awat hg selalu pakai jubah & abaya Shikin?" Jawapannya, because I fall in love with this outfit, my husband love to see me wearing it & Allah sayang (ikut perintah Allah menutup aurat). *wink*
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment