- Healthy Diet - Amalkan pemakanan yang seimbang. Kalau makan tu, make sure dalam pinggan balance dengan protein (ikan/ayam/daging/seafood), karbohidrat (nasi, ubi-ubi) & vitamins from sayur. Tak lengkap kalau tak makan 3 benda ni dalam 1 meal.
- Mineral Water - Yang ni tak pregnant pun duk balun banyak liter.
- Susu - Setiap pagi mesti minum susu! Paling suka susu Dutch Lady yang kotak kecil tu. Sebab mudah & sebelum masuk kelas/kuliah sempat beli & buat sarapan tiap-tiap pagi. Khasiat susu memang tak payah cerita la kot sebab semua orang dah tau kan.
- Jus buah - Any jus buah pun boleh! Jangan la pulak pi hentam jus nenas! Nangis tak berlagu nanti. Macam kita suka jus carrot! :D
- Air Kelapa - Mak memang suggest minum air kelapa ni nanti anak bersih katanya.
- Asid Folik - Pengambilan Asid Folik sangat penting untuk pertumbuhan awal baby. Bila dapat tau shj pregnant, first benda kena makan is asid folik ya.
- Blackmores Pregnancy Formula - This one really bagus! Sebab Blackmores ni lengkap. Ada iron, vitamin, DHA, benda-benda untuk ibu mengandunglah.
- Gaviscon - My best friend waktu pregnant sebab kes heart burn teruk! Gaviscon ni best sebab mampu hilangkan heartburn within a second. So, akan rasa lega serta merta. Dont worry, Gaviscon ni memang selamat untuk ibu mengandung.
- Susu kambing - Susu kambing adalah minuman sunnah & susu terbaik selepas susu ibu. Susu kambing juga dikatakan dapat mengurangkan risiko bayi dari demam kuning (jaundice).
- Madu, Kurma & Kismis - Madu, Kurma & kismis, makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat & vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah & kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin & mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam AS yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa AS.
- Surah Pilihan - Dari segi keperluan rohani semasa hamil, duk amalkan bacaan 3 surah yang sangat glamour ni; YUSUF, LUQMAN & MARIAM. Oh ya, satu lagi, kalau nak susu badan banyak, banyak-banyak la baca surah ALHUJURAAT. InsyaAllah, susu badan akan banyak! Tapi, bak kata my mother in law, seeloknya waktu pegnant ni cuba la khatamkan AlQuran. Itu yang terbaik.
- Jaga solat - Cuba la sedaya upaya mencukupkan solat 5 waktu ya. Walau sibuk, letih, berusaha la untuk solat bila tiba waktunya. Masa sujud yang terakhir tu, sujud lama sikit & niat dalam hati apa yang dihajatkan. For example: “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat dari benih yang baik, kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah dan sempurna sifatnya. Amin”
- Qiamulllail - Kalau terjaga malam tu sebab buang air kecil atau apa, terus la buat solat sunat taubat & solat hajat.
- Nasyid/selawat - Waktu buat kerja rumah macam gosok baju ker sidai baju ker, cer dendangkan nasyid or selawat pada little caliph. Biasakan anak dengar benda-benda baik sejak dari alam rahim lagi.
Ok, ini la sedikit sebanyak amalan yang boleh dilaksanakan. Mudah-mudahan, perkongsian ini memberi manfaat!
No comments:
Post a Comment