10/22/2014

Menghadapi Anak Sakit Merupakan Ujian

Salam, 

Dia tidur sahaja saja. Hisapan susu pun macam lemah. Paling membimbangkan, badan dia panas. Suhu badan mencecah 39C. Tak lama tu, dia nampak ok lepas sponging (lapkan badan dia dengan kain basah) & menyusu semua. Eh, gembira pula Si Maryam ni dapat main air. Siap macam berjoget. HEHE. Macam bukan dia yang demam tadi. So, we jumped into conclusion yang Maryam mungkin badan panas sebab bedung. 


Keesokan paginya, dia kelemahan. Tapi Maryam tetap Maryam. Kuat nyusu tetap kuat nyusu. Setiap kali buka mata macam bagi isyarat, “Mama, nak nenen!”. Anak I kan kuat makan macam I. But we can tell through her face lah yang dia tak sihat. Mata dia nampak sangat penat. Pun semangat lagi nak kena agah. Hinggalah dia tertidur berkali-kali. Dan sekali bila check temperature Maryam tetap panas. Oleh kerana demam tak kebah-kebah, husband amik keputusan bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor check & current temperature Maryam 38.5C. Doktor kata newborn tak sepatutnya demam & sememangnya Maryam perlu kena admit ward. 

Hari Khamis, satu hari suntuk saya berdua dengan Maryam. Saya tak boleh buat apa langsung sebab nak dukung sahaja dia. Tapi nasib baik dia tak melalak tak tentu arah ke apa. Dia masih main. Cuma dia tak berapa nak senyum. Orang selalu cakap, kalau anak tak sihat ni kita jadi penat & bercelaru sebab dia asyik nangis sahaja. In my case, lain pula. Maryam masa dia tak sihat, dia sangat passive. Tak ada nangis-nangis. Cuma merengek minta dipeluk (Maryam memang manja!). Sampai saya jadi susah hati. Dalam erti kata lain, bila dia demam dia mudah dijaga. 

Hari Jumaat, paling buat saya dengan husband risau tak tentu hala tu panas dia tak turun-turun. That could be a sign of infection ke apa. Petang sikit, doctor pakar round ward & check baby. Lepas check Maryam, doctor pakar kata since demam tak turun & nampak development Maryam tak macam newborn lain dia suggest ambil air tulang belakang untuk identify virus/bacteria apa yang ada dalam badan Maryam. Luluh hati bila dengar macam tu. Its an option. Tapi mak ayah mesti nak yang terbaik buat anak kan? Saya nangis ya. Nangis sebab kesian sangat tengok anak yang baru 7 hari melihat dunia macam itu jadinya. Lepas musyawarah dengan family, minta petunjuk Allah, minta doctor explain betul-betul, kami berdua setuju untuk benarkan pihak hospital ambil tulang air belakang Maryam. Hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk Maryam. 

Then, petang itu juga air tulang belakang Maryam diambil & doctor start antibiotic pada Maryam. Memang magik, lepas start antibiotic demam Maryam terus turun perlahan-lahan. Dan ternyata bukan sebab ubat sepenuhnya. Semestinya Allah yang Maha Penyembuh. Dia yang bagikan sakit, Dia yang bagi penawar jugak. Cuma perlulah bersabar dengan dugaanNya.

   photo C360_2014-09-09-19-14-08-154_zps4ff79b43.jpg 

Tapi sedihnya, Maryam kena isolate. So, mamanya kena balik rumah. Since tak boleh room in, bermula la kerja di bahagian milk supply. Terus & terus perah & hantar bagi susu sebanyak boleh. Sebab hanya dengan susu ibu yang boleh bantu dia. I try my best.

   photo C360_2014-09-06-20-25-41-286_zps14461083.jpg

 photo C360_2014-09-09-12-00-45-866_zps91353b74.jpg 

Ini sememangnya dugaan yang sangat mencabar buat kami sebagai parents. Kali pertama anak demam teruk sampai kena\ambil air tulang belakang. Mungkin tidaklah sehebat mana dugaan ni dibandingkan orang lain. Tapi itulah. Benar bila emak saya selalu cakap. Kalau anak demam, rasa nak pindahkan sakit anak tu ke kita. 

Hari Isnin, terus sihat alhamdulillah. And Maryam dah boleh transfer ke Presint 8 sebab Maryam dah stable. Kat situ Maryam just kena habiskan antibiotic for 21 days & depa nak observe Maryam. Kali ni saya boleh room in sekali. Lega! Beberapa hari lepas tu, result air tulang belakang pun dapat & syukur no grown up bacteria.

  photo 20140909_234707_zps07a8b0e9.jpg 

Hari ke-21, terus jadi Superbaby! Dah boleh balik rumah! Dia kembali seperti sediakala. Dan suara serta jeritan keterujaannya menguasai rumah ini. I am the happiest mommy in the planet! Terima kasih, Allah!

   photo C360_2014-09-13-07-33-46-766_zps47720372.jpg 

p/s: Ya Allah, jangan bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami pikul Ya Allah. Sesungguhnya Engkau menduga kami, dengan apa yang kami mampu. Engkau Maha Mengetahui. Alhamdulillah, Maryam dah sihat.

No comments:

Post a Comment