8/22/2011

My Handmade Moby Wrap

Salam,

Idea atau rasa untuk memiliki Moby Wrap tercetus masa bawa A'isyah berkunjung ke sekolah hari tu. Usually, A'isyah akan naik stroller kalau ke mana-mana. Tapi, bila ke sekolah hari tu, tak sesuai nak guna stroller sebab nak kena naik tangga, masuk office & etc. A'isyah pulak dah semakin semangat, rasa nak tercabut tangan mendukung anak mama ni. HEHE.

So, mula la mencari baby carrier yang terbaik utk A'isyah. Senang nanti nak bergerak tempat-tempat yang tak sesuai bwk stroller. Mcm pasar malam, mall yang bertingkat-tingkat & escalatornya jenis yang tak rata, kenduri-kendara yang jalannya lecak dll. 

Antara baby carrier yang pernah berkenan di hati & nyaris-nyaris beli;

  • Mac Laren Baby Carrier
Photobucket
- Tak jadi beli sebab En. Suami tak setuju. Katanya, "This is too expensive". Maka, NO utk  baby carrier ini.

  • Mommy Hug Ring Sling
Photobucket
- Lagi sekali En. Suami tak berkenan. Bukan kerna harga. Kali ini sebab style nya. Baby sling En. Suami taktau pakai. Takut A'isyah terberelos (jatuh). HEHE!

  • Sweet Cherry Baby Carrier
Photobucket
- Nak beli dah. Dah amik kotak nak pergi bayar. Tetiba En. Suami suruh try dulu. Hmm. Ok, nasib baik tak beli. Pakaikan pada A'isyah, A'isyah tak selesa. Mmg sangat tak support A'isyah's neck. NO lagi.

Satu malam tu, entah mcm mana tergoole ttg wrap. Keluar la Moby Wrap. Terus jatuh hati, jatuh cinta, jatuh semua la! Punya excited, terus belajar cara-cara pakai di Youtube. Bervariasi cara pemakaiannya. Ikut kesesuaian umur baby. Then, esoknya bagitau En.Suami ttg Moby Wrap & heret ke mall utk cari Moby Wrap. Try & suka sangattt! Oh ya, kebetulan masa tu bwk mak sy, mak sempat bisik. Mahal ni, boleh buat sendiri ni. Kami pun terus ke KAMDAR & cari kain yang betul-betul sama mcm Moby Wrap. Hasilnya; Memang berbaloi!

Tengok;
Photobucket
[A'isyah stayed & slept peacefully in my handmade Moby Wrap]

Photobucket
[And this, A'isyah was initially happy & excited being in the wrap]

For those yang interested & nak, tapi taktau buat, please tell me. Saya boleh buatkan. Kalau yang original Moby Wrap harga dalam RM150. Kalau buat sendiri less than RM50. Thank You!

Ramadhan Ini

Alhamdulillah, sekarang kita berada di fasa terakhir bulan Ramadhan. Rasa sedih pula rasanya sebab kita hanya ada beberapa hari shj lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Semoga bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. InsyaAllah.

Kedatangan Ramadhan pada kali ini adalah berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu. Indahnya Ramadhan kali ini kerana aku bergelar ibu kepada seorang anak kecil yang kini berusia 3 bulan. Solat sunat tarawih hanya mampu didirikan di rumah selepas A'isyah nyenyak tidur. Apa yang selalu terjadi, apabila A'isyah tidur, Mamanya pun turut terlena sama. Lalu, tarawih & tadarus AlQuran dikerjakan pada dini hari. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga peluang. 

Terima kasih tak terhingga kepada suami tercinta kerana tak jemu-jemu mengingatkan diri ini untuk sama-sama meningkatkan ibadah berbekalkan kudrat & peluang yang ada. Terima kasih abang!

8/17/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [3 bulan]

A'isyah Hanina,

Membesarlah dengan baik, jadilah anak solehah yang membahagiakan Mama & Baba serta menyenangkan sesiapa yang berdampingan denganmu. Kasih sayang Mama pada A'isyah tak dapat diungkap dengan kata-kata, apatah lagi tulisan kaku di blog ini. Cuma Mama mahu A'isyah tahu yang Mama & Baba sangat menyayangi A'isyah. Happy 3 months old birthday darling, A'isyah Hanina. You’re my precious bounty ever!

Photobucket

Bukankah sangat membahagiakan melihat anak yang dilahirkan dengan bertarung nyawa kini mampu senyum kembali kepadamu? Ya Allah terima kasih atas nikmat yang Kau kurniakan ini. Nikmat bergelar seorang ibu. Alhamdulillah.

♥,
Mama

The two bulbs that light up my life

Photobucket

Sometimes there are no words to express what I feel for these two. Especially when they’re together & I am observing from a distance. I love watching their relationship unfold. Muhammad is such a loving father. Every time A'isyah holds onto her Baba or snuggles into his chest, she melts into him with eyes closed, feel calm & safe. My heart flutters each time. I think this photo says so much more than I can put into words.

Peranan suami ketika isteri hamil

Photobucket
[Kenangan; sewaktu usia kandungan 7 bulan]

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut & mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah &a bukannya hasil konspirasi ibu hamil.

TRIMESTER PERTAMA; Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri & yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen & progesterone di dalam tubuhnya berubah & ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai mengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan:
  • Sering mual & muntah terutama di waktu pagi (morning sickness).
  • Cepat penat & mudah mengantuk.
  • Mungkin tiba-tiba meminta/menginginkan sesuatu yang aneh. Contohnya, nanak makan cendol pukul 2 pagi.
  • Emosinya cepat berubah, menangis & berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.
Perkara yang boleh suami lakukan:
  • Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat & tidur secukupnya. Usap lembut kepalanya.
  • Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam, kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda.
  • Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan macam "Anak Baba tengah buat apa tu? Usik mama ya?" boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenangkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang & perhatian LEBIH daripada biasa.
TRIMESTER KEDUA; Masa-masa bahagia

Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak & juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah. InsyaAllah.

Perkara yang dialami pasangan: 
  • Emosi lebih stabil & morning sickness makin berkurang.
  • Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya.
  • Merasa bahagia dengan kehamilan.
  • Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim.(khabar baik buat suami).
Perkara yang boleh suami lakukan: 
  • Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi.
  • Seboleh mungkin dampingi & hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor.
TRIMESTER KETIGA; Takut & cemas

Perkara yang dialami oleh isteri:
  •  Semakin dekat dengan hari bersalin, biasanya isteri akan semakin takut & cemas.
  • Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal.
  • Sering mengeluh sakit, sengal, nyilu & berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung & bawah perut kerana bayi semakin membesar.
  • Sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring. Bayangkan ada orang sedang mengeletek di dalam perut ketika kita tidur. Baby menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat. Jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut. Tapi, bila ibu mula berehat & tidur. Bayi akan semakin aktif. Comel sungguh! HEHE.
Perkara yang boleh suami lakukan:
  • Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas & takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi. Bab shopping ni, tengah sarat pun sanggup naik turun tangga mall. HEHE.
  • Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik & menarik. Tapi sebenarnya ramai yang bertambah cantik & berseri-seri apabila hamil.
  • Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri.
  • Bersiaplah untuk membantu & menemaninya pada masa isteri sukar tidur.
Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi & perubahan tubuh. Apa pun terjadi, bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini. 

Semoga bermanfaat!

8/16/2011

Barang Untuk Di Jual

Salam,
Kali ini entry dibuat khas untuk letting go a few of barang keperluan baby yang tak pakai atas sebab-sebab tertentu. Still elok & macam baru. Decide nak jual sbb mcm membazir shj kalau simpan sbb tak guna. Lagipun lambat sangat lagi A'isyah nak dapat adik. Jadi, nak jual murah-murah shj.

Anakku Manual Breastpump

Photobucket

Harga original: RM79.90
Harga jual     : RM50.00 
Status          : SOLD!

Beli & anda akan dapat;

Photobucket
[Breast pump]

Photobucket
[Kebaikan penggunaan breast pump Anakku]

Photobucket
[Nursing pad is still in original wrappers]

  • Guna sekali shj & tak sesuai pada sy sbb sy perlukan suction yang lebih kuat & terpaksa upgrade ke elektrik breastpump.
  • Recommended for mommies yang fully breastfeed & full loaded with titty milk.
  • In complete set & bag.

Free gift untuk yang membeli breastpump ni;
Photobucket

Play mat

Photobucket

Harga original: RM79.90
Harga jual     : RM60.00
Status          :  SOLD!
  • Ada dua play mat. Satu suami beli. Next day, kawan datang rumah & hadiahkan. Now, baby guna yang kawan hadiahkan. Play mat ni tak pernah buka langsung. Memang betul-betul baru!
All these items punya price tak termasuk postage. Yang mana berminat tinggal di area Penang, boleh datang rumah utk tgk brg. Ok, that's all. Selamat membeli!

8/10/2011

Happy Anniversary

Photobucket

Dear Muhammad,

In the past 5 years we began as a student & teacher. We became friends. Then became one with each other. We get engaged on Mac 2010 & get married 3 months later. This year, 2011 we're blessed with lil mujahidah A'isyah Hanina.

Have been through countless tests & procedures for our daily life. Have had to witness the pain & suffering our life have had to go through. Have learned what it is like to feel completely helpless on our knees begging for الله to relieve the pain just so we could breathe. Have in return witnessed الله’s grace & His deep love and compassion for us.

The day we married 7th August 2010, I knew I was marrying my soul mate. I knew الله picked you for me & that you would forever be my husband. آمين، إن شاء الله

HAPPY 1st ANNIVERSARY TO MY BELOVED HUSBAND!

♥,
Puan Norashikin

Botol Susu Pilihan

When A'isyah was still in my tummy, tak pernah terlintas dalam fikiran untuk beli botol susu. I really want to fully breastfeed my baby. Thus I think no bottles are needed.

Tapi, bila A'isyah dah keluar, lain pula jadinya. Niat di hati really nak fully breastfeed. Tapi disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dielakkan, terpaksa susukan A'isyah dengan formula milk juga.

Bila dah susukan formula milk, means kena guna bottle feeding. Plus, untuk mudahkan orang sekitar (Suami, Opah, Wan, Mamatok, Babatok etc) untuk bagi A'isyah susu. Sebenarnya, kalau tak nak introduce botol pun boleh. Banyak alternatif lain, macam guna cawan/cup kecik, pakai syringe atau pakai sudu. Dan semua alternatif ni requires patience.

Maka, ekspedisi mencari botol susu terbaik untuk A'isyah pun bermula. Aspek yang paling penting yang ditekankan untuk mencari botol susu A'isyah adalah puting botol susu. Nak yg mimic mom's nipple. Sebab takut masalah smurf pulak, 'nipple confusion' ataupun sesetengah doktor prefer to call it 'nipple preference'.

Basicly, deria lidah/mulut bayi adalah satu deria yg amat sensitif pada sebarang perubahan. Jadi kalau kita introduce botol, mmg baby akan perasan. Dan sesetengah baby tak suka, tapi ada juga yg relax & terima shj. Ada pulak baby yg bila dah perasan & sedap puting botol tu laju shj keluar susunya, tak nak pulak hisap dari ibunya. Haaa, parah tu!

Selepas cari & terus mencari. Dari satu kedai ke satu kedai yg lain, akhirnya botol susu Breastflow The First Year menjadi pilihan.

Photobucket
Kerana;

Photobucket
  • The teat has the shape of a mother’s breast (patented nipple)
    Really works! Tiada masalah transitioning from bottle-sucking to breast-suckling.
  • It is BPA free
    Mesti semua dah tahu BPA tu apa kan? And most parents mesti akan cari yang BFA free punya botol. Am I right?

  • Tidak menitik
    Maka, risiko untuk baby tersedak susu kurang. Susu hanya akan keluar bila baby hisap. So, baby kena rajin menghisap. Kalau tak, susu tak keluar. Macam minum susu badan. Same concept!
Photobucket
  •  Attachable cap
    Bottle cap attaches to base of the bottle. Masalah hilang tudung botol tiada lagi.
  • Comes with a lid for each bottle
    The bottles can be used as storage bottles as well.

Photobucket
  • Wide-necked bottle
    Senang nak basuh.

Cuma;
  • Its complicated
    Makan masa to put together the different parts of the bottle. Sempat la baby melalak dulu.
Actually A'isyah tiada masalah untuk menyusu guna puting atau botol apa pun. Tapi, alasan-alasan di atas membuatkan saya memilih botol ini compare to others.
Tujuan entry ini ditulis adalah untuk share ttg botol ni. Kalau-kalau ada parents yang ada problem anak reject botol susu. Selain dari guna cup kecik, syringe or spoon. Kadang-kadang kalau hantar nurseri, penjaga prefer untuk guna botol sebab lebih senang. Harap boleh cuba botol ni. Selamat mencuba!
 Wallahualam.

8/01/2011

Ramadhan

Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!

Alhamdulillah, akhirnya terubat juga rindu untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia. Keasyikan untuk beribadah sepanjang bulan ini menjadi lebih bermakna kerana aku kini di rumah kerana cuti sem yang panjang & dalam masa yang sama mempunyai pesaing seperti tahun lalu. Pesaing yang menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengerjakan kebaikan demi kebaikan. Dan pesaingnya adalah suami tercinta, Muhammad bin Dinsuhaimi.

"Fastabiqul khairaat!", cabar suamiku.

InsyaAllah, dengan kekuatan kurniaan Allah, akan aku cuba sedaya upaya. Aku berdoa moga semua umat Islam dikurniakan kesabaran dalam beribadah walau di mana sahaja mereka berada, walau dalam apa jua situasi yang dihadapi. Amin.

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN AL-MUBARAK!