7/24/2011

Rezeki A'isyah

Finally, dapat juga Mama kemas almari A'isyah. Sebelum ini tak berkesempatan. Ada shj benda yg kena Mama buat. Jadi terpaksa KIV dulu kemas almari A'isyah. So, skrg dah berpeluang, Mama pun kemas la. Mama kemas baju A'isyah ikut bahagian. Macam ni;

Photobucket

Oh ya, semua hadiah baju yg Mak Cik-Mak Cik, Pak Cik-Pak Cik, Atuk-Atuk yg baik hati bagi masa melawat A'isyah pun Mama buka & kemas letak dalam almari A'isyah. Banyak juga. Sampai Baba cakap tak payah beli baju untuk A'isyah dah. Sedih Mama. Tapi, ya la byk sgt baju membazir pula nanti bila tak terpakai sbb baby cepat membesar. Takpa. Pakai yg mana ada dulu. Ni dia almari A'isyah;

Photobucket
[Alhamdulillah wa syukrulillah!]

Photobucket
[Yang ini simpan dulu. Clothes for next, next year. Baju-baju A'isyah 1 tahun & ke atas]

Alhamdulillah, baju A'isyah cukup bekalan sampai A'isyah 1-2 tahun kot. Tapi, still akan beli juga. Mana tahan bila jalan-jalan ke mall tengok baju baby girl. Warna pink, headband comel-comel, gown ropol-ropol etc. Isk isk.

Hmm, masa mengemas baju A'isyah teringat zaman masa kecik-kecik main Barbie, tukar baju macam-macam. HEHE. Lepas tu, dulu-dulu teringin nak beli anak patung Baby Alive. Ala, yg boleh menyusu, mamam & poo-poo bagai tu. Tapi, tak mampu. Haa, skrg Allah dah bagi amanah baby yg betul-betul alive. Best! Tapi, gementar pun ada sbb baby alive ini kena didik betul-betul. Baby girl lagi susah nak besarkan. Mudah-mudahan A'isyah menjadi hamba Allah yg bertaqwa. Amin. Ok la, rasanya setakat ini dulu. Ada kerja lain lagi menimbun yg perlu dibuat.

Kebanyakkan dalam almari A'isyah tu adalah sumbangan & hadiah daripada yang sudi meraikan A'isyah. InsyaAllah A'isyah akan manfaatkannya; pakai & jaga elok-elok. Semoga pemberi-pemberi dimurahkan & dikurniakan rezeki yang berkat dari sudut apapun dari Allah serta mendapat saham jariah berpanjangan, insyaAllah!

6 comments:

  1. wahh.. meriah betul almari a'isyah.. rezeki2.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Iffah pun mesti meriah juga. Dpt hadiah mesti byk! Baby girl mesti dpt byk baju. HEHE.

    ReplyDelete
  3. hehe.. btul2.. tp nie nmpk lg meriah sbb ad almari.. akk ltk dlm drawer2 je.. yg besar2 kumpul n pack blk dlm kotak tue tkut debu..

    ReplyDelete
  4. wahh comelnya nye almari aisyah..semoga ceria selalu aisyah yer..penyejuk mata baba dan mama. ;D

    ReplyDelete
  5. Kak Izzah: Kami pun ingat nak letak dlm drawer. Tapi kami ni kurang rajin. Mesti nanti nak cepat amik baju A'isyah main tarik-tarik ja. Then, mesti berkecamuk baju-baju dlm drawer. HEHE. Almari boleh sangkut hanger, amik shj. Ala, Kak Izzah mmg kena pack dah siap-siap sbb tak lama lagi nak berhijrah kan? Bestnya! Hari tu ada sembang dgn Kak Shafa. :)

    ReplyDelete
  6. Peminat A'isyah: Sejekap ja tu. Tak sampai 24j dah tak mcm almari. HAHA. Alhamdulillah, A'isyah mmg baby yg ceria! Senyuman sentiasa terukir di bibir A'isyah. ;D

    ReplyDelete