7/12/2011

Solat Sambil Mendukung Anak

Salam,

Bagi siapa-siapa yang ada anak kecil mesti ada yang terlewat solat kan? Sebabnya, takda siapa yang nak tolong jaga atau tengokkan anak masa kita solat. Takkan la nak tunggu En. Suami ada dulu baru nak solat. Kalau kes anak menangis semasa kita tengah solat macam macam pula? Nak berhenti solat & pujuk dulu atau teruskan juga solat & biarkan anak menangis. For sure tak tenteram & tak khusyuk. Tapi, jangan risau. Sebab ada penyelesaiannya.

Penyelesaiannya:
SOLAT SAMBIL MENDUKUNG ANAK

Caranya:
Photobucket

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir & tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan & meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu & kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.

Ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat? Ini jawapannya;

Assalamualaikum ustaz, saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih.


Jawapan:
Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:


ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏.‏ فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد
Maksudnya: Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)


Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
  • Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
  • Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu'). 
  • Dada sentiasa mengadap kiblat
Rujukan:
1. Fatwa Syeikh Fauzan
2. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160
Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Setiausaha MUIS
Dah pernah cuba solat sambil dukung A'isyah. Alhamdulillah, so far A'isyah happy bila dapat join sekali solat. Selalunya, A'isyah join solat sekali bila tinggal kami berdua shj di rumah. Babanya pergi kerja, Opah & Wannya keluar beli brg-brg. Jadi, solatlah kami berdua anak-beranak. Seronoknya solat dengan A'isyah, dapat la A'isyah dengar bacaan AlQuran straight through her ears.

Photobucket
[A'isyah & me]


*Saya bukanlah ustazah atau mengambil jurusan agama di universiti. Hanya berdasarkan pada apa yang dipelajari ketika di sekolah dulu & sedikit pembacaan di internat. Untuk confirmation lebih, boleh la merujuk pada yang lebih arif. Wallahualam.

Semoga bermanfaat!

5 comments:

  1. thanks shikin nice info:)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Thanks jugak! Awk ada blog tak? Boleh sy melawat. ;D

    ReplyDelete
  3. terima kasih.,saya mohon kebenaran utk share ye.,
    salam perkenalan dari Alahai~

    ReplyDelete
  4. salam puan shikin...saya pun baru 1st time cuba solat sambil dukung baby..:)
    mohon share info dari blog puan ye...
    tqia.. :)

    ReplyDelete