7/12/2011

Anak Derhaka

Salam,

Photobucket

Anak sekarang ramai sangat yang kurang ajar. Apakah punca atau penyebab anak derhaka? Sama-sama kita lihat & ketahui;

  • Semak punca rezeki
Dulu ibu bapa berhempas pulas mencari rezeki, hasil sikit tetapi cukup keberkatannya. Ada yang meniaga, sejujurnya. Tiada tindas-menindas. Sebab itu orang kaya selalu sahaja tidak cukup hitungannya.

  • Makanan untuk anak
Apabila membeli makanan untuk anan-anak, fikirkan cara penyediaannya adakah halal/tidak.

  • Doa tidak makbul
Ia berkaitan dengan sumber rezeki. Apabila makanan daripada sumber yang tidak berkat maka doa susah hendak terangkat.

  • Cara berdoa yang tidak betul
Doa anak-anak ketika marah, ketika sumpah seranah, maki hamun. Hanya doakan yang negatif sahaja. Kalau berdoa dalam Bahasa Arab, pastikan sebutan betul. Lebih baik doa dalam bahasa yang kita faham. Allah SWT faham apa yang kita doakan.

  • Tidak berdoa langsung
Ada juga ibu bapa yang langsung tidak berdoa untuk anak-anaknya.

  • Hubungan dengan Allah rapuh
Amal ibadah tidak konsisten. Tak istiqamah.

  • Hati ibu bapa mungkin kotor dengan Allah
Selalu bersangka buruk dengan Allah. Kerap merungut & tidak bersyukur. Tidak membudayakan sifat saling memaafkan & berlapang dada.

  • Derhaka ibu bapa terhadap orang tua mereka
Pembalasan Allah terhadap ibu bapa yang pernah melalaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka sendiri.

  • Suasana rumah tangga hiburan
TV merupakan satu perkara wajib dalam setiap rumah. Namun, hidangan kerohanian sangat jarang mengambil tempat di kalangan penghuninya.

  • Ibu bapa cakap tidak serupa bikin
Anak-anak akan belajar daripada tingkah laku, percakapan malah gaya hidup ibu bapa. Jika baik, maka baiklah jadinya. Jika buruk, jangan dikisahkan kerana ia daripada ibu bapa itu sendiri.

*Ingin sekali A'isyah menjadi anak yang baik. Baik berpandukan Islam, bukan setakat baik budi bahasa, pelajaran & akhlak pada pandangan manusia tetapi lebih dari itu iaitu baik di sisi Islam & Allah. Doa & didikkan sentiasa meniti hari-hari yang dilalui, apatah lagi usaha yang tak henti-henti. Semoga di hujung usaha akan ada kejayaan yang menanti. Amin.

Semoga bermanfaat! 

No comments:

Post a Comment