7/31/2012

Aku & Tudung

Salam,
Photobucket

Tudung, tanggapan atau definisi aku tentang tudung berbeza-beza mengikut perubahan usia:
10 tahun - Darjah 4
Aku melihat kawanku sangat comel memakai tudung ke sekolah. Lalu, aku ingin mengikut jejaknya. Aku memaksa mak membeli tudung untuk aku pakai ke sekolah. Waktu itu aku hanya merasakan bahawa memakai tudung itu comel.

13 tahun – Tingkatan 1
Setelah aku melanjutkan pelajaran di SMKA (P) AlMashoor, aku merasakan yang memakai tudung itu wajib bukan hanya di sekolah malah wajib juga untuk keluar berjalan-jalan. Oleh itu, aku mula memakai tudung apabila hendak keluar berjalan-jalan & juga ke sekolah.

14 tahun - Tingkatan 2
Waktu itu aku di Masjid Negeri Pulau Pinang. Aku menyertai satu program ‘Menyemai Kasih Sejernih Mutiara’ anjuran mahasiswa & mahasiswi UUM. Aku terdengar seorang fasilitator perempuan memberi tazkirah ringkas berbunyi begini, “Adik-adik, kita jangan bagi lelaki tengok rambut kita selain suami kita. Kesian suami kita bukan lelaki pertama yang lihat rambut kita. Kan best kalau suami kita lelaki pertama yang menatap rambut yakni aurat kita. Surprise kan? Fresh gitu.” Kata-kata kakak itu menarik minat aku. Sejak hari itu aku berazam untuk terus bertudung & jaga auratku khas buat suami teristimewa nanti.

17 tahun - Tingkatan 5
Aku mula mencari dalil di dalam AlQuran tentang mengapa wanita harus bertudung. Lalu, aku temui Surah An-Nur ayat 31 yang memberitahu kita wanita haruslah bertudung hingga menutup dada. Sejak itu, aku mula melabuhkan tudung ke dada. Kalau dahulu, aku hanya memakai tudung ‘sempang’ sahaja tanpa melabuhkannya ke dada. Dan aku juga sudah mula memakai baju yang labuh & lengannya betul-betul panjang. Dulunya aku hanya memakai t-shirt lengan 3 suku kerana aku belum betul-betul mengerti bagaimana seharusnya menutup aurat itu. Adakah dengan bertudung sahaja sudah menepati?

22 tahun – Universiti & kini
Alhamdulillah, kini aku bergelar mahasiswi, isteri & ibu. Hingga saat ini, banyak yang aku pelajari. Alhamdulillah, aku mula mengenal Islam dengan lebih dekat dengan pimpinan suami tercinta, Muhammad bin Dinsuhaimi. Aku mula mencari kebenaran, kesahihan kenapa wanita harus bertudung.
Banyak faedahnya jika kita menutupi aurat dengan betul. Antaranya;
  • Menghindarkan diri dari dosa: Salah satu sebab ramai wanita masuk neraka adalah kerana mereka tidak menutup aurat mereka di mata orang-orang yang bukan mahramnya.

  • Menghindari fitnah, tuduhan atau pandangan negatif: Orang-orang yang gemar membuka auratnya secara terang-terangan selalu dituduh sebagai wanita penggoda, murahan, perampas suami orang & lain-lain. Untuk itu, hindari memakai pakaian yang memperlihatkan bahagian tubuh yang dapat merangsang lawan jenis.

  • Mencegah timbulnya hawa nafsu lawan jenis mahupun sesama jenis: Secara umum laki-laki normal akan terangsang melihat wanita yang memakai pakaian ketat, seluar pendek atau skirt ketat, wajah dimekap menggoda dan sebagainya. Banyak lelaki yang ingin berbuat jahat kepada perempuan yang seperti itu sama ada secara paksa mahupun tanpa paksaan.

  • Menunjukkan diri sebagai bukan perempuan/lelaki murahan: Menutup aurat melambangkan identiti orang-orang yang baik. Ditambah lagi dengan perilaku yang baik & sopan maka tidak mungkin ada orang yang mengatakan kita sebagai perempuan murahan atau lelaki murahan.

  • Melindungi tubuh & kulit: Dengan pakaian yang menutupi tubuh secara sempurna maka kita tidak akan merasakan kepanasan di saat matahari bersinar terik, tidak merasakan kesejukan di saat suhu sedang dingin. Begitu juga dengan debu & kotoran akan terhalang mengenai kulit kita sehingga kebersihan tubuh dapat terjaga dengan baik.

  • Mencegah rasa cemburu pasangan hidup kita: Jika suami/isteri suka tampil seksi maka pasangannya merasa cemburu jika ada orang yang menggoda/hanya sekadar melihat dengan pandangan penuh nafsu syahwat. Jangan biarkan rasa cemburu muncul dalam kehidupan rumahtangga kita, hal itu merupakan tanda-tanda awal kehancuran sebuah keluarga yang bahagia.

  • Mencegah terkena penyakit & gangguan kesihatan: Penyakit-penyakit yang muncul jika kita membuka aurat di ruang terbuka adalah seperti kanser kulit, kulit terbakar, kulit menjadi hitam & sebagainya. Cegah penyakit & gangguan kesihatan tersebut dengan memakai pakaian yang tertutup yang dapat melindungi tubuh dari faktor-faktor penyebab penyakit tersebut.

  • Memberikan sesuatu yang istimewa bagi suami/isteri kita: Bukalah pada saat di depan suami atau isteri kita saja. Orang yang demikian biasanya akan sangat dihargai & disayangi oleh pasangan hidupnya. Di depan orang lain yang bukan mahram, aurat selalu terjaga dengan baik.

  • Melindungi diri kita dari pelbagai kejahatan: Biasanya wanita yang auratnya sering menjadi mangsa perkosaan mahupun tindakan jenayah lainnya. Bandingkan dengan wanita bertutup yang tampil tidak menarik di mata penjahat kerana penampilannya yang membuat pelaku kejahatan tidak berniat jahat terhadapnya.

  • Menutup aib rahsia yang ada pada diri kita: Jika ada cacat pada tubuh mahupun kulit boleh tutup dengan menggunakan pakaian yang tertutup sehingga tidak ada seorang pun yang tahu kecacatan yang terjadi pada diri kita.
Ini ada sedikit panduan yang saya nak share buat sahabat-sahabat muslimah semua. Buat yang lelaki, jadikan panduan buat kaum keluarga.

Jom Tutup Aurat & Jaga Akhlak

7/29/2012

10 Ramadhan

Salam,

Rasanya harus juga dicoretkan sesuatu.

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Walau terasa baru semalam bermulanya Ramadhan, tapi pada hakikatnya sudah seminggu lebih kita berpuasa. Hari ini sudah hari ke-10. Ramadhan yang datang hanya sekali dalam setahun terasa begitu cepat berlalu.

Sejauh mana kesannya kepada kita? Seharusnya Ramadhan itu menjadi satu bulan yang paling dirindui oleh seluruh Muslim. Seharusnya Ramadhan dapat membentuk diri kita menjadi insan yang lebih bertaqwa.

Sedikit perkongsian dari tazkirah yang didengari baru-baru ni. “Ramadhan sebagai bulan Al-Quran”
• Bulan Ramadhan adalah bulan di mana turunnya Al-Quran.
• Apabila disebut Al-Quran, jangan hanya nampak baca Al-Quran.
• Al-Quran itu bukan hanya seronok dibaca, tapi mesti perhati, faham & laksanakan isi Al-Quran. Di situ barulah lahirnya penyucian hati.
• Apa yang Allah mahukan adalah hambaNya beriman dengan Al-Quran seperti yang terdapat dalam Rukun Iman.
• Al-Quran itu mampu menyucikan hati, menyucikan jiwa.
• Dalam bulan Ramadhan, ramai yang puasa tapi kurang yang dapat taqwa.
• Apabila masuk bulan Syawal, seolah-olah dia tidak pernah berpuasa. Seharusnya bulan Ramadhan itu dapat sepertinya madrasah yang mendidik & membentuk dirinya menjadi insan yang bertaqwa. Taqwa itu mesti didahului dengan iman yang sempurna.
• Kesan yang dapat kita lihat ialah, masih istiqomah walaupun sudah masuk 1 Syawal.
Dan ya, setiap kali tibanya ramadhan, aku berazam untuk memperbaiki diri. Lebih menjaga percakapan, perbuatan & dalaman. Ramadhan ini bulan ibadat. Samalah seperti orang lain juga yang inginkan meluangkan lebih banyak masa dengan beribadat, aku juga begitu. As always, aku ada pesaing. Pesaing yang menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengerjakan kebaikan demi kebaikan. Dan pesaingnya adalah suami tercinta, Muhammad bin Dinsuhaimi.
"Fastabiqul khairaat!", cabar suamiku.
Hmm, bila buat persiapan raya jangan sampai ibadat terabai. Apalah ertinya berhari raya jika kita tidak mampu memanfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya. Tidak berguna baju raya yang berpasang-pasang, berkilau-kilau & berlapis-lapis walhal hakikatnya kita menjadi manusia yang sangat rugi. Jangan terlampau melayan nafsu yang inginkan kesempurnaan hari raya sehingga mengabaikan nikmat Ramadhan yang Allah janjikan.

Elakkan pembaziran ketika berbuka puasa, ingat jangan terlalu layan nafsu yang inginkan kesempurnaan berbuka puasa. Cuba bayangkan insan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan, mungkin membeli air untuk berbuka saja mereka tidak mampu.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Semoga ramadhan kali ini juga lebih ramai yang kembali ke jalan Allah. Aku mengharapkan yang terbaik buat kalian, buat saudara saudari seIslam di seluruh dunia. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Wallahualam.

7/18/2012

Wudhuk with Soul

Salam,

Wudhuk atau dengan nama lain mengambil air sembahyang. Satu kewajipan sebelum menunaikan solat. Kalau wudhuk tiada tak sah solat kita. Kan?

Di sini kita nak bincang tentang cara kita berwuduk. For me, mestilah dengan hati yang kusyuk! Bukan solat shj perlu kusyuk. Tapi, dengan berwudhuk pun hati kena kusyuk. Sebab tu ada yang mengatakan adab berwudhuk kita tidak boleh bercakap-cakap sambil mengambil wudhuk. Sebab dikhuatiri mengganggu kekusyukkan kita dalam berwuduk. So, macam mana nak kusyuk wudhuk?

Niat
Pertamanya, niat dengan hati yang ikhlas.

Muka
Photobucket

Bila membasuh muka, niatkan ke dalam hati semoga kita menjadi orang yangg soleh/ah yang terpancar di mukanya. Beristighfar atas segala kesalahan yang dilakukan oleh anggota muka seperti mata, hidung & mulut.
  • Mata: Adakah kita telah melihat sesuatu yang berdosa? Istighfarlah. 
  • Hidung: Adakah kita meninggi diri? Tunduklah. 
  • Mulut: Adakah kita bercakap bohong, mengumpat & segala yg mungkar? Bertaubatlah.
Tangan
Photobucket
  • Kanan: Apabila kita membasuh sebelah tangan yang kanan, niatkan dalam hati supaya mengambil rezeki yang halal & membuat kerja yang baik serta di redhai. 
  • Kiri: Menyesalilah apa yang kita lakukan dengan tangan kita, mengambil benda yang haram atau shubhah. Tidak ringan tulang membantu yang lemah & segala maksiat tangan yg pernah dilakukan.
Kepala
Photobucket

Apabila membasuh kepala pula, tabamkan dalam hati untuk menjadi orang yang cerdik & solihin, sentiasa rajin mengadap Tuhan yang Esa, sentiasa tunduk & tidak bongkak dalam kehidupan seharian.

Kaki
Photobucket

Terakhir sekali membasuh kaki. Niatkan ke dalam hati untuk melangkah ke dalam syurga satu hari nanti. Mengawal diri dari melakukan perkara yang terlarang & menginsafi segala yang telah dilakukan oleh kaki. Moga di alam barzakh kaki itu menjawab yg baik-baik utk kita. Amin.

Wallahualam.

7/17/2012

MESTI TONTON: Inspirasi Ali & Zahra dlm Children of Heaven

Salam,

Photobucket

Children Of Heaven! Pernah anda tonton filem hebat ini? Kali pertama tengok filem ni, hati saya sangat tersentuh. Seperti tersentuhnya hati Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagai menyatakan reaksinya setelah menonton filem karya pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi, ini di satu program Kelantan satu ketika dulu.
“Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral & kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata.”
Saya rasa filem ini perlu ditonton semua. Banyak yang boleh diteladani & dipelajari dari filem ini. Filemnya nampak murah namun pengisiannya sangat besar & mahal dari sudut lakonan, pengajaran, mesej & nilai-nilai kehidupan yang cuba diterapkan dalam filem ini.

Filem Iran arahan Majid Majidi ini telah menerima banyak anugerah di peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Filem Terbaik di Montreal International Film Festival. Majid Majidi, anak kelahiran Teheran merupakan antara sebilangan pengarah filem Iran yang berjaya mencipta nama, sekali gus mengetengahkan tema, genre & gaya arahannya yang dikagumi serta diiktiraf hingga ke dunia perfileman Hollywood. Menariknya, pengarah berusia 48 tahun ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri dalam menghasilkan filem-filem ‘berjiwa besar’ sesuai dengan latar belakang negara di bawah pemerintahan Islam yang diwakilinya itu.

Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik, Ali & Zahra yang hidup bergelut kemiskinan di satu kawasan di selatan Tehran, Iran.

Dalam Children Of Heaven, motif Ali bagi mendapatkan sepasang kasut sukan baru demi menggantikan kasut adiknya Zahra yang hilang, membuatkan Ali sanggup beraksi dalam sukan lumba lari di sekolahnya. Matlamatnya hanya satu, iaitu mendapatkan hadiah di tempat ketiga, bukan tempat pertama atau kedua, kerana hadiah kasut sukan itu hanya dikhaskan untuk pemenang tempat ketiga!

Kasut Zahra hilang semasa Ali membawanya ke pekan untuk dibaiki. Kehilangan kasut itu membuatkan Zahra sangat sedih, kerana itulah satu-satunya kasut yang Zahra ada untuk dipakai ke sekolah. Kemiskinan yang mencengkam keluarga mereka pula membuatkan Ali & Zahra berat hati memberitahu bapa mereka tentang kehilangan kasut itu. Mereka sedar, jika bapa mereka tahu tentang kehilangan kasut itu, beliau akan berhutang dengan sesiapa sahaja untuk membeli kasut baru buat Zahra.

Lalu, demi tidak mahu menyusahkan bapa mereka, kedua beradik yang murni hatinya itu telah membuat satu rancangan, iaitu mereka akan bergilir-gilir memakai kasut Ali ke sekolah. Oleh kerana Zahra bersekolah sesi pagi manakala Ali pula bersekolah sesi petang, maka Zahra akan memakai dahulu kasut tersebut, dan kemudian akan pulang cepat-cepat agar Ali dapat memakai pula kasut itu ke sekolah. Mereka berjanji akan bertemu di sebuah lorong berparit yang sunyi, dan di lorong itulah, parit-parit & dinding-dinding batu menjadi saksi betapa lajunya Zahra memecut lari untuk menyerahkan kasut yang dipakainya kepada Ali, dan betapa lebih laju pula Ali memecut lari agar tidak tiba lewat ke sekolah. Subhanallah, hati saya begitu tersentuh melihat kesusahan yang dihadapi oleh kedua-dua beradik itu.

Kisah mereka semakin menarik, apabila guru sukan sekolah Ali mengumumkan tentang satu pertandingan lumba lari yang menjanjikan hadiah menarik untuk para pemenang, dan salah satu daripada hadiah tersebut ialah kasut sukan untuk pemenang di tempat ketiga!

Kesusahan bukan alasan untuk Ali dan Zahra duduk merintih dan mengenang nasib. Berbekalkan semangat yang kental dan senyuman harapan Zahra, Ali menyertai pertandingan itu dengan satu harapan, iaitu memenangi tempat ketiga & membawa pulang hadiah kasut sukan untuk Zahra.

Kesudahan filem arahan Majid Majidi ini mempunyai kelainan & tidak streotype. Saya tertanya-tanya akan kesudahan cerita ini, apabila mendapati di akhir pertandingan, Ali gagal mendapat tempat ketiga seperti yang dirancangkan. Menariknya pula, dia tidak dapat mengawal kelajuannya berlari menyebabkan dia akhirnya terlajak mendapat tempat pertama!

Akibat kemenangan itu, Ali gagal mendapatkan hadiah kasut sukan buat menggantikan kasut Zahra yang hilang. Justeru, bagaimanakah dia dapat menerangkan perkara itu kepada Zahra yang sedang menunggunya di rumah dengan penuh harapan?

Filem ini benar-benar mengesankan jiwa. Ali & Zahra seolah-olah sedang mencabar kita agar menjadi lebih hebat daripada mereka. Ali seolah-olah sedang membuktikan kepada kita, bahawa sesuatu itu pasti dapat dicapai dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan. Zahra juga seperti berpesan, bahawa hidup ini sangat singkat, dan janganlah dibazirkan masa dengan perkara yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan.

Ali & Zahra, mereka berdua adalah lambang anak-anak islam yang berjiwa besar. Mempertaruhkan zaman kanak-kanak yang indah & riang untuk kelangsungan hidup yang dihimpit kemiskinan, kesusahan. Namun kasih sayang & ketabahan menjadi nilai kekuatan mereka meredah kesulitan dalam hidup. Mereka adalah Children Of Heaven!

Wallahualam.

7/14/2012

Mini Baju Kelawar

Salam,

Nowadays, baju kelawar is a must to mostly malay women-well, mostly most that I knew. Its just like kain batik in the olden days. To me, its one of the most comfort wear ever! Night time, or day time. So I got one for A'isyah Hanina. I bought her a smaller ones, so she wont trip on the dress. Here's her fist baju kelawar experience.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

She likes it! She keep pointing to me. Perhaps dia nak cakap: Sama Mama, sama Mama! :D

7/09/2012

Pre-loved Spectra 3 for sale

Photobucket

Dear Readers,

I am letting go my Spectra 3 breastpump as shown in the photo below. Good condition as it used for only 3 months.

Product Features:
Suction strength (mmHg): 0~260
Suction cycle (Cycles/minute): Approx. 29–35
Frequency:50/60 Hz
Dual pumping option: Available
Suction settings: Adjustable
Power source: AC adapter
Voltage: 240V
Weight(kg): Approx. 1.4kg

Photobucket

This is a FULL SET Spectra 3 together with box & accessories in the box. The components are:
- Spectra 3 breast pump main body
- Vacuum regulator valve
- Air cap
- Switch
- Breast shield
- Valve head
- Membrane
- Wide cap
- Bottle
- Cap disk
- Silicon teat
- Bottle Cover
- Air tube
- Bottle stand

Advantages of Spectra 3 Electric Breastpump:
- Lighter compared to Spectra 2 for the ease of travelling
- Smaller size & compact design compared to Spectra 2 – no more bulky pumps which makes it ideal for home and office use
- Quiet operation compared to other electric breast pumps thus it is minimizing the disturbance to mother who wish to express breast milk in office or while travelling
- High suction power which result in shorter period of expressing breast milk & helps to draw out inverted nipples which is the common problem encountered by mothers
- Automatic suck-and-release rhythm that mimics baby suction rhythm which leads to more natural expression of breast milk and very comfortable to use
- Adjustable suction power that accommodate to individual’s comfort level to maximize milk.
- Can be converted to double pumping by adding another breast shield set. Double pumping will help to maintain & enhance milk supply and reduce pumping time.
- Conversion kit is included to allow breast pump usage on either standard size or wide neck feeding bottles.
- Separable accessories (breast shield, tubing), it is easy to wash & sterilize.
- Long life span: most electric breastpump only works well less than 1 yr but spectra 3 is durable enough to last for years.
- Direct power supply – not battery operated so you don’t have to keep buying batteries to operate it, which saves a lot of money!

PERSONAL NOTE:
Pros
This pump is value for money. The best part is it has double pumping option. It is very quiet (you can pump without the person in the next cubicle hearing it! (Yes, this has been tested!). It is convenient to bring along since it is not bulky. If you are a Medela user, you can use your existing pump parts as it is compatible. It also comes with a conversion kit which allows you to use wide neck bottles (ie. Avent). It now has a special cooler carrier bag which is designed to fit the Spectra 3 pump, complete with bottles and ice packs.

Cons
It does not have a battery pack. You must have power supply to use it.

Descriptions:
- Good Condition (8/10)
- Comes from Muslim, Malay, smoke & pet free home.
- Reason for sale: My daughter not bf any more.
- Appreciate self collect at Penang or delivery by Post Malaysia.

Photobucket

Actual price: RM388
Selling price: RM299 ONLY

*STRICTLY NOT FOR FUSSY BUYER & FOR SERIUS BUYER ONLY!*