12/02/2011
Abu A'isyah
A'isyah Hanina,
Pertama kali Mama melihat Baba, terus tedetik dalam hati Mama “Lelaki ini akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anak-anak Mama”.
Tulisan kali ini sekadar untuk melontarkan kata hati, bukan untuk menunjuk jauh sekali mendabik dada pada dunia, kerana Mama sedar siapa Mama, seperti debu yang berterbangan yang tidak disedari sesiapa pun.
Mama betul-betul jatuh hati pada Baba selepas kami diikat dengan satu ikatan yang halal lagi suci. Baba telah menerima diri Mama seadanya, begitu juga Mama, menerima diri Baba seadanya. Mama mengambil keputusan & terbuka untuk menerima & menjadi suri hati Baba setelah mengambil pandangan ramai pihak & istikharah. Hasilnya, Alhamdulillah, Mama yakin Mama telah membuat keputusan yang tepat kerna Baba adalah seorang yang ‘beyond the expectation’.
Baba adalah seorang yang tegas. Namun, dalam ketegasannya, punya humour yang sering menghiburkan hati Mama. Mama yang sememangnya kurang ilmu & punya banyak kekurangan dapat ditangani Baba dengan penuh hikmah & Baba tak pernah jemu membentuk Mama untuk mejadi wanita yang lebih baik, hari demi hari.
Baba sentiasa sanggup berjaga malam berkali-kali untuk membancuh susu untuk A'isyah, memastikan Mama & A'isyah tidur dalam keadaan yang nyaman & seringkali Baba meminta Mama berehat kerana Baba bimbang Mama akan keletihan keesokan hari. Baba sentiasa memastikan kita berdua sentiasa berada dalam kecukupan.
Sesungguhnya begitu banyak perkara yang dilakukan Baba yang menambat jiwa Mama di mana terlalu banyak untuk Mama coretkan. Sekiranya jika tiada Baba di sisi Mama, seumpama telah hilang separuh dari diri Mama. Mama tidak tahu bagaimana takdir Mama di masa hadapan. Cuma Mama mampu berusaha & berdoa moga Allah akan menyambung cinta Mama terhadap Baba hingga ke syurgaNya. Amin. Semakin hari semakin Mama mencintai diri Baba.
حَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ
[Semoga Allah menjagamu & aku doakan semoga Allah mencintaimu yang cinta kepadaku keranaNya]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment