12/05/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [6 bulan]

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kurniaan A'isyah kepada Mama & Baba. Mujahidah comel, cerdik lagi beriman. InsyaAllah. Pinjaman Allah yang telah hampir 6 bulan 2 minggu. Terima kasih Allah! Atas kurniaanMu ini kepada kami.
A'isyah Hanina,

Mama sayang amat pada A'isyah. Mama tak dapat bayangkan hidup Mama jika tiba-tiba A'isyah diambil dari Mama. Mama doa moga Allah pinjamkan A'isyah lama-lama buat Mama. Dulu, Mama sunyi bila Baba berjauhan dengan Mama (Mama di Selangor & Baba di Penang). Mama berdoa minta teman. A'isyah hadir, hilang segala sunyi. Sejak A'isyah dalam kandungan lagi, Mama tak pernah lagi terasa sendiri. Mama tak pernah lagi terasa sepi. A'isyah, Mama minta maaf sebab tak dapat nak berada di sisi A'isyah sepanjang masa. Mama terpaksa langsaikan tanggungjawab Mama pada pengajian terlebih dahulu. Maafkan Mama ya sayang. Mama tak pernah anggap hadirnya A'isyah menjadi beban. Bukankah perancangan Allah mengatasi segalanya? Mama janji, Mama takkan sia-siakan A'isyah. A'isyah takkan Mama abaikan. Setiap saat kita bersama, Mama akan hargainya. Mama akan curahkan segala kasih sayang & cinta yang ada. Mama sayang sangat pada A'isyah! Mama rindu sungguh pada anak Mama! Doa Mama agar Tuhan mengurniakan A'isyah kefahaman & ketaatan yang mendalam tentang agamaNya. Amin.

Mama
Photobucket

No comments:

Post a Comment