11/13/2011

A'isyah dengan sanak saudara di Pahang

Salam,

Entry kali ini mengisahkan A'isyah dengan sanak saudaranya di Pahang. A'isyah kami berpeluang untuk bawa pulang ke Pahang semasa cuti Aidiladha yang lalu.

Photobucket
[A'isyah dengan Pak Cik & Mak Cik nya]

Photobucket
[Cik Anim nak kiss A'isyah. HEHE]

Disebabkan kami sekeluarga jarang-jarang balik, hanya cuti-cuti panjang, jadi A'isyah menjadi perhatian di Pahang. Turun sekejap saham budak-budak kecil seusia A'isyah disana. HEHE. Lagi-lagi, sekarang waktu yang seronok untuk ajak A'isyah main. A'isyah sangat seronok dibawa jalan-jalan diluar rumah, melihat kereta lalu lalang, pemandangan kampung sekitarnya. Tapi, A'isyah agak sikit meragam. Mungkin sebab keadaan A'isyah tak berapa sihat, selsema.

Photobucket
[A'isyah dengan Tokki Syukri, Pak Long Aziz & Pak Ngah Muiz]

Photobucket
[Nek Yan pegang A'isyah. Look! Baju A'isyah nak dekat sama dgn Cik Keenah]

Sepanjang di Pahang, muka A'isyah semacam pelik dengan percakapan sanak saudara. A'isyah suka merenung semua orang di Kuantan ketika mereka bercakap. Rasanya sbb A'isyah jarang mendengar percakapan berlongat. Mama yang lahir di Pahang pun kekedg 'blur'. Inikan pula A'isyah. HEHE.

Bertuah sangat kita A'isyah, sebab Allah temukan Mama & Baba yang berlainan negeri. Merasalah kita pulang ke kampung halaman. Merasalah juga kita pelbagai jenis masakan yang hanya di kampung Baba sahaja. Merasa jugalah kita menempuh perjalanan yang berjam-jam lamanya menyusuri bukit-bukau indah yang memukau, kampung yang sebenar-benar suasana kampung, panas tengah harinya masyaAllah, sejuk malamnya juga Subhanallah! Maka, nikmatilah wahai A'isyah!

Sekian sahaja cerita A'isyah bersama sanak saudara di kampung Baba. A'isyah anak perempuan! Perlu lemah-lembut, rajin & yang paling penting, A'isyah kena sedar & jelas maltlamat sebenar penciptaan A'isyah sebagai seorang manusia. Tanggungjawab kita sungguh berat wahai puteriku! Mama redha A'isyah sampai syurga insyaAllah!

No comments:

Post a Comment