9/01/2011
100 hari
Salam,
28 Ogos yang lalu, genap 100 hari usia puteriku A'isyah Hanina. Ketika lahir, beratnya 2.7kg. Dan sekarang, dah pun naik ke 5.7kg. Alhamdulillah, setakat ini, A'isyah tak banyak meragam. Dia cuma akan menangis setiap 1 atau 2 jam sekali kerana lapar. Setelah disusukan & lampinnya ditukar, A'isyah kembali tidur.
Dengan dagu sejemput & kedua-dua belah pipinya yang gebu, semua orang geram melihatnya terutamanya mak cik-mak cik & pak cik-pak cik saudaranya yang selalu sahaja menyentuh & terkadang mencubit manja pipi A'isyah.
Baba A'isyah pula, sekarang dah semakin expert membantu menguruskan A'isyah. Layak dinobatkan sebagai bapa mithali! Dari tukar lampin, memandikan hingga ke menidurkan A'isyah, semuanya beres diuruskan. Tahniah, abang! Kita sama-sama berusaha untuk jadi ibu bapa yang terbaik ya. Selalu timbul perasaan kasihan terhadap suami kerana turut terpaksa berjaga malam apabila A'isyah merengek, sedangkan di siang harinya Muhammad sudah penat bekerja. Apakan daya, inilah antara cabaran-cabaran yang akan ditempuhi oleh para ibu bapa.
Oh, terasa cepatnya masa berlalu! Kasihan A'isyah. Lagi 2 minggu, mamanya akan menyambung semula pengajian. A'isyah terpaksa ditinggalkan mamanya yang perlu berjihad menuntut ilmu. Sungguh hati ini tidak rela berjauhan dengan A'isyah! Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya! Kau makbulkanlah doa kami! Amin Ya Rabb!
[Happy 100 days old A’isyah! Mama & Baba loves you]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
comelnyer ya Allah~ :)
ReplyDeleteAlhamdulillah! Terima kasih!
ReplyDelete