9/10/2011

Pesan Mama

Salam,

Malam ini malam yang suram buat Mama. Sebab malam ini merupakan malam terakhir Mama tidur dengan A'isyah. Banyak detik-detik yang bermakna terpahat dalam ingatan Mama. Teringat semula saat-saat kehadiran A'isyah dalam hidup Mama. Kehamilan A'isyah langsung tidak disangka apatah lagi diduga. Namun, Mama bersyukur atas kurniaanNya.

Menghitung hari. Kelahiran A'isyah amat dinanti Mama. Tak sabar Mama nak tengok anak Mama yang 9 bulan berada dalam rahim Mama. Yang setia ke sana ke mari bersama Mama, yang rajin menemani Mama setiap kali Mama 'stay up' untuk menelaah pelajaran, sama-sama kita berulang-alik naik bas dari KL-Penang ke Penang-KL semata-mata untuk hadirkan diri di KK untuk check up every month & banyak lagi aktiviti yang kita buat bersama-sama.

Dan Alhamdulillah, tiba masa yang ditetapkan Allah. 18 Mei 2011, lahirlah seorang mujahidah yang di beri nama A'isyah Hanina binti Muhammad. Kata-kata apa yang ada untuk menggambarkan perasaan tatkala itu? Seronok, bahagia, riang, semua bercampur baur!

A'isyah membesar di hadapan mata Mama. Setiap pagi, Mama akan mandikan A'isyah siap berbaju lengkap & berbedak wangi. Setiap petang, Mama akan main & stimulate A'isyah. Setiap malam pula, akan tidurkan A'isyah dengan selawat & nasyid. Mama buat since A'isyah lahir.

Mama yang melihat A'isyah membesar. Mama yang discover every new development from you. Entah dapat tak lagi Mama jadi orang pertama buat A'isyah. Berat hati Mama untuk berjauhan dengan anak Mama ini setelah hampir 4 bulan kita bersama, setiap detik & saat A'isyah sentiasa di sisi Mama. Mama redha atas sebab berjihad untuk menuntut ilmu. Pemergian Mama, ada pesan buat A'isyah;

A'isyah Hanina,

Be a good girl! Mama nak mula belajar semula. A'isyah kena jadi anak yang solehah. A'isyah kena ikut cakap Baba. A'isyah tahu Mama sibuk, so A'isyah jangan susahkan hati Mama. Mama janji untuk belajar bersungguh-sungguh & buat yang terbaik untuk A'isyah! A'isyah tolong Mama doakan Baba dapat kerja di Selangor tau. Nanti kita boleh tinggal bersama. Mama sayang sangat-sangat pada A'isyah! Janji ingat Mama & A'isyah paling sayang Mama ya! Mama cuba balik sekerap mungkin untuk jumpa A'isyah. I love you!

Photobucket
[Di saat kau ketawa membuat hatiku riang rindu.Di saat kau menangis membuat hatiku resah gelisah. Membesar dengan baiklah anakku A'isyah Hanina]

5 comments: