9/30/2011
Babatok & Mamatok
Salam,
Alhamdulillah, minggu lepas A'isyah berpeluang untuk bersama dengan Babatok & Mamatok. Tiap-tiap hari A'isyah jumpa Mamatok & Babatok kat Hotel Eastin; Jumaat, Sabtu & Ahad.
A'isyah suka sangat main dengan Babatok. Setiap kali Babatok main dengan A'isyah, A'isyah mesti senyum meleret. Lepas tu, mesti Babatok akan bagi A'isyah rasa jus pisang. Syoknya! A'isyah pun suka main dengan Mamatok. Tangan Mamatok yang lembut tu sentiasa pegang badan A'isyah dengan sangat berhati-hati. Mamatok nyanyi lagu macam-macam. Pendek kata, Babatok & Mamatok selalu buat A'isyah happy. A'isyah seronok sangat!
Tapi hari ni & minggu ni Babatok & Mamatok dah takda untuk main dengan A'isyah. Dah tak dengar lagi suara Babatok & Mamatok yang selalu buat A'isyah happy. Sunyi rasa. Minggu lepas, kalau A'isyah menangis cepat-cepat Babatok atau Mamatok angkat A'isyah, peluk A'isyah erat-erat sambil selawat atau baca ayat Al-Quran. Best tau A'isyah rasa sampai boleh terlelap dengan lenanya. Sedih rasa bila Babatok & Mamatok dah balik Kelantan, A'isyah rindu pada Babatok & Mamatok.
Oh ya, ada 1 hari tu A'isyah nangis kuat, taktau apa punca. Mamatok la yang cuba tenangkan A'isyah. Alhamdulillah, A'isyah senyap lepas tu. Terharu A'isyah tengok Mamatok sungguh-sungguh jaga A'isyah. Terima kasih Mamatok! A'isyah takkan lupa penat-lelah Mamatok jaga A'isyah. Harap bila A'isyah dah besar nanti A'isyah dapat jadi cucu solehah & dapat balas jasa Mamatok & Babatok juga.
[Dari kiri; Mama, Babatok, Mamatok, A'isyah Hanina & Dr Munirah. Baba tukang tangkap gambar. HEHE.]
Hmm, minggu ni memang A'isyah sunyi shj tanpa Babatok & Mamatok. Tak apa, Baba kata kita akan cuba balik kampung kalau ada kesempatan. Tunggu ada masa shj terus Baba akan bawa Mama & A'isyah balik Kelantan. Tak sabar nak balik rumah Babatok & Mamatok. Boleh jumpa Babatok, Mamatok & Amam. Rindunya! ;(
p/s; Babatok & Mamatok bila datang jumpa A'isyah lagi? Amam, jom la ikut Babatok & Mamatok datang Penang sama. Nanti boleh kita semua pergi riadah di Tmn Belia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnyer! :)
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteShikin pergi konvo USM baru2 ni ke
tengok balik gambar-gambar dlm camera kak Mal, ada termasuk skali gambar cikgu mat, shikin dgn baby. tengah ramai2 orang depan dewan konvo.
haha
:)
Kak Tieha: Mmg best sangat! Bukan selalu dpt peluang mcm ni. :)
ReplyDeleteKak Amal: Yeap. Kami tangkap gambar ahli senat. FIL kami one of them. Kami nampak Kak Amal. Kami panggil Kak Amal tak dgr. Happy ja kami tgk Kak Amal. Tahniah! :)