8/22/2014

What to buy first?


Salam, 

Perasaan bila dapat tahu diri hamil? Wah, mesti happy kan? Lepas tu mula lah tengok je barang baby, kalau boleh nak borong semua! Oppsss! Ingat, macam mana kaya sekali pun, berkepuk duit kat purse pun, ISLAM kata JANGAN MEMBAZIR!

Apatah lagi kalau bukan dalam kalangan yang kaya raya, yang biasa-biasa shj. Lagi-lagi yang bunting pelamin, banyak benda nak settle lepas kawin, nak kukuh ekonomi lepas buat kenduri kahwin.

Takpa, ada benda boleh beli dulu, ada benda boleh tangguh dulu. So, berdasarkan my experience yang tak banyak mana, I wanna share Mama-to-be & Baba-to-be yang patut kita dahulukan dulu & vice versa.

WHAT TO BUY FIRST?
1) Barang-barang baby

  • Lampin & set of baju baby
    Kalau ikut my mom dia tak berapa nak bagi beli awal-awal. Bukan apa, takut apa-apa jadi on the way, kang dah beli macam-macam, susah sikit nak get over. Well, ada kebenarannya juga kan. Tapi, kalau dah start 7-8bulan tu, better la start beli sikit-sikit. Takut juga kalau-kalau preterm labour kan? Tapi, tak perlu banyak sangat.

    Zaman sekarang lagi la dah main pakai pampers sahaja. So, lampin tu biasa beli untuk buat wrap baby & buat lapik-lapik sahaja. Baju beli la beberapa set, kalau tak tau jantina beli la warna yang unisex like white, green, orange, brown etc. Barut, booty, mittens & towel pun boleh beli. Towel jangan beli 1 sahaja. Sebab kalau baby ter pee pee kan at least ada back up. Ala, tapi guna lampin sahaja buat towel pun ok juga.

    Then, kalau beli baju jangan kecik sangat. Takpa baby mula-mula pkai baju besar tapi kan baby cepat membesar. Baju baby kan mahal, at least kalau dia boleh guna lama sikit kan lebih bagus.

    p/s: Jangan beli baju banyak sebab biasanya kalau ada sedara mara yang masih ada anak kecik akan ada 'upacara' baju turun temurun. HEHE. 

2) Barang-barang untuk si ibu
Ini selalu orang terlepas pandang. Semua untuk baby, bila dah bersalin mula lah suami garu kepala nak mencari barang sorang-sorang kat kedai. Dah tu balik isteri leter sebab tak berkenan.

  • Maternity pad
    Sila lah prepare awal. Yang ni penting. Guna pad biasa pun dah ok.
  • Nursing bra
    Kalau beli sejak pregnant pun dah boleh start pakai.
  • Nursing pad
    Ini penting especially dalam masa seminggu dua lepas bersalin, Kadang-kadang susu tiba-tiba banyak sampai bocor-bocor basah baju. Jadi, kalau dah prepare awal tak la suami pening nak pegi kedai mencari pekebendanya tu.
  • Set bersalin
    Ini kalau yang nak amik jamu ke, minyak apa-apa ke atau set dengan bidan ke, bila perut dah memboyot boleh la survey-survey. Tapi, nak nasihat sikit, jamu-jamu ni secondary sahaja. Yang penting jaga kesihatan especially through pemakanan.
  • Breast pump
    Haaa, yang ni better kalau kita set as one of our top priority. Bukan apa, selalu orang beli baju la, toys, baby crib etc sampai beribu-ribu. Lepas tu nak beli breast pump yang elok sikit dah lari bajet. Padahal, yang ni lah penting. Kalau kita save duit untuk beli breast pump yang elok sikit pun takpa. Boleh guna lama & boleh simpan untuk anak-anak akan datang. Yang penting ianya memudahkan kita di masa akan datang, insyaAllah. 

3) Hospitality
Ni tak la termasuk dalam perkara yang nak beli. Tapi amat penting untuk kita tentukan hospital mana nak bersalin nanti. Option bersadarkan apa? Refer sini: Dilemma Memilih Hospital.

Anyway, my point is, better save sikit duit untuk billings & all. Yerla, kalau dah nak bersalin kat tempat best, sayang bini & bajet pun ada lebih sikit, tak salah kan opt for the best hospital. Kot-kot la ada complication ke emergency ke, so better simpan duit awal-awal. Nanti tak la pening kepala.

  • Diaper rash cream, crack nipple cream etc
    Ni kira mini first aid. Tapi, kalau tak beli dulu pun takpa. Bila ada kes, baru beli. Sebab tak semestinya our baby kena diaper rash. 

WHAT CAN WAIT?
  • Baby crib/play pen
    Sebenarnya ini bergantung pada plan anda-anda semua. Baby crib can waits sampai bila kita nak anak kita tidur sendiri. Atau as early as 4 month old ke. Tapi, memang baby crib selamat. Tak la ada masalah baby jatuh ke, kena hempap ke. Well, it depends. Cuma at least tak la urgent sampai nak beli before deliver.
  • Baby safety set for travel
    Ini termasuk car seat, stroller, etc. Actually yang ni pun depends. Bergantung kepada your lifestyle. Kalau dah dari awal hantar anak kat tempat orang/travel a lot, better make it as our priority. Remember, it's safer to put our child on his/her car seat while driving! Tapi, I think stroller paling awal pun nak beli bila dah lepas pantang. So, tak la sesak sangat semua nak beli before bersalin.
  • Toys
    Alaaa... Baby tak reti main lagi. Biasa pun toys punya guide is 3 month ++. So beli nanti-nanti sikit. Mak Cik-mak cik & Pak Cik-pak Cik pun insyaAllah akan belikan. More creative? Buat la toys sendiri. Save bajet! HAHA!
  • Baby lotion, powder, minyak Yu yi etc
    Hmm, do you know that baby's skin is sensitive? Yes, sensitive until even baby powder is not actually suitable for newborn baby. Lagipun, baby kan bersih. Bukan main kotor pun. Paling-paling pun pee pee, poo poo, muntah. Alaa, semua tu takla kotor mana pun. Lagi-lagi yang ada antiseptic mcm dettol ke apa, haaa, lagi tak payah! Sebab the chemical is stronger. Cuma kalau nak massage baby bila kulit kita kering tak berapa best kan, apply la small amount of losyen/baby oil. Dah memadai dah.

    Also, wangi apa bau baby original. Kejap sahaja nak nikmati bau tu. Kang dah besar sikit dah takda tau bau tu. Kalau nak start bedak, syampoo, sabun pun, maybe biarla baby dah lasak, dah peluh busuk. Itupun kalau bila baby dah 4-6 month ++. Oh ya, kan hadiah famous untuk newborn is set mandian ni. (A'isyah Hanina punya masih ada stock lagi. HEHE)

    Minyak Yu yi & yang seangkatan dengannya tak berapa baik untuk baby. Again, just apply kalau ada kes sahaja la ya. Tak payah la tiap-tiap lepas mandi bau minyak baby kita. Dont worry, kalau breast feed, insyaAllah jarang kembung perut. 

TIPS BELI BARANG BABY
  • Plan dulu. Tengok mana perlu & tak berapa perlu. Setiap orang mungkin agak berbeza tapi biasa basic sama sahaja. 
  • Prefer beli barang yang berkualiti & mahal sikit. Especially, kalau barang tu boleh digunakan sampai anak-anak yang seterusnya. Juga barang-barang yang memerlukan kita pentingkan safety. Contohnya: stroller, car seat, play pen. Ada yang murah, tapi tak sure in term of safety macam mana. 
  • SALE! Serious baby sale is a great time to buy. HEHE. Tapi jangan rambang mata sampai terbeli benda yang tak penting sangat. 

Ok, so far ini sahaja yang ada dalam minda untuk dikongsi. Diharap dapat menjadi panduan buat para ibu lain especially yang baru 1st time.

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. Thanks for the entry Shikin! Pasai set bersalin tu, Shikin pilih produk mana? Sorry kalo kak ni byk tanya. Xda pengalaman kan. kak tgk ramai amek Tanamera, Nona Roguy etc. Tapi, sesuai ka utk yg planning nk bf baby? Jamu2 ni kan panas..hurmm...

    ReplyDelete
  2. No biggy Kak Sos! Kami masa A'isyah pakai Afiat. Murah tapi rasa mcm not really useful. Kali ada rezeki lebih sikit kami beli Tanamera. And kami really looking forward utk guna & habiskan semua items pantang tu. Certain brg Tanamera boleh start guna before deliver pun such as VCO (Virgin Coconut Oil) & Herbal Massage Oil (utk urut). Yang lain brg dia lebih pd luaran & takda jamu-jamu pun. Yang makan pun herbal tea shj. So kami rasa mmg bf friendly & still boleh pakai even anak jaundice (nauzubillah). InsyaAllah, lps guna kami kasi review sikit naaa. :D

    ReplyDelete