Alhamdulillah, 7 Februari lalu, 9 pagi hingga 12 tgh hari saya & zauj berpeluang untuk menyertai program Streetfoto & Streetdakwah yang dianjurkan oleh IMuslim. Ianya merupakan satu pengalaman yang amat best bagi kami. Sebab program ini 2 in 1; Dakwah & Fotografi. Jadi, kami sampaikan mesej pada orang ramai, especially non Muslim dan dalam masa yang sama, dapat shoot banyak gambar menarik. Syukur! Tapi, masih rasa terlalu banyak kekurangannya dari penyampaian saya. :(
Al-kisahnya:
Briefing sebelah Masjid Pakistan. Kami diberi penerangan & pengenalan program. Selain itu, goodies bag yang diisi bahan untuk diberikan kepada orang ramai juga diedarkan. Dalam goodie bag ada: 3 Cds, 2 Buku & Car sticker.
Briefing & pembahagian kumpulan dibuat. Ahli kumpulan tetap saya of course zauj saya, Muhammad bin Dinsuhaimi. Group kami ada 5 orang semuanya. 2 orang saya & zauj. 3 orang lagi berkenalan di situ. They are Din, Ashraf & Muzamil. Group boleh pilih sama ada untuk ke HKL atau jalan di sekitar Chow Kit Road. Kami pilih both! Mula dengan Chow Kit kemudian hospital. Teringin rasanya nak melihat kehidupan seharian orang-orang tinggal di sekitar Chow Kit. Dan nak rasa suasana street dakwah di sana.
Bermula dengan menyapa seorang Pak Cik. Alhamdulillah sambutannya baik. Saya hulurkan wang belanja buat Pak Cik. Zauj pula more tu pesan benda-benda penting pada Pak Cik ni tentang solat, banyakkan berdoa etc.
Din pula beri CD pada pasangan suami isteri. Mula-mula husband & wife tu macam blur. Mungkin sedang berfikir. For us, not only non muslim sahaja perlu dakwah, kita pun kena dakwah sebab niat untuk saling ingat-mengingati.
Terus berjalan ke Lorong Haji Taib. Macam-macam ragam manusia, kat sini ada shj yang hanya geleng kepala tanda reject & say NO. Kami hormati jika mereka tak mahu diganggu atau didekati.
Jumpa pula foreigner. Kali ini, Muzamil pula yang bagi buku. Most Common Questions Asked By Non Muslims oleh Dr. Zakir Naik. Doa moga hati terbuka nanti bila terbaca buku ini,
Jalan-jalan lagi sampai di HKL. Setiba di sana, kami tak dapat masuk. Mula-mula frust juga. Tapi, bila Pak Guard explain, kami cuba faham & pergi. Memang prosedur di bangunan kerajaan tak boleh bawa kamera. Kami hormati Pak Guard yang menjalankan tugas. Kami berikan kepada mereka beberapa buku & CD buat halwa telinga ketika menjalankan tugas.
Kami bertolak ke tempat perhimpunan semula. Semua dari lokasi dakwah masing-masing akan berkumpul. Bila sampai, ahli kumpulan kami Ashraf diinterview oleh krew IMuslim tentang pengalamannya.
From my observation, beberapa kesimpulan dapat dibuat:
No comments:
Post a Comment