Buat emak yang disayangi,
Selamat Ulangtahun Hari Melahirkan Ekin! Ampunkan segala dosa Ekin, halalkan makan minum Ekin. Ya Allah, rahmatilah emak sebagaimana emak bersusah sepanjang 22 tahun ini. Ekin sayang mak!
5/24/2012
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Norashikin Azmi! Selamat Ulang Tahun Kelahiran! Tahun pertama bergelar Mama. Semoga sentiasa dirahmati Illahi.
Benarkah birthday itu menggembirakan? Allahuakbar! Masih panas lagi khabar pemergian Bob Kuman. Entahkan esok, entahkan seminit dua lagi giliranku menyusul. Siapa tahu, itukan Dia yang mahu.
Teringat A’isyah, kembali menyorot detik 1.52 petang, 18 Mei 2011 yang lalu. Benarlah kata ilmuwan, mengetahui tidak serupa mengalami. Subhanallah, besarnya pengorbanan ibu melahirkan. Wajarnya ucapan sejahtera pada hari lahir diutus buat ibu. Tapi tak rutin dibuat orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment