5/18/2012

Sannah Helwah A'isyah Hanina binti Muhammad

Salam,

Photobucket

Hari ini genaplah umur anak Mama A'isyah Hanina, 1 tahun. Mama cuba sedaya upaya untuk luangkan masa di sisi A'isyah. Bersama anakanda kesayangan di hari bersejarah sangat mengujakan. Walaupun baru setahun umur, jelas kegirangan di raut wajah A'isyah bila Mama dapat bersama-sama A'isyah.

Di hari bersejarah bagi anak sulung Mama, tiada sambutan besar yang Mama atur. Hati memang mahu shj meraikan hari jadi A'isyah, tapi biarlah dahulu buat masa ini. Bimbang menjadi seperti tradisi. Seolah majlis wajib pula untuk di sambut setiap tahun. Mungkin selang-selang tahun untuk buat majlis atau apa-apa sambutan berkaitan hari jadi. InsyaAllah.

Namun hari ini tetap membahagiakan buat Mama. A'isyah langsung tak meragam, A'isyah seronok main dengan Mama & sampai terlentok tidur dalam dakapan Mama, tanpa rengekan macam biasa.

Tentang hadiah, Mama ada sesuatu utk A'isyah. Hope A'isyah suka hadiah dari Mama. Sabar ya A'isyah, tunggu hadiah istimewa dari Mama. Mama pun dah booking online hadiah A'isyah tu. Baba A'isyah pula hadiahkan A'isyah Mr. Potato Head (Toys Story), so that A'isyah boleh belajar parts of body. Tapi, Mama yang excited main sebab best boleh cabut-cabut & susun semula. HEHE.

A'isyah Hanina permata hati Mama & Baba,
Suka Mama & Baba ulang pesanan ini setiap detik & masa. Tiada lain, seperti Luqman menasihati anaknya dengan nasihat-nasihat yang agung:

A'isyah, jangan syirik kepada Allah, sesungguhnya syirik itu kezaliman paling besar.

A'isyah, bersyukur & berbaktilah kepada Allah (tegakkan agamaNya), berbaktilah kepada Mama yang mengandung, menyusu (walau sebentar) & mentarbiyyah A'isyah dengan segala kepayahan, berbaktilah kepada Baba yang rela berkorban apa shj untuk A'isyah.

A'isyah, taatilah Mama & Baba selagi mana Mama & Baba tidak membawa dirimu ke lembah maksiat & syirik.

A'isyah, berbuat baiklah sebanyak-banyaknya walaupun kebaikan itu hanya sebesar zarah. Nescaya Allah menampakkan balasanNya atas kebaikanmu.

A'isyah, dirikanlah solat, ajaklah manusia ke arah maaruf, cegahlah manusia dari segala mungkar & bersabarlah sayang dalam melakukan semua ini.

A'isyah, jangan pandang rendah terhadap manusia, jangan berlagak sombong dengan manusia, kerana kita semua sama. Kita semua adalah hamba Allah.

A'isyah, tenangkan diri ketika melangkah, rendahkan suaramu ketika berbicara, moga maruahmu terpelihara.

Ya Allah, satu tahun kami memikul amanah anak ini, kami cukup malu kepadaMu. Ampunilah kami kiranya terpalit coret-coret Yahudi, Nasrani atau Majusi pada fitrah suci anak kami. Kembalikan kami kepada fitrahMu. Kami berdoa agar anak kami menjadi hambamu yang bertaqwa, berjaya dunia & akhirat. Moga A'isyah kami, sehebat A'isyahMu.

Photobucket

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA,
A'ISYAH HANINA BINTI MUHAMMAD

No comments:

Post a Comment