12/22/2011

Makan Time!

Salam,

Photobucket
[Sangat excited]

Alhamdulillah, skrg A'isyah dah ada 2 gigi. Masa utk memperkenalkan makanan pejal utk A'isyah. Bila dah ada gigi, lagi mudah utk A'isyah kunyah makanan. Lagipun, after 6 months usus A'isyah dah kuat, dah boleh accept solid food. InsyaAllah.

Photobucket
[Aaaaaa, nganga!]

A'isyah tahu menguyah & sip from the spoon. Tapi, masa mula-mula makan, I can see that A'isyah finds it weird. Maybe the texture is a bit starchy & jelly-ish. HEHE.

 [Daging + bayam + kentang]

Solid food yang diberi pada A'isyah haruslah natural ingredient. Hari-hari Opah (my mom) akan buat home-made porridge untuk A'isyah. Kadang-kadang A'isyah makan daging, kadang-kadang ikan, kadang-kadang ayam & akan dicampur dgn pilihan sayuran seperi carrot, bayam, potato etc. Hasilnya, A'isyah suka sangat!

Photobucket
[A'isyah suka sangat pada their Old Fashioned Chocolate Custard]

Selain tu, I also feed A'isyah dengan koleksi baby food from Rafferty's Garden. Tahu ttg this brand sbb hari tu ikut Muhammad ke International Conference (Revamping the Education System) di Park Royal Hotel, Penang. Ada seorang lecturer perempuan dari Australia yang bagi. Try pada A'isyah & she really suka. Lepas tu, terus la cari byk-byk. So, I would certainly recommend Rafferty’s Garden pada semua ibu-ibu ya.  

Photobucket

Teething rusks ni pulak diberi pada A'isyah sbb A'isyah rasa gatal gusi. Nak menggigit shj hobinya. So, ada teething rusks ni, sedap la menggigitnya.

Photobucket
[Burps! Alhamdulillah, terima Allah atas makanan & rezeki ini]

p/s; First solid food A'isyah adalah pisang. A'isyah rasa jusnya masa umur 4 months. Babatok cuba bagi masa tu. Dapat la title Cik Pisang Mamatok bagi. :)

12/19/2011

Safiyya Amani

Salam,

Photobucket
[Safiyya Amani]

Tahniah kpd Kak Su & Abg Dullah atas kelahiran puteri sulung yang comel, Safiyya Amani.

Safiyya Amani,

May Allah shower you with His countless blessings. I pray you'll be a good girl, qurrata a'yun to your parents, and be a true servant of Allah. Amin.

Mak Long Ekin

Gambar kenangan sekitar Majlis Aqiqah Safiyya Amani;

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Semoga anak-anak kita dpt dijadikan sebagai wasilah untuk kita semakin dekat & akrab dengan Maha Pencipta kita semua. InsyaAllah.

p/s: Sorry Safiyya, Mak Long Ekin baru berkesempatan nak tulis ttg awk. :)

A’isyah’s first tooth

Salam,

How fast time flies, A’isyah Hanina is already seven months! Happy half a year old baby! So yes, as of a few weeks ago, before A'isyah officially turns seven months, my baby girl finally has her first tooth. It's on the bottom, as it usually is for most babies, and the second one looks like it will follow shortly. Her gums on the top are a bit swollen, as well, so I wouldn't be surprised if they came through in the not-too-distant future.

Photobucket
[A’isyah’s first tooth came in when she was just about six months old]

12/16/2011

Pre-loved SCR5 Stroller & SCR7 Car Seat for sale

Photobucket

Photobucket

Photobucket
[SCR5 Stroller]
Features :
•Suitable from birth till 3 years (<17kg)
•Innovative design and portable lifestyle stroller
•Lightweight aluminum frame
•Adjustable backrest and footrest
•Can be in forward or rearward facing
•Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter        
                                                                                                                                            
Photobucket

Photobucket
[SCR7 Car Seat]
Features :
•Suitable from birth to 10kg
•Light weight and portable infant car seat/ carrier/ rocker
•3-point, 1-pull padded safety harness
•Traveling system: Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter

- Both SCR5 & SCR7 can be fitted to the stroller. It's a good travel system.
- Not to be sold separately.
- Used few month but in good condition.
- Seat condition are brand new as Im used this stroller with SCR7 Car Seat before.
- Got a minor scratches as shown in picture above.
- Comes from Muslim, Malay, smoke & pet free home.
- Reason for sale: Bought a new one
- COD: Putrajaya/Penang.

Actual price : RM459.00 + RM239.00 = RM698
Selling price: RM500 ONLY!

*STRICTLY NOT FOR FUSSY BUYER & FOR SERIUS BUYER ONLY!*
SOLD!

12/05/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [6 bulan]

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kurniaan A'isyah kepada Mama & Baba. Mujahidah comel, cerdik lagi beriman. InsyaAllah. Pinjaman Allah yang telah hampir 6 bulan 2 minggu. Terima kasih Allah! Atas kurniaanMu ini kepada kami.
A'isyah Hanina,

Mama sayang amat pada A'isyah. Mama tak dapat bayangkan hidup Mama jika tiba-tiba A'isyah diambil dari Mama. Mama doa moga Allah pinjamkan A'isyah lama-lama buat Mama. Dulu, Mama sunyi bila Baba berjauhan dengan Mama (Mama di Selangor & Baba di Penang). Mama berdoa minta teman. A'isyah hadir, hilang segala sunyi. Sejak A'isyah dalam kandungan lagi, Mama tak pernah lagi terasa sendiri. Mama tak pernah lagi terasa sepi. A'isyah, Mama minta maaf sebab tak dapat nak berada di sisi A'isyah sepanjang masa. Mama terpaksa langsaikan tanggungjawab Mama pada pengajian terlebih dahulu. Maafkan Mama ya sayang. Mama tak pernah anggap hadirnya A'isyah menjadi beban. Bukankah perancangan Allah mengatasi segalanya? Mama janji, Mama takkan sia-siakan A'isyah. A'isyah takkan Mama abaikan. Setiap saat kita bersama, Mama akan hargainya. Mama akan curahkan segala kasih sayang & cinta yang ada. Mama sayang sangat pada A'isyah! Mama rindu sungguh pada anak Mama! Doa Mama agar Tuhan mengurniakan A'isyah kefahaman & ketaatan yang mendalam tentang agamaNya. Amin.

Mama
Photobucket

12/02/2011

Abu A'isyah

A'isyah Hanina,

Pertama kali Mama melihat Baba, terus tedetik dalam hati Mama “Lelaki ini akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anak-anak Mama”.

Tulisan kali ini sekadar untuk melontarkan kata hati, bukan untuk menunjuk jauh sekali mendabik dada pada dunia, kerana Mama sedar siapa Mama, seperti debu yang berterbangan yang tidak disedari sesiapa pun.

Mama betul-betul jatuh hati pada Baba selepas kami diikat dengan satu ikatan yang halal lagi suci. Baba telah menerima diri Mama seadanya, begitu juga Mama, menerima diri Baba seadanya. Mama mengambil keputusan & terbuka untuk menerima & menjadi suri hati Baba setelah mengambil pandangan ramai pihak & istikharah. Hasilnya, Alhamdulillah, Mama yakin Mama telah membuat keputusan yang tepat kerna Baba adalah seorang yang ‘beyond the expectation’.

Baba adalah seorang yang tegas. Namun, dalam ketegasannya, punya humour yang sering menghiburkan hati Mama. Mama yang sememangnya kurang ilmu & punya banyak kekurangan  dapat ditangani Baba dengan penuh hikmah & Baba tak pernah jemu membentuk Mama untuk mejadi wanita yang lebih baik, hari demi hari.

Baba sentiasa sanggup berjaga malam berkali-kali untuk membancuh susu untuk A'isyah, memastikan Mama & A'isyah tidur dalam keadaan yang nyaman & seringkali Baba meminta Mama berehat kerana Baba bimbang Mama akan keletihan keesokan hari. Baba sentiasa memastikan kita berdua sentiasa berada dalam kecukupan.

Sesungguhnya begitu banyak perkara yang dilakukan Baba yang menambat jiwa Mama di mana terlalu banyak untuk Mama coretkan. Sekiranya jika tiada Baba di sisi Mama, seumpama telah hilang separuh dari diri Mama. Mama tidak tahu bagaimana takdir Mama di masa hadapan. Cuma Mama mampu berusaha & berdoa moga Allah akan menyambung cinta Mama terhadap Baba hingga ke syurgaNya. Amin. Semakin hari semakin Mama mencintai diri Baba.

Photobucket
Ø­َبَّÙƒَ الَّØ°ِÙŠْ Ø£َØ­ْبَبْتَÙ†ِÙŠ Ù„َÙ‡ُ
[Semoga Allah menjagamu & aku doakan semoga Allah mencintaimu yang cinta kepadaku keranaNya]