7/24/2011

Rezeki A'isyah

Finally, dapat juga Mama kemas almari A'isyah. Sebelum ini tak berkesempatan. Ada shj benda yg kena Mama buat. Jadi terpaksa KIV dulu kemas almari A'isyah. So, skrg dah berpeluang, Mama pun kemas la. Mama kemas baju A'isyah ikut bahagian. Macam ni;

Photobucket

Oh ya, semua hadiah baju yg Mak Cik-Mak Cik, Pak Cik-Pak Cik, Atuk-Atuk yg baik hati bagi masa melawat A'isyah pun Mama buka & kemas letak dalam almari A'isyah. Banyak juga. Sampai Baba cakap tak payah beli baju untuk A'isyah dah. Sedih Mama. Tapi, ya la byk sgt baju membazir pula nanti bila tak terpakai sbb baby cepat membesar. Takpa. Pakai yg mana ada dulu. Ni dia almari A'isyah;

Photobucket
[Alhamdulillah wa syukrulillah!]

Photobucket
[Yang ini simpan dulu. Clothes for next, next year. Baju-baju A'isyah 1 tahun & ke atas]

Alhamdulillah, baju A'isyah cukup bekalan sampai A'isyah 1-2 tahun kot. Tapi, still akan beli juga. Mana tahan bila jalan-jalan ke mall tengok baju baby girl. Warna pink, headband comel-comel, gown ropol-ropol etc. Isk isk.

Hmm, masa mengemas baju A'isyah teringat zaman masa kecik-kecik main Barbie, tukar baju macam-macam. HEHE. Lepas tu, dulu-dulu teringin nak beli anak patung Baby Alive. Ala, yg boleh menyusu, mamam & poo-poo bagai tu. Tapi, tak mampu. Haa, skrg Allah dah bagi amanah baby yg betul-betul alive. Best! Tapi, gementar pun ada sbb baby alive ini kena didik betul-betul. Baby girl lagi susah nak besarkan. Mudah-mudahan A'isyah menjadi hamba Allah yg bertaqwa. Amin. Ok la, rasanya setakat ini dulu. Ada kerja lain lagi menimbun yg perlu dibuat.

Kebanyakkan dalam almari A'isyah tu adalah sumbangan & hadiah daripada yang sudi meraikan A'isyah. InsyaAllah A'isyah akan manfaatkannya; pakai & jaga elok-elok. Semoga pemberi-pemberi dimurahkan & dikurniakan rezeki yang berkat dari sudut apapun dari Allah serta mendapat saham jariah berpanjangan, insyaAllah!

7/18/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [2 bulan]

So today, Monday, July 18 2011, which is the day A'isyah Hanina turns 2 months old. That means it has been 2 months since A'isyah wandering on this world as a baby of a pair of us, her (beloved) Mama & Baba.

A'isyah Hanina,
May Allah grants your life with shower of blessing. We are head over heel in love with you. Thanks for coming in Mama's & Baba's life. I love you daughter! Alhamdulillah. This is the sign of Allah’s love to us. :)

Photobucket
I love every single things about you, A'isyah Hanina!
I love your mesmerizing eyes, your cute nose, your smiles,
your sweet little lips, your soft feminine baby fragrance, your tiny hand and feet & i love your birthmark.
I love every thing about you.
I love you, i love you & i love you so much, my baby.


By,
Ummu A'isyah

7/12/2011

Solat Sambil Mendukung Anak

Salam,

Bagi siapa-siapa yang ada anak kecil mesti ada yang terlewat solat kan? Sebabnya, takda siapa yang nak tolong jaga atau tengokkan anak masa kita solat. Takkan la nak tunggu En. Suami ada dulu baru nak solat. Kalau kes anak menangis semasa kita tengah solat macam macam pula? Nak berhenti solat & pujuk dulu atau teruskan juga solat & biarkan anak menangis. For sure tak tenteram & tak khusyuk. Tapi, jangan risau. Sebab ada penyelesaiannya.

Penyelesaiannya:
SOLAT SAMBIL MENDUKUNG ANAK

Caranya:
Photobucket

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir & tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan & meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu & kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.

Ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat? Ini jawapannya;

Assalamualaikum ustaz, saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih.


Jawapan:
Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:


ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏.‏ فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد
Maksudnya: Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)


Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
  • Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
  • Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu'). 
  • Dada sentiasa mengadap kiblat
Rujukan:
1. Fatwa Syeikh Fauzan
2. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160
Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Setiausaha MUIS
Dah pernah cuba solat sambil dukung A'isyah. Alhamdulillah, so far A'isyah happy bila dapat join sekali solat. Selalunya, A'isyah join solat sekali bila tinggal kami berdua shj di rumah. Babanya pergi kerja, Opah & Wannya keluar beli brg-brg. Jadi, solatlah kami berdua anak-beranak. Seronoknya solat dengan A'isyah, dapat la A'isyah dengar bacaan AlQuran straight through her ears.

Photobucket
[A'isyah & me]


*Saya bukanlah ustazah atau mengambil jurusan agama di universiti. Hanya berdasarkan pada apa yang dipelajari ketika di sekolah dulu & sedikit pembacaan di internat. Untuk confirmation lebih, boleh la merujuk pada yang lebih arif. Wallahualam.

Semoga bermanfaat!

Anak Derhaka

Salam,

Photobucket

Anak sekarang ramai sangat yang kurang ajar. Apakah punca atau penyebab anak derhaka? Sama-sama kita lihat & ketahui;

  • Semak punca rezeki
Dulu ibu bapa berhempas pulas mencari rezeki, hasil sikit tetapi cukup keberkatannya. Ada yang meniaga, sejujurnya. Tiada tindas-menindas. Sebab itu orang kaya selalu sahaja tidak cukup hitungannya.

  • Makanan untuk anak
Apabila membeli makanan untuk anan-anak, fikirkan cara penyediaannya adakah halal/tidak.

  • Doa tidak makbul
Ia berkaitan dengan sumber rezeki. Apabila makanan daripada sumber yang tidak berkat maka doa susah hendak terangkat.

  • Cara berdoa yang tidak betul
Doa anak-anak ketika marah, ketika sumpah seranah, maki hamun. Hanya doakan yang negatif sahaja. Kalau berdoa dalam Bahasa Arab, pastikan sebutan betul. Lebih baik doa dalam bahasa yang kita faham. Allah SWT faham apa yang kita doakan.

  • Tidak berdoa langsung
Ada juga ibu bapa yang langsung tidak berdoa untuk anak-anaknya.

  • Hubungan dengan Allah rapuh
Amal ibadah tidak konsisten. Tak istiqamah.

  • Hati ibu bapa mungkin kotor dengan Allah
Selalu bersangka buruk dengan Allah. Kerap merungut & tidak bersyukur. Tidak membudayakan sifat saling memaafkan & berlapang dada.

  • Derhaka ibu bapa terhadap orang tua mereka
Pembalasan Allah terhadap ibu bapa yang pernah melalaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka sendiri.

  • Suasana rumah tangga hiburan
TV merupakan satu perkara wajib dalam setiap rumah. Namun, hidangan kerohanian sangat jarang mengambil tempat di kalangan penghuninya.

  • Ibu bapa cakap tidak serupa bikin
Anak-anak akan belajar daripada tingkah laku, percakapan malah gaya hidup ibu bapa. Jika baik, maka baiklah jadinya. Jika buruk, jangan dikisahkan kerana ia daripada ibu bapa itu sendiri.

*Ingin sekali A'isyah menjadi anak yang baik. Baik berpandukan Islam, bukan setakat baik budi bahasa, pelajaran & akhlak pada pandangan manusia tetapi lebih dari itu iaitu baik di sisi Islam & Allah. Doa & didikkan sentiasa meniti hari-hari yang dilalui, apatah lagi usaha yang tak henti-henti. Semoga di hujung usaha akan ada kejayaan yang menanti. Amin.

Semoga bermanfaat! 

7/06/2011

A'isyah Hanina ke Putrajaya

Salam,

Jumaat lepas A'isyah, Mama & Baba ke Putrajaya. Tujuan kami ke Putrajaya hanya 2;

  • Baba nak settlekan tentang kereta kami yang dilanggar hari tu.
Photobucket
[Kereta sebelum dibaiki]

Hari Jumaat tu juga selesai segala tentang kereta. A'isyah tengok Baba lega. Alhamdulillah.

  • Main reason: Nak bawa A'isyah jumpa dengan semua kesayangan A'isyah. Best!
Photobucket
[Wajah-wajah kesayangan A'isyah]

Yang duduk paling kiri tu, Babatok. Babatok suka sembang macam-macam dengan A'isyah. A'isyah suka! Cuma A'isyah tak boleh nak reply. Besar sikit, A'isyah dah pandai cakap, masa tu Babatok tak larat nak layan dah. HEHE.

Sebelah Babatok pula, Mamatok. Yang tu, A'isyah syg sgt! A'isyah rindu pd Mamatok since kali terakhir jumpa dpn office Mamatok di Kelantan. Sebelum bertolak ke Penang. Seronok sgt dapat jumpa Mamatok semula. This time, Mamatok beli mcm-mcm pd A'isyah. Best ooo! Terima kasih Mamatok. A'isyah syg sgt-sgt pd Mamatok. Rindu dah ni pd Mamatok. Isk isk.

Next, yg pakai baju ala-ala Superman tu, Abg Umar. Abg sepupu A'isyah. Suka dengar abg Umar celoteh. A'isyah pun nak ikut mcm Abg Umar. Bijak, soleh. Tapi, kalau A'isyah solehah la kan? 

Sebelah Abg Umar yg berseri-seri tu, Mak Ngah Sumayyah. Mak Ngah Sumayyah ni suka bacakan ayat-ayat AlQuran pd A'isyah. Tenang A'isyah. Sampai terlena A'isyah kusyuk sgt dengar. :)

Yg sebelah Baba tu, Pak Ngah Abdullah, baik sgt. Pak Ngah suka usap kepala A'isyah. Oh ya, rajin juga komen gambar A'isyah di FB. Ngee~

Then, yg pegang newspaper tu, yg duduk atas kerusi paling kiri tu Nek Dah. Nek Dah pun baik juga. Ada 1 malam A'isyah tak dapat tidur sbb perut kembung teruk, Nek Da yg jaga A'isyah. Kesian Nek Dah berjaga. Terima kasih Nek Da. A'isyah syg Nek Da!

Sebelah Nek Dah, Amam. Amam ni lemah-lembut. Nanti A'isyah besar nak jadi lemah-lembut mcm Amam. Amam pun mcm Mak Ngah Sumayyah suka baca AlQuran, Mathurat dekat tepi telinga A'isyah. Amam pun mcm Mamatok juga belikan baju pd A'isyah. Thanks Amam! Love you!

Yang pegang A'isyah tu pula, Tok Nyang. Sayang sangat pd Tok Nyang. A'isyah jumpa kejap sgt dgn Tok Nyang, tak sempat nak main lama-lama dgn Tok Nyang. Sedih muka Tok Nyang A'isyah tengok bila kita nak berpisah hari tu, A'isyah pun sedih. Tak apa, nanti balik raya kita jumpa lagi ya Tok Nyang. I miss you, Tok Nyang!

Tiada dalam gambar (Nek Nyang). Ke Seremban sekejap jumpa Nek Nyang. Nek Nyang sanggup bangun. Kesian Nek Nyang sampai tidur. Lama sangat tunggu A'isyah. Nek Nyang bagi 2 baju ropol-ropol pd A'isyah. Cantik! Girly sgt. HEHE. Terima kasih Nek Nyang.

Walaupun tak banyak gambar yg sempat diambil, tapi byk memori indah terpahat. Terima kasih Allah kerana mengizinkan A'isyah berjumpa dengan semua kesayangan A'isyah seperti yg dirancang. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi. InsyaAllah.

Strong Shikin Strong!

Siang malam tiada beza.

Makan = Bila sempat
Rehat/tidur = Kalau ada masa

Adoi la. Badan rasa letih sgt. Otak ni jangan cakap la penatnya. Rasa mcm doktor pulak, oncall 24jam. HEHE. Tak sabar nak rehat esok. Sebab, Muhammad cuti. Yeay! Hayya bil jihad! Kuatkan diriku untuk bertahan.