1/31/2013

Resepi Durian Crepe

Salam,
Photobucket

Sekarang Durian Crepe dah jadi macam trend. Dapat perhatian orang ramai sampaikan ada yang buat bisnes Durian Crepe ni. Suami saya tak terkecuali membeli! Zauj ni die hard fans durian. Jadi, si isteri pun cuba belajar & buat apa yang suami suka. Even, saya tak gemar durian! Demi suami, buat la juga. So, next time no need to beli sebab kalau nak, I can do it khas buat zauj. Yeay!

Lepas post gambar Durian Crepe di FB, ramai yang bertanya resepi nya. To be honest, im really not good in baking. So, kalau rasanya not really nice nanti, jangan marah ya. HEHE.

Tanpa membuang masa lagi, jom nak kongsikan resepi & cara-cara buat durian crepe yang menjadi fenomena di serata Malaya ni. Ewah!

RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan yang diperlukan:
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil myk masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
Pewarna kuning
Esen Vanilla

Filling:
Whipped cream
Isi durian

Cara membuat:
  • Baca Bismillah
  • Masukkan semua bahan yang ada ke dalam mangkuk & sebatikan dengan whisk. 
  • Untuk mengelakkan crepe daripada menggerutu, tapis dahulu. Baru dapat kulit crepe yang halus mulus. 
  • Ambil sesenduk kecil & kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam non stick pan yang dipegang. Cuba buat senipis yang boleh. 
  • Layangkan kuali tadi agar adunan sekata & diletakkan atas api kecil sampai masak. 
  • Pastikan masak hingga kering (masak 1 side shj), angkat & tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok (yang side dimasak itu automatik jadi bhgn utk letak filling & yang side tidak masak, jadi cover. Make sure, lepas masak sehelai [sehelai?], di asingkan each kulit crepe untuk elak melekat. )
  • Whipped cream diputar hingga kental. 
  • Kemudian, letakkan whipped cream & isi durian & whipped cream semula di tengah-tengah kulit crepe. 
  • Lipat kiri ke kanan & atas ke bawah. Jadi bantal & masuk dlm freezer! 
  • Siap & boleh dimakan. HEHE.

2 comments:

  1. boleh try ikut resepi shikin ni. most of the resepi hanya menggunakan satu tepung sahaja iaitu tepung gandum yg kalau kita google dalam internet. tapi kalau org yg bakers yg jual tu, dia kata dia guna at least 5 tepung and rahsia la kan resepinya sebab dia berniaga :) kalau dkt midvalley guna 7 tepung. as long as kulit dia nipis and sedap, keseluruhan durian crepe ni akan jadi sedap dengan ditambah resepi rahsia membaca bismillah and selawat masa buat ^_^ thanks shikin for the sharing...

    ReplyDelete
  2. Cahaya Penawarku: Sama-sama! Kak Shikin tak pandai masak/baking, tapi kalau org minta share, Kak Shikin suka share. Resepi masak-masak pun kira ilmu juga kan? Yeap, secret ingredient adalah mula dgn bismillah & selawat. Awk cuba la! Nanti share hasil kt fb. Nak tgk juga hasilnya nanti. :)

    ReplyDelete