1/18/2012

Warkah buat A'isyah Hanina [8 bulan]

Salam,

Photobucket
A’isyah Hanina yang dikasihi selalu,

Semoga Allah sentiasa meredhai kita sekeluarga. Redha Allah, apalagi yang kita dambakan selain redha Allah? Syukur, 1 bulan Mama cuti sem. Dapatlah selama 1 bulan Mama temani A'isyah setiap masa. Alhamdulillah, A'isyah sekarang dah 8 bulan. Sekejap shj anak Mama membesar. Berat pun dah nak mencecah 10 kg (perhaps). Mana taknya, A'isyah dah mula makan solid food. Lagi mudah la naik berat anak Mama ni. Dalam tempoh 2 bulan ni, dah macam-macam A'isyah rasa & cuba makanan. Banyak kan rasa yang Allah buat?

Oh ya, A'isyah sekarang asyik panggil Baba shj. Sikit-sikit, Baba. Biasa la. Manja Baba! Kalau Mama, kekadang A'isyah sebut Mama, Ma. Apa saja yang terkeluar. HEHE. Lagi, A'isyah skrg dah pandai 'bye-bye'. Tp itu pun kekdg, ikut mood. Then, kalau taknak & tak suka pada something, A'isyah akan gelengkan kepala. Means, she doesnt like apa yg kita buat to her. Clever girl! Mama doakan moga Allah jadikan A'isyah Mama, sehebat A'isyahNya. Ok la, sampai sini dulu. Mama sayang A'isyah!

Love,
Mama

p/s: This week, insyaAllah Baba akan bawa kita berdua pulang ke Pahang. Dapat la A'isyah jumpa dgn ramai kesayangan A'isyah! Readers, doakan semoga perjalanan kami sekeluarga lancar & selamat ya. :)

1/07/2012

Maafkan Mama, A'isyah Hanina

Photobucket
Salam,

Kali ini entry ditulis utk meluahkan rasa terkilan & kesedihan atas kegagalan memberi susu ibu sepenuhnya kepada anakanda tercinta, A’isyah Hanina. Terpanggil utk menulis sbb I want people know that I really really want to breasfeed A’isyah tapi gagal & to show that I really support breastfeeding. 

Punca kegagalan;

1) HARI PERTAMA BERSALIN,SUSU TIADA. MACAM MANA NAK BAGI DEKAT BABY?
Awal-awal baby lahir, susu langsung tiada. Sebab ingatkan once baby keluar, terus susu ada. Mine, tiada. Urut-urut pun still tak bengkak susu. A’isyah pun menangis shj. Kesian. Ingat lapar. Izinkan hospital bagi pada A’isyah susu formula. SALAH!

Sebenarnya:
Awal kelahiran memang susu sikit. Yang ada susu yang pekat & warna kuning, kolostrum. Kolostrum mmg keluar dlm kuantiti yang sikit tapi cukup utk tampung keperluan baby. Lagipun, awal-awal baby mmg minum sikit. Cuma kerap. Size perut baby pun still kecik. Besar kacang atau duit 50 sen.

So, cara nak bykkn susu kena kerap susukan baby. Makin baby menyusu, makin banyak susu yang akan terhasil. Jadi ibu-ibu jangan kata susu tiada, susu ada cuma perlukan rangsangan hisapan dari bayi shj.

2) SUSU SAYA SIKIT, TAK CUKUP UNTUK BAYI. LEPAS ITU, STRESS!
Pam almost 1 hour, susu keluar less than 3oz. Tekanan! Bila, tertekan keluaran susu terbantut. Hasilnya, susu makin surut. Lepas tu, rasa tak cukup utk A’isyah. Bagi la susu formula. SALAH!

Sebenarnya:
Susu kita cukup seiring dgn perkembangan baby. Kandungan dalam susu ibu akan berubah mengikut masa, cuaca & keadaan bayi. Jangan stress! Kalau stress, susu tak keluar. Kena tenang. Tiada istilah susu sikit sebenarnya. Yang penting kena ada ilmu & tahu teknik penyusuan yang betul.

3) MAK SAYA DULU PUN TIADA SUSU, SAYA MESTI TIADA JUGA
Mak cerita masa mak dulu pun mcm tu. Mak sbnrnya nak tenangkan. Taknak bagi sedih. Tapi faham sebab genetik. SALAH!

Sebenarnya:
Susu ibu bukan boleh diukur macam itu. Tiada istilah keturunan yang menyebabkan susu tiada.

4) PENGAMBILAN PIL PERANCANG TERLALU AWAL
Tak payah ambil pil perancang. Sebabnya, kalau kita menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, insyaAllah period tidak muncul. Islam galakkan susukan anak at least 2 years sebab dapat jarakkan anak. Cantikkan sususan Allah? Boleh rancang secara natural. Lagi sedih, bila tersalah ambil pil perancang, akan mengeringkan susu terus. Sebab ada certain pil perancang yang merencatkan pengeluaran susu. Just like me!

Nasihat:
  • Penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penyusuan seawal mungkin. 
  • Ibu mesti confidence untuk susukan anak. Kena strong! 
  • Jadi ‘degil’ untuk tidak berikan anak susu formula. Jangan sesekali! 
  • Para ibu pls jadi penyabar bila rasa “down” dalam tempoh penyusuan. Dugaan. 
  • Kpd para ibu yang berjaya brestfeed, tahniah! Tapi, jgn la pandang sinis pada para ibu yg susukan anak diaorg dgn susu formula. Everyone must have their own reason kan. Siapa yang taknak terbaik utk anak sendiri kan. Jgn terus menghukum. 
  • Last but not least, saya mahu semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu. Susu ibu adalah terbaik!

Photobucket
To A’isyah Hanina,

Mama minta maaf sebab Mama bagi A’isyah susu formula. Bukan sebab Mama tak syg A'isyah. Harap A'isyah faham & maafkan Mama. Tapi, Mama ada terbaca dalam buku Psikologi; “Walaupun yang diberikan itu susu formula, jika semasa penyusuan itu ibu menunjukkan kemesraan, kasih-sayang kepada anak, maka perhubungan kedua-duanya tetap hangat”. Dan kalau didikan Mama & Baba berikan itu bagus & baik, A'isyah tetap jadi antara yang terbaik. InsyaAllah. Amin.

Guilty Mama
Harapan:
  • Saya harap saya dapat belajar dari kesilapan & saya nekad utk fully breastfeed anak kedua & seterusnya. Please pray for me! No other milk but mine ok. 
  • Saya doakan para ibu baru, tidak gagal seperti saya seperti episod penyusuan anak sulung saya, A’isyah Hanina. 
  • Dan saya mahu, ibu yang gagal susukan anak dengan susu ibu untuk anak pertama mcm saya, tekad utk menyusukan anak seterusnya.
p/s; Selamat menyusukan anak, sahabat-sahabatku. Kalau ada ibu yang rasa malas & tak nak menyusukan anak, ingat! Rasulullah was sent to Halimatus Sa'diah to be exclusively breastfed in the village. Prove, how exclusive breastfeeding is brilliant for a child's development, in this case, the greatest man alive in history. 

Semoga bermanfaat!

1/04/2012

Warkah buat A'isyah Hanina [7 bulan]

Photobucket

A'isyah Hanina,


Alhamdulillah, anak Mama yang comel ni dah 7 bulan. Sekejap shj anak Mama membesar. Happy 7 months old A'isyah! Makin semangat, makin lasak, makin byk akal mujahidah Mama ni. Mama doakan anak Mama membesar dengan sihat & bijak seterusnya menjadi anak yang faqih agama. Sorry Mama lambat post entry ni sbb Mama terlalu sibuk. Mama pun baru selesai 1 paper pagi tadi (Pengantar Psikologi). Doakan Mama ya syg. 15 Jan last paper Mama & Mama really tak sabar nak peluk & cium A'isyah. A'isyah tunggu Mama ya. Nanti cuti sem, kita manfaatkan masa sama-sama ya syg. ILY daughter!

Photobucket
[A'isyah, Abg Danish & Wan]

1/01/2012

KASEH Family Day

Salam,

Alhamdulillah, KASEH Family Day telah berjaya dilaksanakan pada 24-26 Disember 2011 yang lalu. Aktiviti dilaksanakan di Kem Karisma, Juasseh. Hujung minggu yang penuh manfaat & keriangan. Diri ini yang baru sahaja membentuk keluarga & baru sahaja berjinak-jinak untuk belajar tentang alam kekeluargaan begitu gembira dapat menghadiri satu majlis yang penuh barokah lebih-lebih lagi dapat mengeratkan siratulrahim antara saudara-mara jauh mahupun dekat.

Tahun sudah family day diadakan di Sungkai, Perak. Tetapi tahun ini, ada sedikit kelainan berbanding hari-hari keluarga sebelum ini kerana ia berkonsepkan ala-ala “camping”. Ini kerana tidak lagi akan pergi ke negeri atau tempat orang, tapi kembali ke negeri asal, tanah kepunyaan keluarga Sidek. Family Day tahun ini bertemakan “Mengharungi Cabaran Pelbagai Generasi” diadakan di Juaseh Garden kerana beberapa misi, antaranya ialah bagi menghayati keindahan ciptaan Allah di muka bumi & menghargai aset yg dimiliki, serta mengeratkan silaturrahim. Ia digelarkan “Luarbiasa” kerana hari keluarga kali ini ingin mendidik hati-hati kita utk berkorban bersempena dgn Hari Raya Korban yg baru sahaja berlalu. Kita digalakkan berkorban sebentar drpd kesenangan yg biasa kita kecapi sehari-hari & melihat serta mengambil pengajaran drpd kesusahan orang-orang miskin dlm program utama kita iaitu Program Ziarah KASEH. - Kak Su

Pelbagai program & pengisian aktiviti telah dibuat disepanjang majlis berjalan.
Majlis ilmu, tazkirah, taaruf & majlis suai kenal dijalankan bagi memantapkan kerohanian ahli keluarga. Di sebelah petang acara outdoor telah disusun pula.
Seronok, memang seronok!

Menjadi sebahagian daripada keluarga ini & berada bersama mereka pada hari keluarga ini merasa berbesar hati. Lihatlah, bermula dengan dua orang sahaja tapi kini telah berkembang hingga menjadi sebuah kampung ramainya! Jika diperhatikan dari perhimpunan keluarga yang berlangsung selama 3 hari ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari 100 orang. Itu tidak termasuk yang tidak dapat hadir ke majlis kerana terdapat halangan.

Gambar kenangan;

Photobucket
[Banner Family Day]

Photobucket
[Sekitar Juasseh Garden]

Photobucket
[Motto Family Day]

Photobucket
[Kali pertama main bola tampar]

Photobucket
[Aktiviti kanak-kanak]

Photobucket
[Taji belon]

Syukur, Allah bagi peluang untuk berkumpul ramai-ramai. Indah kehidupan dikeliling ramai orang tersayang. Alhamdulillah, hari keluarga kali ini berlangsung dengan jayanya! Tahniah kepada Abg Dullah (Pengarah Projek) & Kak Su (PA Abg Dullah) yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakannya. 

Wassalam.