1/01/2012

KASEH Family Day

Salam,

Alhamdulillah, KASEH Family Day telah berjaya dilaksanakan pada 24-26 Disember 2011 yang lalu. Aktiviti dilaksanakan di Kem Karisma, Juasseh. Hujung minggu yang penuh manfaat & keriangan. Diri ini yang baru sahaja membentuk keluarga & baru sahaja berjinak-jinak untuk belajar tentang alam kekeluargaan begitu gembira dapat menghadiri satu majlis yang penuh barokah lebih-lebih lagi dapat mengeratkan siratulrahim antara saudara-mara jauh mahupun dekat.

Tahun sudah family day diadakan di Sungkai, Perak. Tetapi tahun ini, ada sedikit kelainan berbanding hari-hari keluarga sebelum ini kerana ia berkonsepkan ala-ala “camping”. Ini kerana tidak lagi akan pergi ke negeri atau tempat orang, tapi kembali ke negeri asal, tanah kepunyaan keluarga Sidek. Family Day tahun ini bertemakan “Mengharungi Cabaran Pelbagai Generasi” diadakan di Juaseh Garden kerana beberapa misi, antaranya ialah bagi menghayati keindahan ciptaan Allah di muka bumi & menghargai aset yg dimiliki, serta mengeratkan silaturrahim. Ia digelarkan “Luarbiasa” kerana hari keluarga kali ini ingin mendidik hati-hati kita utk berkorban bersempena dgn Hari Raya Korban yg baru sahaja berlalu. Kita digalakkan berkorban sebentar drpd kesenangan yg biasa kita kecapi sehari-hari & melihat serta mengambil pengajaran drpd kesusahan orang-orang miskin dlm program utama kita iaitu Program Ziarah KASEH. - Kak Su

Pelbagai program & pengisian aktiviti telah dibuat disepanjang majlis berjalan.
Majlis ilmu, tazkirah, taaruf & majlis suai kenal dijalankan bagi memantapkan kerohanian ahli keluarga. Di sebelah petang acara outdoor telah disusun pula.
Seronok, memang seronok!

Menjadi sebahagian daripada keluarga ini & berada bersama mereka pada hari keluarga ini merasa berbesar hati. Lihatlah, bermula dengan dua orang sahaja tapi kini telah berkembang hingga menjadi sebuah kampung ramainya! Jika diperhatikan dari perhimpunan keluarga yang berlangsung selama 3 hari ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari 100 orang. Itu tidak termasuk yang tidak dapat hadir ke majlis kerana terdapat halangan.

Gambar kenangan;

Photobucket
[Banner Family Day]

Photobucket
[Sekitar Juasseh Garden]

Photobucket
[Motto Family Day]

Photobucket
[Kali pertama main bola tampar]

Photobucket
[Aktiviti kanak-kanak]

Photobucket
[Taji belon]

Syukur, Allah bagi peluang untuk berkumpul ramai-ramai. Indah kehidupan dikeliling ramai orang tersayang. Alhamdulillah, hari keluarga kali ini berlangsung dengan jayanya! Tahniah kepada Abg Dullah (Pengarah Projek) & Kak Su (PA Abg Dullah) yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakannya. 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment