1/07/2012

Maafkan Mama, A'isyah Hanina

Photobucket
Salam,

Kali ini entry ditulis utk meluahkan rasa terkilan & kesedihan atas kegagalan memberi susu ibu sepenuhnya kepada anakanda tercinta, A’isyah Hanina. Terpanggil utk menulis sbb I want people know that I really really want to breasfeed A’isyah tapi gagal & to show that I really support breastfeeding. 

Punca kegagalan;

1) HARI PERTAMA BERSALIN,SUSU TIADA. MACAM MANA NAK BAGI DEKAT BABY?
Awal-awal baby lahir, susu langsung tiada. Sebab ingatkan once baby keluar, terus susu ada. Mine, tiada. Urut-urut pun still tak bengkak susu. A’isyah pun menangis shj. Kesian. Ingat lapar. Izinkan hospital bagi pada A’isyah susu formula. SALAH!

Sebenarnya:
Awal kelahiran memang susu sikit. Yang ada susu yang pekat & warna kuning, kolostrum. Kolostrum mmg keluar dlm kuantiti yang sikit tapi cukup utk tampung keperluan baby. Lagipun, awal-awal baby mmg minum sikit. Cuma kerap. Size perut baby pun still kecik. Besar kacang atau duit 50 sen.

So, cara nak bykkn susu kena kerap susukan baby. Makin baby menyusu, makin banyak susu yang akan terhasil. Jadi ibu-ibu jangan kata susu tiada, susu ada cuma perlukan rangsangan hisapan dari bayi shj.

2) SUSU SAYA SIKIT, TAK CUKUP UNTUK BAYI. LEPAS ITU, STRESS!
Pam almost 1 hour, susu keluar less than 3oz. Tekanan! Bila, tertekan keluaran susu terbantut. Hasilnya, susu makin surut. Lepas tu, rasa tak cukup utk A’isyah. Bagi la susu formula. SALAH!

Sebenarnya:
Susu kita cukup seiring dgn perkembangan baby. Kandungan dalam susu ibu akan berubah mengikut masa, cuaca & keadaan bayi. Jangan stress! Kalau stress, susu tak keluar. Kena tenang. Tiada istilah susu sikit sebenarnya. Yang penting kena ada ilmu & tahu teknik penyusuan yang betul.

3) MAK SAYA DULU PUN TIADA SUSU, SAYA MESTI TIADA JUGA
Mak cerita masa mak dulu pun mcm tu. Mak sbnrnya nak tenangkan. Taknak bagi sedih. Tapi faham sebab genetik. SALAH!

Sebenarnya:
Susu ibu bukan boleh diukur macam itu. Tiada istilah keturunan yang menyebabkan susu tiada.

4) PENGAMBILAN PIL PERANCANG TERLALU AWAL
Tak payah ambil pil perancang. Sebabnya, kalau kita menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, insyaAllah period tidak muncul. Islam galakkan susukan anak at least 2 years sebab dapat jarakkan anak. Cantikkan sususan Allah? Boleh rancang secara natural. Lagi sedih, bila tersalah ambil pil perancang, akan mengeringkan susu terus. Sebab ada certain pil perancang yang merencatkan pengeluaran susu. Just like me!

Nasihat:
  • Penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penyusuan seawal mungkin. 
  • Ibu mesti confidence untuk susukan anak. Kena strong! 
  • Jadi ‘degil’ untuk tidak berikan anak susu formula. Jangan sesekali! 
  • Para ibu pls jadi penyabar bila rasa “down” dalam tempoh penyusuan. Dugaan. 
  • Kpd para ibu yang berjaya brestfeed, tahniah! Tapi, jgn la pandang sinis pada para ibu yg susukan anak diaorg dgn susu formula. Everyone must have their own reason kan. Siapa yang taknak terbaik utk anak sendiri kan. Jgn terus menghukum. 
  • Last but not least, saya mahu semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu. Susu ibu adalah terbaik!

Photobucket
To A’isyah Hanina,

Mama minta maaf sebab Mama bagi A’isyah susu formula. Bukan sebab Mama tak syg A'isyah. Harap A'isyah faham & maafkan Mama. Tapi, Mama ada terbaca dalam buku Psikologi; “Walaupun yang diberikan itu susu formula, jika semasa penyusuan itu ibu menunjukkan kemesraan, kasih-sayang kepada anak, maka perhubungan kedua-duanya tetap hangat”. Dan kalau didikan Mama & Baba berikan itu bagus & baik, A'isyah tetap jadi antara yang terbaik. InsyaAllah. Amin.

Guilty Mama
Harapan:
  • Saya harap saya dapat belajar dari kesilapan & saya nekad utk fully breastfeed anak kedua & seterusnya. Please pray for me! No other milk but mine ok. 
  • Saya doakan para ibu baru, tidak gagal seperti saya seperti episod penyusuan anak sulung saya, A’isyah Hanina. 
  • Dan saya mahu, ibu yang gagal susukan anak dengan susu ibu untuk anak pertama mcm saya, tekad utk menyusukan anak seterusnya.
p/s; Selamat menyusukan anak, sahabat-sahabatku. Kalau ada ibu yang rasa malas & tak nak menyusukan anak, ingat! Rasulullah was sent to Halimatus Sa'diah to be exclusively breastfed in the village. Prove, how exclusive breastfeeding is brilliant for a child's development, in this case, the greatest man alive in history. 

Semoga bermanfaat!

7 comments:

  1. akak ada dari jauh mendengar luahan ibu aisyah dari muna,tapi tak tau cemana nak guide ..coz kegagalan menyusu untuk ibu baru biasanya sebab tak sampai lagi ilmu dan tips2nya.try your best untuk anak2 seterusnya ya.

    ReplyDelete
  2. Good and informative writing, Syikin. Sedih juga at the same time. Semoga Aisyah membesar dgn baik dan adik2nya ada rezeki utk BF. Allah bless. -abdullah DS

    ReplyDelete
  3. nasihat akk, jgn spare sudu tin di rumah.. kena pekakkn telinga jgak dr tgoda dgn mulut2 org yg mcabar kita..

    ReplyDelete
  4. Jgn sedih, jgn risau... :) kite kan budak baru belajar? Setiap langkah dlm hidup perlukan pengalaman. Dan, jgn malu bertanya. Ksue pun mntk maaf sbb x betul2 educate kakak iparku sorg ni hrtu. Huhu...xpe2, anak kedua nti insyaAllah ksue akan monitor ur breastfeeding from day 1 untill ur baby love it! Ok? Smg aisyah hanina menjadi anak yg solehah n cerdik. Xde hadis nabi yg kate susu ibu buat anak jd soleh. Tp ade hadis nabi yg kate, anak2 ikut acuan ibubapa. Remember the hadis?? So, didikan tu yg penting. Caiyok mama aisyah!! ;) -ummu umar, mama safiyya

    ReplyDelete
  5. ohh.. mekaseh atas advices ini.. sgt membantu menenangkan i ok? sebab, selalu rasa rsau ttg breastfeeding eventho baby blom pon kuar lagi.. ye, yang penting diri kena confident, and efforts kena persistent.. lain2, doa and tawakkal:)

    ReplyDelete
  6. Kak Husna:
    Terima kasih sbb sudi komen di sini ya. Shikin admit punca kegagalan utama Shikin sbb kurang ilmu. Rasa menyesal sgt tp tak guna dah skrg. Moga semua yg terjadi mnjadi nasihat & pengajaran pd Shikin. BTW, thanks Kak Husna. Ya, Shikin akan usaha utk susukan anak yg seterusnya! Doakan ya.

    Abg Dullah:
    A'ah, sgt sedih. Apa-apa pun, terima kasih byk! Amin. :)

    Kak Izzah:
    Alhamdulilllah. Takda siapa yg mncabar. Malah, Shikin dpt 100% sokongan dr org sekeliling. Especially, keluarga mertua. Cuma kesalahan dtng dr Shikin sndri. Tu sedih bebenor tu.

    p/s: "jgn spare sudu tin di rumah". Mksdnya? Kurang jelas.

    Kak Su:
    Thanksssssss Kak Su! Lega sikit bila baca komen Kak Su. Shikin anggap semua yg trjadi adalah process of learning. Moga Shikin dpt bljr & tak buat lg kesalahan mcm ni. Amin.

    p/s: Tak sabar pulak nak mengandung sekali lagi & susukan. HEHE.

    DrShairah:
    Sama-sama. Moga penulisan ini mmberi manfaat. Sy doakan akak dpt tempuhi cbrn & dugaan menyusukan anak dgn baik. Moga Allah permudahkan segalanya. :)

    ReplyDelete
  7. I wish u good luck for next bb too full bf. Diana dulu anak pertama bf sampai 4 bulan jer. Bkn sbb Susu tiada. tp sbb i donth have knowledge. Masa tu tahun 2007. Dan lg satu mind set 'nanti bile bb dah ade gigi..takut bb gigit puting'...memang x masuk akal alasan tu. Tp deliver anak ke-2 tahun 2012...belum pregy lgk dah niat nak full bf. Nak tebus kesilapan ms anak pertama. and lucky...berjaya full bf sehingga sekarg umur 2 thn 5 bulan. The Key is, mggali mencari ilmu, rajin, kuat semangat....x mudah..but really enjoy.

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    ReplyDelete