11/08/2012

Mega Usrah: ISK (Ini Sejarah Kita) - PART 1

Salam,

Alhamdulillah, Selasa lalu berpeluang berkumpul beramai-ramai bersama geng usrah yang lain untuk mendengar 1 program khas iaitu ISK (Ini Sejarah Kita). Program ini sangat bagus! After dengar, rasa tersedar & minda terbuka. Banyak benda penting & baru dapat dari program ini.

Jadi, entry kali ini adalah untuk 'muntahkan' segala isi perut yang dapat simpan dalam memori dari program ISK itu.

Akak belajar Medic dari Jakarta, Indonesia memulakan bicara;
Photobucket

Siapa kita? Macam-macam jawapan ada:
  • Manusia 
  • Hamba Allah 
  • Muslimah 
  • Umat Nabi Muhammad 
  • Orang Islam 
  • Rakyat Malaysia 
  • Orang Melayu
Then, akak itu tanya lagi. Mana lagi penting? Islam ATAU Melayu? Again, macam-macam jawapan. Dan konklusinya, semua setuju & sependapat yang Islam paling penting berbanding yang lain.

Well, di akhirat nanti, kita ini tidak dipandang Allah tentang siapa kita. Tapi, Allah pandang kita pada hati & amal. Allah tak pandang kita ni; Perdana Menteri ke, kita ni orang Melayu ke, orang Arab ke, kita ni kulit putih ke, kita ni cantik kurus ke, tapi Allah hanya pandang hati & amal. So, amal kena baik, hati kena baik.
Photobucket

1) Hadis Logam
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Faham maksud hadis logam ni? Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya sewaktu ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Hebat seseorang semasa jahiliyyahnya insyaAllah hebatlah juga dia semasa Islamnya.
Logam,
Tidak mudah patah.

Logam,
Tidak mudah bengkok.

Logam,
Boleh dilentur.

Logam,
Boleh digilap.
Manusia ini ibarat logam. Berubah mengikut cara dilentur, berubah mengikut cara digilap. Logam yang baik, walau di mana dicampak sekalipun, pasti tetap baik. Contoh terdekat ialah Khalid Al Walid, menjadi logam ketika jahiliyah (menjadi musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) & menjadi logam ketika Islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah). Selain itu, sama seperti Saidina Umar yang terkenal dengan sifat garangnya & gangster ketika sebelum masuk Islam & selepas masuk Islam, digunakan dengan memberi manfaat kepada dunia.

2) Faham VS Tahu
Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda; “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”
Faham & tahu adalah perkara yang berbeza. Apa yang diterapkan kepada kita selama kita membesar hanyalah maklumat tentang Islam. Jadinya, kita tahu tentang Islam. Kita tahu tentang perintah & laranganNya tapi kita belum tentu faham kenapa adanya perintah & larangan itu. Get it?

3) Maksud Islam

ISLAM itu maksud asal:
 Selamat, aman, damai & makmur. Cuba buka AlQuran & belek Surah AlBaqarah ayat 131.
izqola lahu robbuhu aslim. qola aslamtu lirobbil'alamin
"Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim)' Berserah dirilah!'Dia menjawab, aku berserah diri kepada Tuhan Sekalian Alam.
Aslim; berserah diri. Maksudnya, Islam itu perlu menyerah diri. Apa maksud menyerah diri? Bila kita kata serah diri, maka perlu serah jiwa & raga. Faham, faqqih, tidaklah hingga perlu hebat dalam ilmu Fiqh. Imbas kembali, berapa ramai sahabat Nabi yang bukan ahli Fiqh? Sebagai contoh, Sumayyah yang sanggup mati untuk Islam. Waktu itu, AlQuran belum habis turun lagi. So, faham agama tu bukan bermaksud kita mesti hebat dalam bab-bab Fikh. Tapi at least tahu hukum-hakam. Just nak highlight, faham agama tak bermakna  ada banyak ilmu agama & tahu Fiqh shj. Tak mustahil kita mungkin lebih faham dari mereka yang belajar ilmu Fiqh.
Photobucket
                                 [Teringat A'isyah bila lihat little mujahid ini]

Wallahualam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah ana pon ada mengikuti program ISK..memang sgt membuka mata kita sbg seorg muslim dan yg paling tercabar dalh selama nih kite tenggelam dgn dunia tanpa mengetahui tujuan sbnr kite hidup didunia iaitu menjadi khalifah dan hamba Allah....

    ReplyDelete