Ya Ramadhan,bulan suci,Moga kita bertemu lagi tahun hadapan.
Ya Allah Ya Rabbi,Izinkan aku bertemu Ramadhan di tahun depan lagi.Amin.
8/15/2012
Hari-hari Terakhir Ramadhan
Salam,
Tinggal lagi 2 hari kita berada di bulan suci lagi mulia ni. Ramadhan semakin bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan & dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hambaNya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik & setiap saat masa yang berlalu untuk memastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Tidak mahu menulis panjang. Cukup meluahkan rasa sayu yang tidak dapat di gambarkan. Meniti sisa-sisa akhir Ramadhan.
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Nauzubillah. Justeru, perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan & berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hambaNya.
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah & beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.
Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, solat sunat & segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.
Sama-samalah kita istiqomah melakukan ibadah kepada Allah & gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment