8/06/2012

Happy Anniversary, Abang!

Bismillah

7 Ogos 2010 yang lalu, Norashikin binti Azmi & Muhammad bin Dinsuhaimi sah diikat dengan ikatan aqidah, melalui ikatan pernikahan. Ikatan yang kukuh, ikatan yang menyatukan kami atas jalanNya.

Alhamdulillah, genap 2 tahun. Seolah-olah baru sahaja tangan Baba A’isyah disambut & dikucup oleh Mama A’isyah dalam upacara membatalkan air sembahyang, seolah-olah baru sahaja selesai kenduri kesyukuran perkahwinan kami.

Dua tahun, perubahan demi perubahan telah kami lalui. Bermula dengan hidup berdua, meniti saat-saat sebagai bakal ibubapa & kehadiran insan baru penyejuk mata & hati kami A’isyah Hanina. Tiada yang lebih membahagiakan kami selain mengharapkan redha Allah sentiasa mengiringi perjalan keluarga kami.

Dua tahun menyemai cinta. Cinta selepas perkahwinan terus mekar mewangi. Agak melucukan apabila kami sering mencari peluang untuk keluar 'dating', tidak kira waktu (bila-bila saja peluang terhidang). Seronok mengenang kembali mula perkenalan kami bagaimana persefahaman dibentuk melalui acuan murabbi, bagaimana gejolak perasaan dikawal & diurus mengikut jalur-jalur syar'ie, dan redha Allah & ibubapa didahulukan dalam memanifestasikan cinta kami.

Dua tahun janji kasih termeterai, baru selangkah kami menapak. KepadaNya kami memohon semoga dikuatkan kaki-kaki kami untuk terus menapak, selangkah demi selangkah menuju Mardhatillah.
"Abang, dua tahun Sayang terlalu bahagia menjadi isteri Abang. Terima kasih kerana sudi memilih Sayang sebagai bidadari dunia abang. Moga ia kekal hingga disana kelak. Abang, Sayang betul-betul bertuah dapat menjadi isteri Abang, menjadi Mama kepada anak Abang. Semoga kita dapat terus bercinta sampai ke SyurgaNya, dengan RahmatNya."
Syukur Ya Allah kerana memilih kami untuk turut melaksanakan sunnah Nabi-Mu yang agung ini. Moga ikatan ini terus rapi hingga nyawa kami dijemput menghadapNya. InsyaAllah. Amin.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment