3/12/2012

Siapa kata LDR itu menyeronokkan?

Melihat cincin dijari, hati terdetik,
"Oh suamiku", aku senyum simpul sampai ke telinga :)

Melihat desktop background, hati terdetik,
"Sudah kahwin kita ni, macam tak percaya! Sudah ada anak aku ni, lagi mcm tak percaya!"

Setiap waktu, menadah tangan, berdoa..
"Semoga hubungan kita diberkati & berkekalan hingga ke syurga"

TAPI

Apabila telefon berdering, hati melonjak, rindu pada Remy Ishak sy tidak terkata.
Ayat pertama, "Minggu ni balik tak?"

Soalan sama tiap-tiap minggu. Mencabar & sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan Long Distance Relationship (LDR). Ada yg berkata, untung la. Tak la penat nak layan suami & anak. Bagi sy, NO! Salah anggapan tu. Sy tak rasa untung. Tapi, sy rasa tak lengkap sbb tiada suami & anak di sisi. Sy & suami sudah hampir 2 tahun, tinggal berjauhan. Dan kini, berjauhan juga dengan anakanda tersayang. Kadang-kadang terfikir juga bila la dapat spend time everyday dgn husband & anak macam orang lain. Sediakan sarapan, sambut dia balik kerja, dinner together. Sy rasa sangat bersalah pada suami walaupun saya tahu dia cuba berlapang dada. Pada A'isyah lagi la. Di mana sy saat-saat A'isyah perlukan belaian sy? Hmm. Memang sms & call jadi penghubung tapi mana kan sama dengan keberadaan orang yang kita sayang kat sisi.

WALAU BAGAIMANAPUN

Sy cuba think positif. Mungkin ada orang lain yg lebih hebat ujiannya. Sy tahu apalah sangat yang sy alami berbanding pasangan lain. Sy cuma baru bergelar isteri 1 tahun 7 bulan & berstatus ibu selama baru 9 bulan. Orang lain sudah bertahun-tahun berPJJ dengan anak & suami. Sy ingat lagi, sy terbaca pd satu blog di mana psgn suami isteri & keluarga itu sudah berPJJ selama 10 tahun. Allahuakbar! Tabahnya mereka!

Skrg doa menjadi penguat diri. Semoga Allah sabarkan, kuatkan & tabahkan hati. Dan jika PJJ ini adalah yg terbaik bagiNya, sy terima dgn redha. Amin.

Photobucket
[Bersama "Remy Ishak" sy. HEHE]

Pensyarah Jabatan Psikologi & Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.
"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati."
Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan & kekosongan. :)

Photobucket
[Bukti cinta kami, anakanda tersayang A'isyah Hanina]

A'isyah, minggu ni Mama balik lg. Mama dah beli tiket bas. Tunggu Mama ya! Rindu A'isyah sangat! :)

p/s: To all readers, pls doakan kebahgiaan kami sekeluarga hingga ke syurga hendaknya ya!

3 comments: