3/20/2012

A’isyah Hanina, harapan Mama & Baba

A'isyah Hanina, kamu adalah harapan

Salam buat A’isyah Hanina yang kian membesar dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, 18 Mac yang lalu, usia anak Mama genap 10 bulan. Mama doakan moga setiap detik tumbesaran A'isyah akan sentiasa dipayungi rahmah & Tarbiyah Islamiyyah. Walaupun Mama akui kadang-kadang Mama agak sibuk dengan pelbagai urusan, namun percayalah anakku yang dirahmati Allah, doa dari Mama tidak pernah kurang walaupun sesaat. InsyaAllah.

Mama lihat A'isyah sekarang makin makin makin aktif. Ada shj aktiviti baru yang A'isyah buat tiap-tiap hari. Tidak kurang juga, A'isyah sekarang cepat sangat belajar & tiru sesuatu. A'isyah suka sangat memerhati aktiviti-aktiviti di sekeliling A'isyah, then tiba-tiba, A'isyah akan tiru. Mama pun pelik bila la A'isyah belajar ni. Tapi, itulah kejernihan jiwa seorang makhluk yang bergelar kanak-kanak. Jiwa mereka masih suci & masih lagi terjaga hijabnya. Saat ini adalah penting sangat untuk Mama & Baba pastikan segala input yang A'isyah dapat adalah berfaedah & tidak melanggar syarie.
Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama & hendaklah kamu baguskan akhlaknya"
Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas Mama & Baba untuk mencorakkan kehidupan A'isyah sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. MasyaAllah, besar betul amanah itu kalau difikirkan dengan kemampuan yang Mama ada. Namun pada Allah juga Mama panjatkan doa moga Mama sentiasa dalam istiqamah mendidik A'isyah menjadi pembela agama. A'isyah tahu tak, bahawasanya;
Rasulullah SAW bersabda:
"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Oleh itu wahai A'isyah Hanina, Mama doakan moga acuan yang A'isyah ada sekarang akan membentuk A'isyah menjadi hamba yang solehah & menyumbang pada agama. Amin. A'isyah adalah amanah Allah, jua harapan agama & yang pasti harapan Mama & Baba. Love you, Nina!

Photobucket
[My man & my daughter. They make me fall in love over & over again]

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment