Pendidikan Iman pada anak-anak seharusnya dimulakan pada tahap umur yang seawal mungkin. Tentu pendekatannya berbeza mengikut umur. Saya sering memasukkan semua ini dalam perbualan harian. Misalnya ketika makan, ketika musafir, ketika kehilangan barang/musibah & sebagainya. Dalam semua situasi ini anak-anak perlu tahu & merasai betapa Allah lah penentu segala-galanya. Allah lah yang menyediakan rezeki untuk hambaNya, menjadikan alam yang indah terbentang & mengatur jalan hidup kita.
Tidak setakat itu saja, anak-anak perlu dihubungkan dengan keredhaan & kemurkaan Allah SWT, kesabaran & kesyukuran & sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir & merasai setiap sesuatu diatas nilai Iman. Persoalan Redha dan Murka Allah seharusnya menjadi agenda besar dalam jiwa mereka.
Beberapa hari lepas ketika saya & anak-anak menonton cerita Ali Baba Bujang Lapok yang saya download dari Youtube, anak saya yang baru 6 tahun memberi respon yang menyebabkan kami seisi keluarga ketawa. Ketika penyamun (P. Ramlee) mati dalam keadaan tersenyum, Ali Baba bertanya "Kenapa ante tersenyum?" Lalu penyamun itu menjawab "Ana mati dalam iman". Ketika itu sambil menggeleng kepalanya anak saya berkata "Tak patut dia mati dalam iman". "Kenapa Chik (Panggilan mesra untuk anak saya yang ketiga: Usamah)?". Jawabnya dengan wajah tak puas hati "Dia kan penyamun, mana boleh mati dalam iman".
Jiwa mereka perlu melalui jalan-jalan yang akan membangunkan nilai-nilai ini. Antaranya:
Didikan ImanAdanya didikan iman secara formal & informal, langsung/tidak langsung. Samada dalam perbualan harian/dalam sesi yang khusus membincangkan tentang sifat, kebesaran & keagungan Allah SWT. Hubungkan mereka dengan asma'-asma' Allah disamping penjelasan yang sesuai dengan umur mereka.
Anak-anak seharusnya dapat merasai keseriusan ibubapa dalam hal ini bahkan ianya bukan agenda tempelan/sekadar memenuhi masa lapang (bila ada masa). Harus ada saat-saat seluruh isi rumah duduk berbincang & berkongsi cerita tentang hakikat ini. Harus juga dalam setiap insiden dalam kehidupan harian diketengahkan peranan & pergantungan dengan Allah SWT.
Contoh Yang TinggiAnak-anak perlu dihubungkan dengan contoh-contoh keimanan yang mulia & tinggi disisi Allah SWT. Berceritalah tentang keindahan budi Rasulullah SAW, kasih sayangnya pada umat, perjuangan & pengorbanannya. Juga hubungkan anak-anak kita kepada nabi-nabi terdahulu AS, para sahabat RA, ulamak-ulamak & pejuang-pejuang Islam. Biar anak-anak kita berangan-angan untuk jadi segagah Umar RA, Khalid al Walid RA atau sebijak Ali RA. Jangan biarkan anak-anak kita meng'idola'kan Power Rangers, Doraemon, Naruto & lain-lain.
Contoh AmaliIbubapa seharusnya menjadi contoh amali kepada pendidikan iman ini. Akhlak, sikap & ketenangan yang kita pamerkan seharusnya menggambarkan keimanan kita kepada Allah SWT; janji-janji & ancaman-ancamanNya. Tidak seharusnya ibubapa melalaikan ibadah, bercakap dengan bahasa yang kasar & tidak berakhlak, marah membuta tuli/berleter meleret-leret.
Merawat Ke'aiban & Membangunkan potensiSetiap anak tentu mempunyai kelemahan & kekuatan masing-masing. Ibubapa perlu memerhati & cuba memahami anak-anak mereka sehingga segala keburukan/ke'aiban dapat dirawat & potensi yang ada dapat dibangunkan. Contohnya anak-anak saya; walaupun 4 orang sahaja tetapi berbagai sikap dan karenah. Anak saya yang sulung (10 tahun) lasak, survival (boleh masak sendiri bila lapar), pandai ambil hati (pandai juga ambil kesempatan), sensitif jiwanya tapi sedikit malas, suka bertangguh & pandai bermuslihat. Anak saya yang kedua (9 tahun) pula rajin, boleh diharap untuk jaga adik-adik tetapi panas baran. Yang ketiga pula degil tetapi pemikir yang baik, fokus tinggi ketika belajar dll. Yang keempat baru 4 tahun, hafalannya tinggi, pandai bercakap tetapi cepat merajuk. Semua ini perlu kita kenali & kita corakkan mengikut kehendak Islam.
Penyertaan BerfikirAnak-anak juga perlu diajak berfikir dalam membuat keputusan-keputusan keluarga. Sekurang-kurangnya mereka ada ruang untuk memberi pandangan walaupun tidak logik & pandangan mereka itu didengari & dihargai. Biar mereka merasai kebersamaan dalam melayarkan rumahtangga. Perkongsian ini kadang-kadang mempercepatkan kematangan mereka hinggakan kadang-kadang kita akan terkejut dengan idea & pandangan mereka.
6/28/2011
Membina nilai Iman dalam jiwa anak-anak
Sebuah artikel menarik yang dapat dikongsi bersama;
Semoga bermanfaat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment