Salam,
Pagi semalam, hujan lebat menyimbah bumi Allah. Guruh yang berdentum & kilat sabung-menyabung menyebabkan A'isyah terjaga dr tidur. Kesian A'isyah terkejut bunyi guruh yang sangat kuat. Mama jadi risau tengok A'isyah & terus peluk A'isyah. Waktu peluk A'isyah, Mama sempat bisik pada telinga A'isyah;
"A'isyah jangan takut pada guruh & kilat."
Ya, betul Allah ada berfirman bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut & harapan. Tetapi, disebalik ayat itu kita seharusnya berfikir bahawa guruh yang menimbulkan perasaan takut dalam diri manusia, adalah sebuah saranan yang dengannya rasa takut kepada Allah.
"Jadi, kalau A'isyah rasa guruh & kilat itu hebat, cuba bayangkan penciptaNya pula. Mesti lagi hebat. Jadi, A'isyah perlu takut pada penciptaNya. Bukan pada yg dicipta. Faham A'isyah?"
"Lagi satu, A'isyah perlu ingat jangan ada rasa benci pada guruh & kilat. Dalam dentumnya guruh, ada hikmahnya. Dan dalam sabungnya kilat, juga ada hikmahnya. Tiada sesuatu pun yang dijadikan dengan sia-sia. Dengar dengan baik, dentum guruh itu sedap alunannya. Lihat dengan baik, percikkan kilat itu cantik arusnya. Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih memujiNya. Subhanallah."
Betapa agung pengetahuan Sang Pencipta. Segalanya berlaku tanpa kawalan manusia yang dikatakan ‘berkuasa’ diatas muka bumi ini. Tetapi, segalanya berlaku di dalam kawalan ‘programmer’ yang sangat tinggi pengetahuannya.
Kehidupan umpama guruh & kilat yang berlatar belakangkan langit kelam tidak selalunya muram. Pasti ada kebaikan yang terselit. Kehidupan seumpama pelangi berwarna-warni dengan cahaya memenuhi alam tidak semestinya indah. Pasti ada ujian yang menyempit. Terpulang kepada cara individu memandang & mendengar setiap yang mendatang itu. Pastinya berbaik sangka pada pencipta yang memberi itu bakal merubah kegelapan menjadi cahaya. Wallahualam.
Lepas itu, A'isyah pun tidur dgn lenanya. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment