6/29/2011

My last day of confinement

Alhamdulillah. Yesterday marked my last day of confinement. Walaupun tak sesempurna as it should be, but am all happy & satisfied. Teringat zaman mengandung. Seronok mengandung. Rasa seronok sebab boleh solat & baca AlQuran tanpa cuti-cuti, rasa ada baby gerak-gerak dalam uterus, sentiasa perlu menjaga akhlak sebab malu dgn anak dalam perut, sentiasa ada member (baby) teman pergi mana-mana & tiba-tiba diri jadi disiplin nak makan supplement walhal masa tak mengandung tak peduli sangat pun. InsyaAllah, 4-5 tahun, segalanya akan dirasai semula. 

Terima kasih Allah, kerna memilih & mengizinkan insan dhaif ini untuk merasai satu pengalaman yang cukup bermakna. Terselit seribu hikmah yang tersembunyi. Permulaan yang penuh ujian & cabaran. Namun, pengakhiran memori yang cukup indah untuk dikenang.

6/28/2011

Membina nilai Iman dalam jiwa anak-anak

Sebuah artikel menarik yang dapat dikongsi bersama;

Photobucket

Pendidikan Iman pada anak-anak seharusnya dimulakan pada tahap umur yang seawal mungkin. Tentu pendekatannya berbeza mengikut umur. Saya sering memasukkan semua ini dalam perbualan harian. Misalnya ketika makan, ketika musafir, ketika kehilangan barang/musibah & sebagainya. Dalam semua situasi ini anak-anak perlu tahu & merasai betapa Allah lah penentu segala-galanya. Allah lah yang menyediakan rezeki untuk hambaNya, menjadikan alam yang indah terbentang & mengatur jalan hidup kita.

Tidak setakat itu saja, anak-anak perlu dihubungkan dengan keredhaan & kemurkaan Allah SWT, kesabaran & kesyukuran & sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir & merasai setiap sesuatu diatas nilai Iman. Persoalan Redha dan Murka Allah seharusnya menjadi agenda besar dalam jiwa mereka.

Beberapa hari lepas ketika saya & anak-anak menonton cerita Ali Baba Bujang Lapok yang saya download dari Youtube, anak saya yang baru 6 tahun memberi respon yang menyebabkan kami seisi keluarga ketawa. Ketika penyamun (P. Ramlee) mati dalam keadaan tersenyum, Ali Baba bertanya "Kenapa ante tersenyum?" Lalu penyamun itu menjawab "Ana mati dalam iman". Ketika itu sambil menggeleng kepalanya anak saya berkata "Tak patut dia mati dalam iman". "Kenapa Chik (Panggilan mesra untuk anak saya yang ketiga: Usamah)?". Jawabnya dengan wajah tak puas hati "Dia kan penyamun, mana boleh mati dalam iman".

Jiwa mereka perlu melalui jalan-jalan yang akan membangunkan nilai-nilai ini. Antaranya:

Didikan Iman
Adanya didikan iman secara formal & informal, langsung/tidak langsung. Samada dalam perbualan harian/dalam sesi yang khusus membincangkan tentang sifat, kebesaran & keagungan Allah SWT. Hubungkan mereka dengan asma'-asma' Allah disamping penjelasan yang sesuai dengan umur mereka.

Anak-anak seharusnya dapat merasai keseriusan ibubapa dalam hal ini bahkan ianya bukan agenda tempelan/sekadar memenuhi masa lapang (bila ada masa). Harus ada saat-saat seluruh isi rumah duduk berbincang & berkongsi cerita tentang hakikat ini. Harus juga dalam setiap insiden dalam kehidupan harian diketengahkan peranan & pergantungan dengan Allah SWT.

Contoh Yang Tinggi
Anak-anak perlu dihubungkan dengan contoh-contoh keimanan yang mulia & tinggi disisi Allah SWT. Berceritalah tentang keindahan budi Rasulullah SAW, kasih sayangnya pada umat, perjuangan & pengorbanannya. Juga hubungkan anak-anak kita kepada nabi-nabi terdahulu AS, para sahabat RA, ulamak-ulamak & pejuang-pejuang Islam. Biar anak-anak kita berangan-angan untuk jadi segagah Umar RA, Khalid al Walid RA atau sebijak Ali RA. Jangan biarkan anak-anak kita meng'idola'kan Power Rangers, Doraemon, Naruto & lain-lain.

Contoh Amali
Ibubapa seharusnya menjadi contoh amali kepada pendidikan iman ini. Akhlak, sikap & ketenangan yang kita pamerkan seharusnya menggambarkan keimanan kita kepada Allah SWT; janji-janji & ancaman-ancamanNya. Tidak seharusnya ibubapa melalaikan ibadah, bercakap dengan bahasa yang kasar & tidak berakhlak, marah membuta tuli/berleter meleret-leret.

Merawat Ke'aiban & Membangunkan potensi
Setiap anak tentu mempunyai kelemahan & kekuatan masing-masing. Ibubapa perlu memerhati & cuba memahami anak-anak mereka sehingga segala keburukan/ke'aiban dapat dirawat & potensi yang ada dapat dibangunkan. Contohnya anak-anak saya; walaupun 4 orang sahaja tetapi berbagai sikap dan karenah. Anak saya yang sulung (10 tahun) lasak, survival (boleh masak sendiri bila lapar), pandai ambil hati (pandai juga ambil kesempatan), sensitif jiwanya tapi sedikit malas, suka bertangguh & pandai bermuslihat. Anak saya yang kedua (9 tahun) pula rajin, boleh diharap untuk jaga adik-adik tetapi panas baran. Yang ketiga pula degil tetapi pemikir yang baik, fokus tinggi ketika belajar dll. Yang keempat baru 4 tahun, hafalannya tinggi, pandai bercakap tetapi cepat merajuk. Semua ini perlu kita kenali & kita corakkan mengikut kehendak Islam.

Penyertaan Berfikir
Anak-anak juga perlu diajak berfikir dalam membuat keputusan-keputusan keluarga. Sekurang-kurangnya mereka ada ruang untuk memberi pandangan walaupun tidak logik & pandangan mereka itu didengari & dihargai. Biar mereka merasai kebersamaan dalam melayarkan rumahtangga. Perkongsian ini kadang-kadang mempercepatkan kematangan mereka hinggakan kadang-kadang kita akan terkejut dengan idea & pandangan mereka.

Semoga bermanfaat!

Manusia Jahiliyyah

Salam,

Sayu, sedih, benci & menyakitkan hati. Semua rasa bercampur setiap kali membaca media massa tentang kes pembuangan bayi. Tergamak seorang wanita yang bersusah payah mengandung selama 9 bulan, mengusung kandungan, bersakitan melahirkan melakukan perkara yang kejam seperti ini.

Photobucket
[Ini adalah satu kezaliman! Seperti zaman Jahilyyah! Malah, lebih sadis!]

Apakah dosa anak itu? Langsung tiada dosa. Malah terlalu suci. Dikirimkan Tuhan untuk membantu ibunya menyucikan dosa-dosa yang berlumur. Itulah manusia, tidak pernah tahu erti bersyukur! Bukankah sepatutnya kelahiran anak itu dicium, dipeluk. Bukannya dibuang!

"Ya Allah, kurniakan hidayahMu pada wanita itu"

6/26/2011

Tetamu Istimewa

Alhamdulillah, hari Jumaat yg lalu Pak Ngah Abdullah, Mak Ngah Sumayyah & Abg Umar selamat sampai di Penang. Dapat la A'isyah berjumpa dgn 3 orang tetamu istimewa ni. 3 hari 2 malam Abg Umar di Penang, byk tempat yg Abg Umar pergi; Bukit Bendera, naik feyyi (ferry), Alor Setar etc. A'isyah teringin nak ikut. Tapi, A'isyah kecil lagi tak dapat la nak join Abg Umar. Next time, kita plan holiday sama-sama pula ya! Tunggu A'isyah besar sikit. Ok?

Photobucket
[Mak Ngah & Abg Umar dgn A'isyah]

Seronoknya dapat jumpa Abg Umar! Dulu-dulu, Baba selalu cerita tentang Abg Umar pd A'isyah. Abg Umar sangat bijak, soleh & baik. A'isyah sayang Abg Umar! Nanti bila A'isyah dah boleh cakap mcm Abg Umar kita boleh mengaji sama-sama, solat sama-sama & main ball sama-sama, kan Abg Umar? InsyaAllah kalau kita jumpa lagi sekali A'isyah nak peluk Abg Umar. HEHE.

6/23/2011

Petua Melahirkan Anak-anak Yang Hebat Menerusi Teknik Penyusuan

Cerita menarik utk dikongsi bersama;

Seronok sangat dapat balik kampung Raya Cina hari tu. Paling seronok bila dpt info dari my mum. My mum bagitau dia ada tgk rancangan TV (tak pasti “Tanyalah Ustaz” atau Al-Kuliyyah). Ada seorang ibu ni hantar anak dia hafal AlQuran. Amazingly, budak tu hafal within 1 month shj. Ustaz pun pelik tak pernah dia jumpa budak sehebat tu. Ustaz tanya how mother tu didik anak dia. Puas la ibu tu fikir. Fikir punya fikir, akhirnya dpt jawapan. Jawapannya:

“Setiap kali sebelum breastfeed, saya mesti amik wuduk”

Subhanallah. Hebatnya! Jadi kawan-kawan, bukan susu ibu sahaja yang hebat. Tapi teknik menyusu tu pun mampu mempengaruhi jiwa & sahsiah anak-anak.

Kredit kpd Azian Masiron

*Just a simple steps of wudu’. Tapi, benefitnya besar. Thus, I will try to implement in my daily routine. InsyaAllah.

6/18/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [1 bulan]

Bismillah

Photobucket

Salam buat A’isyah Hanina yang dikasihi Allah. Hari ini genap A'isyah berusia 1 bulan. Sekali lagi Mama nak ucapkan ahlan wasahlan buat A'isyah. Allah telah mengizinkan A'isyah untuk datang ke alam dunia. Mama & Baba sangat mengalu-alukan kedatangan A'isyah sebagai amanah kami.

9 bulan & Alhamdulillah Allah telah permudahkan semuanya. Dari Mama bergelar first year student di UPM, kepenatan & kepayahan diharungi dengan cekal, bersama-sama A'isyah yang setia disisi Mama. Akhirnya lahirlah A'isyah ke dunia. Dapatlah Mama lihat wajah A'isyah yang bukan main aktif 'kick' masa dalam perut Mama dulu. :)

Untuk pengetahuan A'isyah, bulan 9 ini, Mama akan menyambung semula penganjian Mama. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindu & sedihnya Mama nanti berjauhan dengan A'isyah buat seketika. Tapi, Mama akan usaha sedaya-upaya untuk bawa A'isyah ke sana bersama Mama. Moga Allah permudahkan segalanya. Masa Mama takda nanti, A'isyah jaga kelakuan ya sayang. Dengar cakap Opah, Baba & semua.

Ok la, setakat ini dulu. Nanti Mama tulis lagi. Love you A'isyah! Wslm.

Salam sayang,
Mama

6/17/2011

Labour of Love

Salam,

Esok bersamaan 18 Jun, insyaAllah usia A'isyah genap 1 bulan & aku pula ada 10 hari lagi untuk tempoh berpantang. Walaupun ada yang kata tempoh berpantang 40/44/100 hari. Sudah tentunya tempoh yang paling singkat akan dipilih. HEHE. Tak mampu nak sekat tekak lama-lama.

Entry kali ini tentang saat kelahiran A'isyah. I’ve never revealed the story. So, now nak cerita saat-saat penting itu. Takut juga pengalaman berharga ini akan pudar dari ingatan & lama-kelamaan akan hilang terus detail peristiwanya.

Jadi bila ditulis & diceritakan di sini, I hope one day A'isyah will read it & she’ll know how her mother had struggled to give birth to her. Ok, towards the story, here it goes;

Tepat jam 12 tgh hari, aku ditolak masuk ke dalam labour room. Masa itu, bukaan baru 4cm. Tangan aku dicucuk & dimasukkan ubat. Mula-mula aku tak rasa apa-apa, tapi lama-kelamaan kontraksi mula terasa. Makin lama makin sakit. Sakitnya, Ya Allah.. Tuhan shj yg tahu. Sebelum itu sempat peluk Mak, Mama & Muhammad sambil memohon maaf.

Setelah hampir 1 jam menanggung kesakitan, aku bertanya pada nurse di situ;
Aku   : "Selalunya berapa lama nak tunggu baru boleh bersalin?"
Nurse: "Bergantung. Tapi, 1cm=1jam"

Haaa? Maknanya, 6jam lagi? Sebab tadi bukaan baru 4cm. Perlu 6cm untuk cukupkan 10cm, baru boleh bersalin. Ya Allah, mampu ke bertahan? Waktu itu dah rasa sakit melampau. Rintik-rintik peluh dah mula membasahi dahi & hidung. Penyaman udara & kipas yang terpasang dalam bilik bersalin itu seakan-akan mati fungsinya. "Abang, sakit..", aku membisik sambil menggenggam erat tangan Muhammad. Kedua-dua belah kakiku tidak lagi mampu untuk duduk diam tatkala sakit kontraksi kian menyerang. Masa dirasakan bergerak terlalu perlahan walhal skala sakit semakin meninggi. "Allah, Allah, Allah..", itu sahaja mampu aku lafazkan ketika itu.

"Sabar, sayang. Selawat & mengucap banyak-banyak", Muhammad terus memberi kata-kata semangat. Di dalam hati, aku panjatkan doa, moga-moga urusan bersalin ini dipermudahkan Allah sebagaimana Dia menolong Maryam, ibu Isa AS.

Aku mengerling ke arah jam di dinding. Hampir pukul 1.30 petang. Ya Allah, lama lagi ke? Tiba-tiba, aku terasa seperti ingin meneran. "Mak, Ekin dah rasa nak meneran", ucapku lemah kepada makku yang turut berada di situ. Mak jawab; "Kalau dah rasa nak teran, teran ja. Tapi jangan kuat sangat."

Tak lama lepas itu, datang nurse & check semula. Selepas itu, datang pula doktor. Tiba-tiba doktor menarik tirai. Sah! Setelah 4 hari 3 malam menanti & 1 jam setengah menahan kesakitan, akhirnya sampai juga saat ini. "Sayang, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan sampai habis". Dalam kelelahan aku cuba melakukan apa yang diajarkan suamiku. Tolakkan yang semakin kuat menyebabkan aku mengerahkan tenaga sedaya yang mungkin untuk meneran. "Haa, teran lagi. Kuat lagi. Dah nampak kepala dah tu. Sikit ja lagi", suara nurse-nurse kedengaran seperti suara pom-pom girls. Semangat terus dialirkan oleh mereka yang berada dalam bilik bersalin itu.

Selepas beberapa minit bertarung, Alhamdulillah, lahir juga bayiku. Kesakitan terus hilang dengan serta merta. "Adik, tengok ni, baby girl". Doktor menunjukkan si kecil yang baru sahaja aku lahirkan sebentar tadi. "Ya, perempuan", ujarku sambil tersenyum. Bayi itu kemudiannya dibawa untuk 'diproses'.

Namun, tangisan bayiku masih tidak kedengaran. Tapi, setelah siap 'diproses', aku mendengar tangisannya buat pertama kali. Subhanallah wal hamdulillah! Meskipun mataku tertutup rapat kerana keletihan yang masih bersisa, telingaku masih dapat mendengar suara azan & iqamah yang dilaungkan oleh suami tercinta di telinga bayi kami. Sungguh mengharukan, sungguh mendamaikan.

A'isyah Hanina binti Muhammad. Lahirnya sebagai seorang mujahidah, anugerah teristimewa dari Allah buat kami suami isteri. Dilahirkan di Pusat Perubatan AnNisa pada 1.52 petang, 18 Mei 2011 dengan berat 2.7kg, sempurna fizikalnya & sihat tubuh badannya.

Seinfiniti terima kasih aku titipkan buat suami tercinta Muhammad bin Dinsuhaimi atas kehadirannya di sisi & segala yang dilakukan untukku & untuk puteri sulung kami ini. Thank you for everything. Abang, I love you very much!

Kepada Mak, terima kasih sebab mengampun segala dosa Ekin & mendoakan agar Ekin & cucu Mak selamat. Baru Ekin tahu macam mana mak rasa ketika melahirkan Ekin. Ekin sayang Mak!

Kepada Mama, terima kasih sebab menemani Shikin & doakan Shikin. Suka sangat masa Mama usap & doa pada perut Shikin. Thanks Mama!

Kepada Atuk, sedih dengar Atuk menangis dalam hp. Terima kasih atas doa & segala petua. Its work Atuk!

Kepada Baba, terima kasih juga sebab beli makanan yang sedap-sedap malam sebelum Shikin deliver! Seronok makan. Alhamdulillah. 

Kepada Along, thanks sebab teman mak pi Kelantan. Kesian hg tak sempat tengok A'isyah hari tu. Hg terbalik awal. Kalau flight petang, hg sempat la jumpa A'isyah. Also, terima kasih borong satu kedai baby belikan baju cantik-cantik utk A'isyah. Nanti beli lagi ya. HEHE.

Kepada Kak Fatimah, Kak Su & Kak Iman, terima kasih sebab berkongsi ttg ilmu-ilmu kelahiran ni. Nasib baik & bertuah dapat adik ipar doktor. Dapat konsultasi percuma oleh para doktor. HEHE.

Kepada semua org Pahang, Penang & N9, thank you for the doa!

Semoga kehadiranmu A'isyah, menjadi tali pengikat kasih antara dua keluarga, pendorong kepada Baba & Mama untuk terus berjuang menggapai redhaNya. A'isyah, Mama doakan moga A'isyah manjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Baba & Mama di dunia & akhirat. Amin.

Photobucket
 [A'isyah & me]

*To be a mum is a heavenly experience. Trust me! You’ll never regret the experience, the pain you endured in order to bring that new life into this world. To hug your newborn baby into your both hands after struggling your life is just a beautiful moment.

Wallahualam.

6/15/2011

Guruh & Kilat

Salam,


Pagi semalam, hujan lebat menyimbah bumi Allah. Guruh yang berdentum & kilat sabung-menyabung menyebabkan A'isyah terjaga dr tidur. Kesian A'isyah terkejut bunyi guruh yang sangat kuat. Mama jadi risau tengok A'isyah & terus peluk A'isyah. Waktu peluk A'isyah, Mama sempat bisik pada telinga A'isyah;

"A'isyah jangan takut pada guruh & kilat."

Ya, betul Allah ada berfirman bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut & harapan. Tetapi, disebalik ayat itu kita seharusnya berfikir bahawa guruh yang menimbulkan perasaan takut dalam diri manusia, adalah sebuah saranan yang dengannya rasa takut kepada Allah.

"Jadi, kalau A'isyah rasa guruh & kilat itu hebat, cuba bayangkan penciptaNya pula. Mesti lagi hebat. Jadi, A'isyah perlu takut pada penciptaNya. Bukan pada yg dicipta. Faham A'isyah?"

"Lagi satu, A'isyah perlu ingat jangan ada rasa benci pada guruh & kilat. Dalam dentumnya guruh, ada hikmahnya. Dan dalam sabungnya kilat, juga ada hikmahnya. Tiada sesuatu pun yang dijadikan dengan sia-sia. Dengar dengan baik, dentum guruh itu sedap alunannya. Lihat dengan baik, percikkan kilat itu cantik arusnya. Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih memujiNya. Subhanallah."

Betapa agung pengetahuan Sang Pencipta. Segalanya berlaku tanpa kawalan manusia yang dikatakan ‘berkuasa’ diatas muka bumi ini. Tetapi, segalanya berlaku di dalam kawalan ‘programmer’ yang sangat tinggi pengetahuannya.

Kehidupan umpama guruh & kilat yang berlatar belakangkan langit kelam tidak selalunya muram. Pasti ada kebaikan yang terselit. Kehidupan seumpama pelangi berwarna-warni dengan cahaya memenuhi alam tidak semestinya indah. Pasti ada ujian yang menyempit. Terpulang kepada cara individu memandang & mendengar setiap yang mendatang itu. Pastinya berbaik sangka pada pencipta yang memberi itu bakal merubah kegelapan menjadi cahaya. Wallahualam.

Lepas itu, A'isyah pun tidur dgn lenanya. Alhamdulillah.

Photobucket

6/14/2011

Majlis Aqiqah

Alhamdulillah, Allah beri keluarga kita sedikit kelapangan & peluang untuk panjatkan rasa syukur & taat terus pada Allah dengan mengadakan Majlis Aqiqah pada 21 Mei 2011 yang lalu. Majlis berjalan dengan sempurna. Mama & Baba nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat Babatok & Mamatok yang bersusah payah membantu mengadakan & menyempurnakan majlis yang diharapkan mendapat rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Kesian Mama tengok malam selepas Majlis Aqiqah. Semua keletihan. Apa-apa pun, alhamdulillah Majlis Aqiqah A'isyah berjalan dengan lancar. Buat yang berada diperantauan, Tanti & Ammu Imran serta semua org Pahang, Penang & N9 terima kasih atas doa kalian semua.

Gambar yang sempat diambil semasa Majlis Aqiqah:

Photobucket
[Majlis baru bermula]

Photobucket
[Abg Umar buat pose cute]

Photobucket
[Mama & Mak Ngah]

Photobucket
[Amam & Abg Umar]

Photobucket
[Baba & Abg Umar]

Photobucket
[Mamatok & Abg Umar]

Photobucket
[Terima kasih kepada yg menghadiahkan]

6/10/2011

Umar Al-Farouq


Photobucket


Danish Qusyairi


Photobucket


Dua-dua ini adalah abang sepupu A'isyah. Both are 2 years wiser than A'isyah in the matters of this world. Sayang Abg Umar & Abg Danish! 

6/09/2011

BIODATA SAYA

Photobucket

  • Nama Penuh : A'isyah Hanina binti Muhammad
  • Nick Name : A'isyah/Hanina/Nina
  • Tarikh lahir : 18.05.2011
  • Tempat lahir : Pusat Perubatan AnNisa, Kelantan
  • Masa kelahiran : 1.52 pm
  • Berat semasa lahir : 2.7 Kg
  • Nama Mama : Norashikin binti Azmi
  • Nama Baba : Muhammad bin Dinsuhaimi
  • Nama Babatok : Dinsuhaimi bin Hj. Sidek
  • Nama Wan : Azmi bin Ahmad
  • Nama Mamatok : Norhani binti Abd Rani
  • Nama Opah : Manisah binti Adan
  • Nationality : Malaysia
  • Kegemaran : Alunan selawat & nasyid dari Baba
  • Kebolehan Istimewa : Tidur sambil tersenyum
  • Special Interest : Menangis semasa diaper changes
  • Kehebatan : Boleh berjaga malam

6/06/2011

Iftitah




Photobucket

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi Rabbul Izzati atas kudrat & iradahNya mengizinkan untuk menyiap/mencipta blog ini. Secara rasminya, ini adalah blog peribadi kami sekeluarga. Blog ini merupakan sekadar imbasan kenangan setiap detik & saat dalam perjalanan yang semakin pantas berlalu.

Illa liqa'