Hari Isnin, terus sihat alhamdulillah. And Maryam dah boleh transfer ke Presint 8 sebab Maryam dah stable. Kat situ Maryam just kena habiskan antibiotic for 21 days & depa nak observe Maryam. Kali ni saya boleh room in sekali. Lega! Beberapa hari lepas tu, result air tulang belakang pun dapat & syukur no grown up bacteria.
10/22/2014
Menghadapi Anak Sakit Merupakan Ujian
Salam,
Dia tidur sahaja saja. Hisapan susu pun macam lemah. Paling membimbangkan, badan dia panas. Suhu badan mencecah 39C. Tak lama tu, dia nampak ok lepas sponging (lapkan badan dia dengan kain basah) & menyusu semua. Eh, gembira pula Si Maryam ni dapat main air. Siap macam berjoget. HEHE. Macam bukan dia yang demam tadi. So, we jumped into conclusion yang Maryam mungkin badan panas sebab bedung.
Keesokan paginya, dia kelemahan. Tapi Maryam tetap Maryam. Kuat nyusu tetap kuat nyusu. Setiap kali buka mata macam bagi isyarat, “Mama, nak nenen!”. Anak I kan kuat makan macam I. But we can tell through her face lah yang dia tak sihat. Mata dia nampak sangat penat. Pun semangat lagi nak kena agah. Hinggalah dia tertidur berkali-kali. Dan sekali bila check temperature Maryam tetap panas. Oleh kerana demam tak kebah-kebah, husband amik keputusan bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor check & current temperature Maryam 38.5C. Doktor kata newborn tak sepatutnya demam & sememangnya Maryam perlu kena admit ward.
Hari Khamis, satu hari suntuk saya berdua dengan Maryam. Saya tak boleh buat apa langsung sebab nak dukung sahaja dia. Tapi nasib baik dia tak melalak tak tentu arah ke apa. Dia masih main. Cuma dia tak berapa nak senyum. Orang selalu cakap, kalau anak tak sihat ni kita jadi penat & bercelaru sebab dia asyik nangis sahaja. In my case, lain pula. Maryam masa dia tak sihat, dia sangat passive. Tak ada nangis-nangis. Cuma merengek minta dipeluk (Maryam memang manja!). Sampai saya jadi susah hati. Dalam erti kata lain, bila dia demam dia mudah dijaga.
Hari Jumaat, paling buat saya dengan husband risau tak tentu hala tu panas dia tak turun-turun. That could be a sign of infection ke apa. Petang sikit, doctor pakar round ward & check baby. Lepas check Maryam, doctor pakar kata since demam tak turun & nampak development Maryam tak macam newborn lain dia suggest ambil air tulang belakang untuk identify virus/bacteria apa yang ada dalam badan Maryam. Luluh hati bila dengar macam tu. Its an option. Tapi mak ayah mesti nak yang terbaik buat anak kan? Saya nangis ya. Nangis sebab kesian sangat tengok anak yang baru 7 hari melihat dunia macam itu jadinya. Lepas musyawarah dengan family, minta petunjuk Allah, minta doctor explain betul-betul, kami berdua setuju untuk benarkan pihak hospital ambil tulang air belakang Maryam. Hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk Maryam.
Then, petang itu juga air tulang belakang Maryam diambil & doctor start antibiotic pada Maryam. Memang magik, lepas start antibiotic demam Maryam terus turun perlahan-lahan. Dan ternyata bukan sebab ubat sepenuhnya. Semestinya Allah yang Maha Penyembuh. Dia yang bagikan sakit, Dia yang bagi penawar jugak. Cuma perlulah bersabar dengan dugaanNya.
Tapi sedihnya, Maryam kena isolate. So, mamanya kena balik rumah. Since tak boleh room in, bermula la kerja di bahagian milk supply. Terus & terus perah & hantar bagi susu sebanyak boleh. Sebab hanya dengan susu ibu yang boleh bantu dia. I try my best.
Ini sememangnya dugaan yang sangat mencabar buat kami sebagai parents. Kali pertama anak demam teruk sampai kena\ambil air tulang belakang. Mungkin tidaklah sehebat mana dugaan ni dibandingkan orang lain. Tapi itulah. Benar bila emak saya selalu cakap. Kalau anak demam, rasa nak pindahkan sakit anak tu ke kita.
Hari Isnin, terus sihat alhamdulillah. And Maryam dah boleh transfer ke Presint 8 sebab Maryam dah stable. Kat situ Maryam just kena habiskan antibiotic for 21 days & depa nak observe Maryam. Kali ni saya boleh room in sekali. Lega! Beberapa hari lepas tu, result air tulang belakang pun dapat & syukur no grown up bacteria.
Hari Isnin, terus sihat alhamdulillah. And Maryam dah boleh transfer ke Presint 8 sebab Maryam dah stable. Kat situ Maryam just kena habiskan antibiotic for 21 days & depa nak observe Maryam. Kali ni saya boleh room in sekali. Lega! Beberapa hari lepas tu, result air tulang belakang pun dapat & syukur no grown up bacteria.
Hari ke-21, terus jadi Superbaby! Dah boleh balik rumah! Dia kembali seperti sediakala. Dan suara serta jeritan keterujaannya menguasai rumah ini. I am the happiest mommy in the planet! Terima kasih, Allah!
p/s: Ya Allah, jangan bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami pikul Ya Allah. Sesungguhnya Engkau menduga kami, dengan apa yang kami mampu. Engkau Maha Mengetahui. Alhamdulillah, Maryam dah sihat.
Hari Itu Hari Jihad
Salam,
Alhamdulilllah, diberi lagi 'nikmat' bersalin kali kedua oleh Allah. Syukur kelahiran mujahidah ke-2 ini dipermudahkan. Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?). Orang cakap, nak bersalin ni sakitnya bermacam-macam. Ada yang mendefinasikan macam nyawa di hujung tanduk & ibarat sakit kedua paling sakit selepas sakaratul maut. Sakit itu datangnya dari Allah, hak Allah menyembuhkan, menghilangkan atau meringankan sakit tersebut. Yakin & berdoalah pada Allah.
Sudah sebulan melahirkan Maryam Salsabila. Pengalaman melahirkan anak kedua ini boleh dikatakan mudah. Namun perit jerih melahirkan itu memang menyakitkan. Saya selalu bimbang untuk mengharungi tempoh kesakitan yang melampau itu walaupun ini bukan kali pertama. Saya sempat pesan pada suami, saya berpesan jika saya pergi mengadap Allah, suami akan memelihara kedua-dua anak saya sebaik mungkin menjadi anak yang solehah. Saya tiada harta. Saya tiada rumah di sana-sini, tiada kereta berderet-deret, tiada tanah berekar-ekar, tiada duit bertimbun untuk disedekahkan buat bekalan. Saya hanya ada zuriat. Itulah harta saya di dunia. So, entry kali ni nak share detik-detik kelahiran Maryam Salsabila. Rasanya baik kronologi kan pengalaman bersalin ini mengikut time & tarikhnya.
Jumaat, 29 Ogos 2014
2.30 pagi - Rasa sakit perut. Dalam hati kata, oh false alarm kot. Tapi, kontraksi semakin kerap & tak henti. Dah sejam sakit ni. Ni kalau tak kebah juga, kena kejut suami. After an hour, still sakit. Sah! Ni real contaction ni. So, slow-slow bangun dari katil & kejutkan suami yang nyenyak tidur ajak pergi hospital. Sementara tunggu suami bersiap, sempat ke tandas ambil wudhu’, lepas itu solat taubat & solat hajat. Bertolak ke hospital jam 4.00 pagi.
4.30 pagi – Sampai hospital. Pintu rahim (os opening) baru 3cm. Nurse yang memeriksa lantas memberikan pandangan supaya saya dimasukkan ke dalam wad. Katanya, selalunya anak kedua cepat buka laluan. Saya akur memandangkan ada bilik kosong pagi itu.
6.00 pagi - Sempat solat Subuh berjemaah bersama suami. Ketika itu terasa kontraksi semakin kuat & dekat-dekat. Saat saya berdiri menuju ke bilik air selepas kontraksi tiba-tiba darah berbentuk jeli telah keluar (show). Maka, saya & suami ke labour room. Di dalam labour room, kontraksi semakin kerap hinggakan ada staf bertanya, “Puan ada minum air selusuh?”. Saya tidak minum air selusuh tapi minum air zam zam & sebelum ke sini ada makan kurma sahaja. Ketika ini, suami setia di sisi sambil membacakan ayat AlQuran memohon agar Allah memudahkan & mempercepatkan kelahiran sambil menggosok ubun-ubun saya.
6.30 pagi - Pada jam 6.30 pagi hari Jumaat, sekali lagi nurse memeriksa bukaan rahim. Ternyata kontraksi yang kerap itu membuahkan hasil. Bukaan rahim telah meningkat kepada 5cm. Bukaan rahim menjadi 7cm sejam selepas itu (7.30 pagi).
8.00 pagi - Bukaan rahim telah mencapai 8-9 cm. Yeay, alhamdulillah! Another 1 cm. Ketika itu terasa seperti mahu meneran. Air ketuban dipecahkan, katil bersalin banjir dengan air ketuban. Nurse suruh teran, saya try teran. Tapi contraction pendek, jadi teran pun pendek. HEHE. Sakit dah terasa sakit sangat. Habis bucu tilam katil tu saya pegang. Position badan pun dah senget senget sebab sakit yang amat. Suami di sebelah menambahkan semangat saya untuk meneran. Staf-staf yang kesemuanya muslimah memberi sokongan padu supaya saya terus meneran kuat & panjang. Seperti di stadium bolasepak pula rasanya dengan sorakan dan semangat padu itu, cuma tiupan vuvuzela sahaja yang tiada.
Jam hampir 8.25 pagi, kepala Maryam Salsabila akhirnya berjaya dikeluarkan. Atas izin Allah akhirnya lahirlah seorang hamba Allah di dunia tepat jam 8.28 pagi hari Jumaat, 29 Ogos 2014. Lepas baby keluar, Doktor Mimi Suria angkat tinggi & tunjuk, tengok ni boy ke girl? Suami dengan tenangnyanya jawab dulu, perempuan. Baby kali ini misteri. Setiap kali scan dia tutup kaki rapat-rapat. Jadi memang tak beberapa nampak lelaki atau perempuan.
Lepas tu, yang paling istimewanya lepas nurse lap-lap & bersihkan baby, saya request untuk skin-to-skin dengan baby (kangaroo care). Suami ambil Maryam, terus dia letak Maryam kat dada untuk baby cari susu. Alhamdulillah, baby dapat menyusu dalam labor room. Pandai betul dia cari & isap. Bila dah siap jahit semua baru ada seorang lagi nurse datang untuk mandikan baby.
Sebagaimana ibu-ibu yang lain, kami telah menempuh kesakitan yang teramat dalam. Setelah sebulan, saya telah terlupa bagaimana rasanya kesakitan itu dan memohon doa pada Allah agar memberi saya peluang lagi & lagi mengumpul ‘harta’ di masa akan datang, kerana ia adalah kesakitan yang telah saya lupakan.
p/s:
- Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang banyak membantu saya ketika berada di hospital (KPMC). Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua.
- Untuk Mak, Mama & Atok, semoga Allah terus masukkan kalian ke dalam syurga, kerana tiada kata yang mampu untuk diungkapkan untuk menggambarkan penghargaan di atas segala jasa Mak, Mama & Atok.
- Untuk suami permata hati, ahabbakallazi ahbabtani lahu, kita kumpul ‘harta’ banyak-banyak lagi.
- Buat sahabat-sahabat yang bakal melahirkan di luar sana, do look forward to the birth of your child. Nervous not, fret not! Labor is such a BEAUTIFUL experience, believe me. You will want to get pregnant & give birth again!
(Fresh from Mama's womb)
10/21/2014
Another heartbeat of mine
Introducing our 2nd daughter, Maryam Salsabila binti Muhammad. May she become a beneficial person from the day she was born till her last breath. May she become Hafizah one day & may Allah love, bless, guide & protect her dunia wal akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)