"Shikin, hg sokong apa?"
"Sokong apa, apa?"
"PAS ke UMNO?"
"Undi adalah rahsia"
Senyum shj. Membiarkan persoalan tanpa jawapan (secret la sangat). This entry hanya share tentang tips pilihan raya lima tahun sekali especially for those yang first timers seperti saya. (eleh nak cakap muda lettew)
- Taktau nak undi siapa di tempat kita sebab tak kenal? Kenapa tak kenal? Adakah kita seorang yang suka terperap dalam rumah tengok TV Masterchef Selebriti 2? Malu nak mengaku, takpa. Jadi, mula dari sekarang (belum terlewat lagi), sila google siapa calon yang bertanding & mula cari kalau-kalau calon ini mempunyai laman sosial seperti Facebook, Twitter & sebagainya. Cuba nilai dari situ. Tengok akademik background, siapa isterinya, penglibatannya dalam masyarakat. Oh ya, jangan lupa! Wajah bakal YB di tempat kita tu, ada 'nur' ke tidak. HEHE. I mean, cuba check sama ada pernah tak calon YB kita ni mengimami solat di masjid-masjid? Kalau calon non-muslim tak payah dok check la. Tapi, kalau calon non-muslim, pilih calon yang possibility untuk ancaman kepada Islam; KURANG. Pilihlah calon berkenaan!
- Manifesto, manifesto ni macam akujanji. Apa yang pemimpin ni nak buat bila menang dalam tempoh pemerintahan dia nanti. Such and such. Kalau malas nak baca panjang-panjang try tengok point penting shj. Tengok sama ada dapat ringankan beban rakyat atau makin memeningkan rakyat dengan high cost of living. Dan perlu diingatkan jangan terlalu yakin yang semua janji dalam manifesto dapat dilaksanakan, sebab pemimpin pun nanti, bila dah dapat kerusi akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan & dengan keizinan Allah. Jadi, apa-apa pun, doa yang terbaik.
- Jangan terlalu taksub dengan parti masing-masing. Jangan sesekali mengata, mencaci, memaki dengan perkataan keji kepada orang yang tak sama prinsip dengan kita. Contoh muka buku. Kita post gambar hijau. dia komen pendek je 'lain kalilah'. Kita dah berasap bagai. Tak perlu lah macam tu. Cuba belajar untuk sabar & reply smiley shj. Dalam hati, kita doa moga Allah lembutkan hati orang itu, insyaAllah. Amin. Apa pun, politik bukan untuk memisahkan ukhuwwah sesama kita kan? :)
- Cuba cari peluang untuk sertai orang yang bekerja di bilik gerakan untuk menangkan Islam, bukan hanya tunggu keputusan PRU. Lepas tu bila parti lain menang, kita pula yang komplen macam-macam. Kalau tak berpeluang atas kekangan tertentu, cari juga ikhtiar lain, contoh bagi kesedaran melalui tulisan & gambar-gambar. At least, do some efforts, selain dari doa.
- Giatkan tahajud, banyakkan mengaji, kerapkan doa, mengingati Allah. Sebab, senjata orang mukmin adalah melalui doa. Kita usaha banyak mana pun, tapi kita tak yakin Allah yang Mengatur Segala & Allah jualah yang Memberi Kemenangan, maka yang kita kata kita 'berjuang' itu adalah sia-sia. Senang cerita macam ni, kata nak tegakkan negara Islam, tapi solat Maghrib pun lagi 2 minit nak masuk Isyak, acano nak jawab tu? *sentap*
- Tak nak balik mengundi? Ni kes nak kena pulas telinga ni! Mesti yang tak nak balik ni beranggapan "alaaaaa satu undi je pun.. takde efeknya." Helloooooo! Jangan fikir macam tu. Satu undi tu sangat bernilai tau! Cuba bayangkan kalau parti yang tidak mahu menegakkan negara Islam menang dengan satu majoriti. Dan satu undi tu sebab kita tak balik ngundi. Awak tak rasa bersalah ke? Ha? Ha? Ha?
- Takut nak mengundi parti lain sebab family sokong parti lain? Jangan risau. Bulatkan pendirian, jangan timbang-timbang. Teruskan dengan sokongan awak pada parti yang awk pilih tu. Mereka tak tahu. But, Allah knows whats best. Allah nilai melalui niat kita.
- Orang sekeliling duk sogok-sogok cakap "Tak tahu bersyukur, kerajaan dah bagi macam -macam. Tapi tak nak sokong kerajaan pulak?!?" Errrr, attention mak cik, attention pak cik, kerajaan memang bertanggungjawab untuk bagi rakyat semua tu. Pendidikan, tempat tinggal & sebagainya. Tapi sekarang Parlimen dah bubar. Parti tu bukan pegang kerajaan Malaysia lagi dah. Jadi saya rasa, untuk kali ni, kita tukar! Ala, lima tahun shj. Nanti kalau tak elok, kita buat pilihan lagi sekali.
- Alergik dengan bendera, geram bila tak dapat tengok cerita yang disukai sebab ada 'mandat' di TV3 & rimas dengan tweet & status mengenai politik? Sabaq naa. Kalau nak raya, kita cakap pasal 'berapa pasang baju beli, dah buat biskut?' Tapi sekarang ni musim pilihan raya, nak tak nak memang itu lah yang kena lalui. Tahan la sikit, sehari je lagi ni. Nanti jangan lupa undi tau!
- Pada hari mengundi, dalam bilik mengundi. Baca bismillah, niatkan dalam hati, Ya Allah aku undi dia, kerana aku nak tegakkan syiar-Mu. Berikan kemenangan kepada Islam Ya Allah & mula memangkah dengan betul.
- Dunia ini sementara & negeri akhirat yang kekal abadi. Peringatan yang kena selalu peringatkan. Supaya kita dapat buat pilihan yang bijak. Sebab, apa guna kita memperjudikan hidup di dunia demi mendapat keuntungan harta & material, berhibur dengan hiburan yang melalaikan & dengan persekitaran yang menggalakkan maksiat? Nau'zubillah. Moga Allah lindungi kita semua.
Bagi saya, saya nak seorang pemimpin yang beriman. Seorang pemimpim yang boleh memimpin untuk menegakkan Islam di negara, mahu pemimpin yang ajak kita untuk kenal Allah dengan lebih dekat, untuk bimbing kita untuk jadi muslim yang praktikkan Islam, harap pemimpin bukan dari golongan yang memakan rasuah, nak pemimpin berjiwa rakyat, nak pemimpin yang adil & boleh tolong kita bukan hanya di dunia, malah di akhirat sana. Sebab matlamat nak capai redha Allah & nak bersama-sama di syurga nanti, insyaAllah. Maka, lima hari bulan lima ini, silalah ke tempat mengundi masing-masing & turunkan undi anda!Boleh bayang tak, our future country; sikit demi sikit orang tutup aurat sempurna, jumpa kat street sama-sama bagi salam/bertegur sapa, kat masjid & surau orang solat jemaah melimpah-limpah, setiap orang ada bulatan gembira masing-masing, kat warung, kedai mamak semua orang cakap pasal mutabaah amal, dalam public transport ramai orang mula baca mathurat, baca Al-Quran poket. Allahu, manisnya. Mustahil? InsyaAllah. Satu hari nanti.
I VOTE FOR A BETTER MALAYSIA
[Gambar sekadar hiasan]
No comments:
Post a Comment