1/31/2013

Resepi Durian Crepe

Salam,
Photobucket

Sekarang Durian Crepe dah jadi macam trend. Dapat perhatian orang ramai sampaikan ada yang buat bisnes Durian Crepe ni. Suami saya tak terkecuali membeli! Zauj ni die hard fans durian. Jadi, si isteri pun cuba belajar & buat apa yang suami suka. Even, saya tak gemar durian! Demi suami, buat la juga. So, next time no need to beli sebab kalau nak, I can do it khas buat zauj. Yeay!

Lepas post gambar Durian Crepe di FB, ramai yang bertanya resepi nya. To be honest, im really not good in baking. So, kalau rasanya not really nice nanti, jangan marah ya. HEHE.

Tanpa membuang masa lagi, jom nak kongsikan resepi & cara-cara buat durian crepe yang menjadi fenomena di serata Malaya ni. Ewah!

RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan yang diperlukan:
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil myk masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
Pewarna kuning
Esen Vanilla

Filling:
Whipped cream
Isi durian

Cara membuat:
  • Baca Bismillah
  • Masukkan semua bahan yang ada ke dalam mangkuk & sebatikan dengan whisk. 
  • Untuk mengelakkan crepe daripada menggerutu, tapis dahulu. Baru dapat kulit crepe yang halus mulus. 
  • Ambil sesenduk kecil & kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam non stick pan yang dipegang. Cuba buat senipis yang boleh. 
  • Layangkan kuali tadi agar adunan sekata & diletakkan atas api kecil sampai masak. 
  • Pastikan masak hingga kering (masak 1 side shj), angkat & tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok (yang side dimasak itu automatik jadi bhgn utk letak filling & yang side tidak masak, jadi cover. Make sure, lepas masak sehelai [sehelai?], di asingkan each kulit crepe untuk elak melekat. )
  • Whipped cream diputar hingga kental. 
  • Kemudian, letakkan whipped cream & isi durian & whipped cream semula di tengah-tengah kulit crepe. 
  • Lipat kiri ke kanan & atas ke bawah. Jadi bantal & masuk dlm freezer! 
  • Siap & boleh dimakan. HEHE.

1/14/2013

Listen, listen, listen to what I write yo!

Salam,

I wanted to blog about the Aussie trip, but after surfing Facebook for a while, I decided to leave that for a later day instead because everyone around me seems to be talking about this particular lady called Miss Sharifah Zohra Jabeen recently so I decided I would join in the fun too. Well, sebelum baca perlu tonton sampai habis video tu.

Miss Bawani:
  • Respek dengan Miss Bawani sudah bersedia dengan fakta-fakta di tangannya. Nampak dia sudah bersedia dengan apa yang nak di utarakan. Itu sudah satu bukti kebijaksanaannya yang dinafikan oleh Cik Sharifah ni.
  • Brave girl! Sebab dia lantang bersuara. Dia tahu apa dia perjuangkan. Dia tahu kenapa dia bangun untuk bercakap.
  • Dia kekal tenang waktu Miss Sharifah malukan dia depan khalayak ramai, tersenyum.
  • Dia bertanya soalan yang rasional. Yang mampu dijawab. Yang perlu dijawab.
  • I can see, Miss Bawani tidak dipengaruhi mana-mana parti politik, tapi dia memperjuangkan hak asasi manusia.
Cik Sharifah:
  • Tidak tahu hormati mahasiswa & mahasiswi. Dia mengajar Miss Bawani untuk menghormati, tetapi dia menunjukkan yang sebaliknya.
  • Takut pada fakta yang diberikan oleh Miss Bawani. Jika tidak kenapa dia terus merampas pembesar suara?
  • Yang ni paling tidak suka, soal haiwan. Ada ke walaupun seorang manusia yang memperjuangkan hak anjing untuk mengonggong? Ada ke walau seorang manusia yang memperjuangkan hak ikan yang tidak dapat dikira dengan tepat di dalam laut?
  • Terlalu angkuh.
  • Perkara tidak masuk akal. Jangan compare Malaysia dengan negara lain? Hello Cik Sharifah. If you know (I know you don't) kita, Malaysia melakukan dasar pandang ke timur. Kita menghargai usaha mencontohi negara lain. Mencontohi negara lain LANGSUNG TIDAK MEMBAWA MAKNA KITA TIDAK BANGGA DENGAN NEGARA.
Awak katakan mahasiswa kita bahagia dan gembira dengan apa yang ada sekarang? Maka kenapa Miss Bawani bangun? Nyatakan fakta yang kukuh menunjukkan mahasiswa kita terlalu bahagia dengan keadaan sekarang.

Cuma yang paling kesal, apabila kata-kata Miss Sharifah disokong oleh suara-suara mahasiswa-mahasiswa & mahasiswi-mahasiswi di situ. Kenapa diiyakan kata-kata Cik Sharifah? Okay, mana golongan tu, tak nak pulak tunjuk sokongan anda pada Cik Sharifah sekarang? Perkara yang salah harus ditidakkan, bukan diiyakan.

Akhir kalam, congratulation Miss Bawani, you have won against Cik Sharifah!
Photobucket