10/15/2012

Selamat Hari Lahir, kekasih

Salam,

First & foremost, I'm sooooooo sorry I didn't make this sooner. I was taking a bit of a break off the internet. Anyway, happy birthday suamiku.
Dear Zauj,

29 September 2012, genap umur Muhammad bin Dinsuahimi 31 tahun. Saban tahun, umur kita semakin meningkat. Bagaimanalah pula dengan amalan kita untuk akhirat ya? Moga peningkatan usia seiring dengan amal ibadat kita, insyaAllah.

Muhammad, terima kasih atas segala-galanya. InsyaAllah sayang & A'isyah (and anak-anak kita seterusnya nanti, insyaAllah) akan sentiasa menyayangi, mencintai & mengasihi abang kerana bagi kami 'You are the best!'. Sabarnya abang dalam mendidik kami tiada taranya. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa merahmati, memberkati & memanjangkan usia abang dalam ketaatan kepadaNya.

Hadiah? Hanya sekadarnya sahaja yang dapat sayang & A'isyah sediakan. Walaupun abang tak pernah meminta tapi anggaplah ini peluang untuk kami meluahkan rasa cinta & kasih kami buat abang. Mudah-mudahan sedikit ingatan ini akan menambah eratkan lagi ikatan kasihsayang antara kita.
Photobucket
[Semoga lebih menghargai masa]

Happy birthday my main man.
Happy birthday Muhammad, I love you.
Am a better me because of you.

No comments:

Post a Comment