10/22/2012

MashImage: Photographer Muslimah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Photobucket

Dengan ini secara rasminya saya mengumumkan sesiapa yang memerlukan photographer muslimah boleh hubungi saya. Dibuka untuk tempahan.

Mengapa saya gunakan perkataan photographer muslimah? Kerana antara syarat menjadi pelanggan saya anda haruslah berpakaian menutup aurat & jika bersama pasangan, pastikan relationship status di Facebook anda ialah 'married' yang ada sijil nikahnya. Moga Allah redha dengan apa yang kita buat.

Maka, kepada sesiapa yang berminat untuk mempotretkan gambar kenangan untuk majlis perkahwinan, bergambar dengan family atau dengan ahli usrah anda, konvokesyen & dalam masa yang sama nak buat aksi macam-macam, tapi lebih selesa untuk guna khidmat photographer muslimah as main photographer, anda sangat dialu-alukan untuk hire saya. Bayaran tersangatlah tak mahal.

Ini adalah sebahagian dari hasil kerja saya:
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Akhir kata, jemput lawati fanpage saya & suami; MashImage untuk maklumat lanjut.
http://www.facebook.com/MashImage

10/21/2012

Restoran Upin & Ipin

Salam,

Alhamdulillah, berkesempatan ke Restoran Upin & Ipin masa kami 1 family 'on the way' balik dari Snow Walk, i city. Since masih awal & memang dah lama teringin nak bawa A'isyah pergi, Mama A'isyah & Baba A'isyah sepakat untuk singgah sekejap.
Photobucket
[A'isyah & Baba A'isyah in front of Restoran Upin & Ipin]

A'isyah is so excited sebab dalam restoran ni banyak gambar Upin & Ipin yang digantung di dinding. Tayangan siri Upin & Ipin juga sentiasa terpasang di TV yang terdapat dalam restoran ni. Tak ketinggalan, ada juga booth yang menjual barangan Upin & Ipin. 


Photobucket
[A'isyah bergambar kenangan]

Photobucket
[Menu]
Photobucket
[Kertas order]

Photobucket
[Pen]
Photobucket
[A'isyah tgh pilih makanan]

Kami makan ringan-ringan shj. Popia & makanan wajib, ayam goreng! For me, harga di sini boleh tahan. So, dinasihatkan jangan datang masa perut tengah lapar. Sekadar minum petang, ok la.
Photobucket
[Ayah Goreng Upin & Ipin]
Photobucket
[Popia Fizi]

Walaupun penat, hasilnya pada hari tu, kami 3 beranak happy. Alhamdulillah! Moga kami dapat lagi rasa nikmat waktu lapang yang Allah beri.
"Jadikan hari-hari semalam kamu sebagai satu kenangan. Jadikan hari-hari esokmu sebagai satu perjuangan yang masih belum diselesaikan" - Little Voice
Maklumat lanjut:
http://www.facebook.com/kedaimakanupinipin

10/17/2012

Snow Walk i city

Salam,

Sejak pengajian bermula, masa dengan keluarga semakin limited. Sibuk. Tapi, alhamdulillah last week berkesempatan untuk bawa A'isyah ke Snow Walk i city. Betul la kata orang; jangan susah hati pada waktu sibuk sebab insyaAllah lepas dari ini Allah akan berikan kita banyak lagi waktu lapang. Waktu lapang & waktu sibuk akan sentiasa silih berganti sebagai suatu pengajaran buat kita. Bila kita menghargai waktu sibuk ini, insyaAllah bila waktu lapang itu datang terasa lebih indah & manis.

Photobucket
[A'isyah & Baba A'isyah depan pintu masuk Snow Walk]

Photobucket
[Winter jackets yang dijemur setelah digunakan oleh pengunjung. BTW, harga tiket yang dibayar termasuk sekali dengan this winter jacket. Tapi sewa shj, jangan pula bawa balik]

Photobucket
[A'isyah bersiap]
Photobucket
[A'isyah & me]

Kalau masuk Snow World, tak dapat nak buat snowman atau main snowball fighting. Salji kat sini tak tebal.
Photobucket
[A'isyah dah mula sejuk. Hidung dah warna merah. HEHE]

Photobucket
[A'isyah & Baba A'isyah main salah 1 game yang ada di sini]
Tips:
  •  Pakai pakaian yang sesuai. 
  • Bagi yang tak tahan sejuk, sila pakai baju & seluar 2 lapis dengan winter coat yang disewa. 
  • Please, please & please. Jangan pakai sandal atau kasut terbuka. I bet you cannot stay more than 30min at there. 
  • Sesiapa yang bawa anak kecil, pastikan your kids pakai pakaian extra tebal.
Also, sepanjang di situ, macam-macam pertanyaan yang keluar kpd En.Suami;
"Abang, dulu abang kat London macam ni ke sejuk?"
"Abang, salji kat London macam ni juga ke?"
"Abang, kat sana orang pakai macam ni ke?"
and so on.

Tapi apa-apa pun, semestinya salji di Snow Walk ini sama sekali tak sama dengan salji asli ciptaan Allah. Putih terhampar. Melihatnya saja mampu membuatkan kita menitiskan air mata keinsafan. Kerdilnya kita sebagai hamba Dia.
Kata saya dalam hati, "Belajar sungguh-sungguh, nanti boleh pegang salji betul, insyaAllah"

Entrance to I-city: 
RM1 per entry (6.00am - 6.00pm) and 
RM10 (6.00pm - 6.00am) 

Snow Walk ticket price is at 
RM 25 (adults) RM 20 (kids) (before 6pm)
RM 35 (adults) RM 30 (kids) (after 6pm)

Operating Hours : 
10.00am - 1.00am (Mon - Thu, Sun & Public Holiday)
10.00pm - 2.00am (Fri - Sat & Eve of Public Holiday)

10/15/2012

Selamat Hari Lahir, kekasih

Salam,

First & foremost, I'm sooooooo sorry I didn't make this sooner. I was taking a bit of a break off the internet. Anyway, happy birthday suamiku.
Dear Zauj,

29 September 2012, genap umur Muhammad bin Dinsuahimi 31 tahun. Saban tahun, umur kita semakin meningkat. Bagaimanalah pula dengan amalan kita untuk akhirat ya? Moga peningkatan usia seiring dengan amal ibadat kita, insyaAllah.

Muhammad, terima kasih atas segala-galanya. InsyaAllah sayang & A'isyah (and anak-anak kita seterusnya nanti, insyaAllah) akan sentiasa menyayangi, mencintai & mengasihi abang kerana bagi kami 'You are the best!'. Sabarnya abang dalam mendidik kami tiada taranya. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa merahmati, memberkati & memanjangkan usia abang dalam ketaatan kepadaNya.

Hadiah? Hanya sekadarnya sahaja yang dapat sayang & A'isyah sediakan. Walaupun abang tak pernah meminta tapi anggaplah ini peluang untuk kami meluahkan rasa cinta & kasih kami buat abang. Mudah-mudahan sedikit ingatan ini akan menambah eratkan lagi ikatan kasihsayang antara kita.
Photobucket
[Semoga lebih menghargai masa]

Happy birthday my main man.
Happy birthday Muhammad, I love you.
Am a better me because of you.