2/12/2012

Usrah Mini

LAPORAN USRAH MINI

Hari: Cuba hari-hari kalau sempat
Masa: Lepas solat jemaah Maghrib
Tempat: Tepi katil
Naqib: Baba
Ahli usrah:
  • Mama 
  • A'isyah
  • Opah
Naqib menceritakan & mengingatkan tentang mati. Kata naqib, mati tidak mengenal usia. Orang muda patut ingat mati. Orang tua lebih-lebih lagi patut mengingati mati. Lantaran itu orang tua sepatutnya bersiap-siap dengan membanyakkan taubat, membersihkan diri daripada dosa zahir & batin, seterusnya mengabdikan diri kepada Allah.

Mati bererti perpindahan dari alam dunia ke alam Barzakh; tempat perhentian sementara sebelum menuju ke Akhirat. Orang yang beriman & bertakwa akan sejahtera dalam kubur; menunggu Syurga yang kekal abadi. Sebaliknya orang kafir & mukmin yang derhaka akan diseksa, kuburnya disempitkan, ular, lipan & kala jengking datang menggigit & dirasakan kepadanya kepanasan daripada api neraka. Masihkah tidak gerun, sedang mati akan datang menjemput tidak lama lagi?

Sedarlah hakikat ini; bahawa semua orang pasti mati samada ia suka atau tidak. Setelah mati kita akan dikebumikan. Tinggallah kita di dalam kubur sendirian, tiada lagi rumah besar, sanak saudara, harta kemewahan & keindahan di dunia.

Tidakkah kita bimbang & takut akan nasib kita selepas mati? Bagaimana agaknya kubur menyambut kita nanti? Adakah dengan ucapan;
"Marhaban wa Ahlan Wasahlan. Memang engkaulah orang yang lebih aku senangi berjalan di punggungku (di permukaan bumi). Aku telah menguasai dirimu, dirimu akan menyaksikan pekerjaanku terhadap dirimu."
Kubur lalu diperluaskan seluas pandangan mata, dan dibuka pintu syurga untuk disaksikan keindahan dan kenikmatannya.

Mungkinkah dengan ucapan;
"La Marhaban Wa la Ahlan Wasahlan, ketahuilah bahawa dirimu adalah orang yang sangat aku benci berjalan diatas punggungku. Kamu sudah aku sukai dan berada dalam perutku, kamu akan mengetahui pekerjaanku terhadapmu."
Seketika itu juga kubur menghimpit & menyepit, sehingga tulang rusuknya keluar terputus-putus. Setelah itu Allah datangkan ular sebanyak 70 ekor. Seekor ular sahaja jika mengeluarkan bisanya di bumi ini, maka tidak dapat menumbuhkan sesuatu tumbuhan apapun selamanya. Ular itu lalu menggigit & mencakar hingga datangnya pengadilan di Padang Mahsyar.

Itulah kubur yang merupakan taman-taman Syurga bagi orang mukmin & lubang-lubang Neraka bagi orang kafir & mukmin yang derhaka. Maka kita tidak boleh bersenang-senang hati serta cuba melupakan saat mati yang pasti tiba itu. Usia 40 tahun bererti tamatlah sudah zaman muda. Janganlah ditangguh-tangguhkan lagi amal ibadah, berjuang & berkorban kerana akan sampai waktunya tidak mampu & lemah. Jika usia sudah meningkat 60-an, badan sudah uzur, selalu sakit-sakit; ingatan, penglihatan & pendengaran sudah kurang. Waktu itu usahkan hendak sembahyang sunat banyak, hendak sembahyang fardhu pun susah & tidak larat.

Mengabdikan diri kepada Allah mesti dengan ikhlas bukan kerana terpaksa atau sudah tiada pilihan. Kita sudah uzur, sudah lemah, pergi ke sana sini untuk berhibur lagi. Sebaliknya duduklah di tikar sembahyang berzikir & membaca Al Quran. Betulkan niat bahawa kita berbuat begitu kerana mengharap keredhaan Allah. Semoga dengan kesungguhan bertaubat & mengabdikan diri kepada Allah, Allah akan mensejahterakan kita di dunia, di dalam kubur & di Akhirat. InsyaAllah.

Ok, cukup dulu usrah pada kali ini. Alhamdulillah, setakat ini Baba ada 3 orang anak murid setia. So far, salah seorang daripada anak murid Baba iaitu Mama khusyu’ mendengar sambil makan kerepek. Seorang lagi, puteri tercinta A'isyah Hanina terbaring hisap jari. Anak murid yang ketiga, Mak Mertua yg disayangi sedaya-upaya mendengar kuliah dengan penuh perhatian walaupun sentiasa ada ‘distraction’ iaitu iklan 2 orang; mak budak & budak perempuan bawah umur depan mata. Nasib baik naqib penyabar & baik hati. HEHE. Diharapkan usrah mini kita dapat diteruskan sampai bila-bila. Sekian, terima kasih.

Setiausaha Usrah Mini,
Mama

Photobucket
[Tingkatkan Iman & elokkan akhlak wahai mujahidah Mama, A'isyah Hanina. Kita berdoa kita termasuk dalam golongan hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Kita sama-sama usaha untuk golongan kanan ya! Amin.]

2 comments: