11/13/2014
Hamil Ketika Belajar
Salam,
Ramai yang kata: "Kalau pregnant masa tengah belajar, nanti anak mesti pandai." Ye ke?Hmm, actually, ikut Mama dia juga. Kalau dah dalam alam rahim, baby dah diasuh, diransang otak, halal haram makan pun dijaga, perangai Mama solehah, insyaAllah bijak anak itu nanti.
Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk rasa 2 kali pengalaman pregnant semasa belajar. Ajaibnya, masa A'isyah & Maryam dalam kandungan, semangat untuk belajar & nak score dalam exam jadi extra berkobar-kobar. Semangat terlebih nak pergi kelas. Sebab time ni la kawan-kawan rajin offer naik kereta diaorang sebab kesian mak buyung kena berebut naik bas! Kalau buat assignment pun kemain mak buyung ni excellent & bersemangat siapkan awal dari dateline.
Sometime rasa anak dalam perut yang belajar. Bukan Mamanya. Sebabnya, dua-dua kali pregnant, dua-dua ada morning sickness yang teruk. Tapi, bila pi final exam elok pulak tak muntah dalam dewan peperiksaan. Kadang orang taktau kita ni pregnant. Yerla, selalunya memang duk 'uwek, uwek' sampai segan orang duk tengok. So, rasa macam baby pulak fokus jawab exam sampai lupa nak buat mak dia loya pepagi. And alhamdulillah, masa pregnant A'isyah & Maryam la result exam paling elok selama 4 tahun pengajian. Mana taknya, 2 otak yang belajar; satu Mama, satu anak.
Tapi, sebenarnya bila pregnant time study letih sebenarnya. Time A'isyah ok lagi. Time Maryam masa tu dah final year. So, sibuk dengan assignment + presentation + test + final year project + kokurikulum + exam. Kadang-kadang macam wonder juga dapat ke habiskan pengajian, dapat ke siapkan thesis ni? Macam-macam persoalan. Tapi, syukur alhamdulillah dapat lalui dengan sabar & memang dipermudahkan. Semuanya atas doa & sokongan semua especially suami, anak, keluarga & ramai lagi!
Kawan-kawan se-course, sekolej & seusrah banyak membantu & very supportive dari segi moral & tenaga. Almaklum la kita ni pjj dengan suami. Jumpa suami pun weekend shj. Selebihnya dengan kawan-kawan la. Jasa individu yang banyak membantu memang tak dapat lupa malah doa Allah balas budi baik kalian semua. Jzkk!
Untuk student yang berkahwin semasa pengajian & pregnant masa belajar jangan takut nak mengandung masa belajar k? Memang banyak dugaan & komitmen tapi insyaAllah anak lahir bersama-sama rezeki. When the times comes, like it or not, kita have to handle it. Just banyakkan berdoa moga dipermudahkan banyak urusan.
Pls, jangan jadikan something positive into something negative. Always think of the good things & face segala challanges dengan kesabaran. Perlu hadapi dengan tenang, sentiasa berfikiran +ve & minta padaNya agar diberikan kekuatan & kesabaran yang berlipat ganda. Kalau kita nak senang/mudah shj dalam urusan hidup ini, for me tak best lah sebab takda cabaran. Sebab, cabaran hidup yang membuatkan kita lebih matang di hari akan datang. Wallahualam.
[Dengan A'isyah *tiadadalamgambartapiadadalamperut*]
[Dengan Maryam *tiadadalamgambartapiadadalamperut*]
Semoga bermanfaat!
Subscribe to:
Posts (Atom)