5/08/2014

Review Tadika A’isyah Hanina

Salam,

Sekejap betul dah sampai pertengahan tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Hmm, hari ini tiba-tiba rasa nak update blog.Nak share tentang pendidikan anak. Alhamdulillah, Tadika A’isyah sekarang memang bagus. Dah nak masuk 2 tahun A’isyah di Tadika Iman.

Sejak bertadika, bila balik rumah ada saja ilmu baru, seronok tengok. Belajar solat, nasyid, zikir, pakai tudung etc. Alhamdulillah sejak masuk tadika, nampak A’isyah pandai socialized. Ramai kawan-kawan A’isyah katanya. "Separation anxiety" pun dengan Baba A’isyah & Mama A’isyah dah ok. Berdikari banyak lah. Grown up girl!

Percapaian? Dari awal, memang harap dia lebih bersosial dengan orang luar, bina "self- esteem". And of course memang ada perubahan. Selain tu, cikgu report, A'isyah banyak cakap, banyak makan & so on. HAHA.

Buat mak-mak yang mencari nursery untuk anak, memang recommend Tadika Iman ni. My husband & I berpuas hati dengan servis Tadika Iman. Ilmu yang A’isyah dapat di tadika pun insyaAllah benefiting from both. Tersemat di dadanya, jitu tauhidnya sampai bila-bila, mudah-mudahan.

Ni antara gambar yang cikgu A’isyah share dengan kami. Aktiviti A’isyah di sekolah. Aktiviti grooming ala-ala muslimah! 

 
 photo 10171690_10202952390183431_1422199759627879835_n_zps66e422ef.jpg
[Sebelum berhijab. Tudiaaa gelang, kalah Mami Jarum!]

   photo 10312662_10202952390343435_1819742674850648932_n_zpsa43e22e3.jpg 
[Cikgu pakaikan A'isyah tudung]

   photo 10173753_10202952390503439_7049162904936235523_n_zpsa0d27a0d.jpg 
[Dah siap! Solehah sangat! ^.^]
   photo 10252128_10202952391023452_2257183986958109098_n_zps44d77d4a.jpg 
[A'isyah & the geng] 

 Ok, That's all from me for now! Jzkk for reading! Selamat berhujung minggu semua!