5/08/2014

Review Tadika A’isyah Hanina

Salam,

Sekejap betul dah sampai pertengahan tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Hmm, hari ini tiba-tiba rasa nak update blog.Nak share tentang pendidikan anak. Alhamdulillah, Tadika A’isyah sekarang memang bagus. Dah nak masuk 2 tahun A’isyah di Tadika Iman.

Sejak bertadika, bila balik rumah ada saja ilmu baru, seronok tengok. Belajar solat, nasyid, zikir, pakai tudung etc. Alhamdulillah sejak masuk tadika, nampak A’isyah pandai socialized. Ramai kawan-kawan A’isyah katanya. "Separation anxiety" pun dengan Baba A’isyah & Mama A’isyah dah ok. Berdikari banyak lah. Grown up girl!

Percapaian? Dari awal, memang harap dia lebih bersosial dengan orang luar, bina "self- esteem". And of course memang ada perubahan. Selain tu, cikgu report, A'isyah banyak cakap, banyak makan & so on. HAHA.

Buat mak-mak yang mencari nursery untuk anak, memang recommend Tadika Iman ni. My husband & I berpuas hati dengan servis Tadika Iman. Ilmu yang A’isyah dapat di tadika pun insyaAllah benefiting from both. Tersemat di dadanya, jitu tauhidnya sampai bila-bila, mudah-mudahan.

Ni antara gambar yang cikgu A’isyah share dengan kami. Aktiviti A’isyah di sekolah. Aktiviti grooming ala-ala muslimah! 

 
 photo 10171690_10202952390183431_1422199759627879835_n_zps66e422ef.jpg
[Sebelum berhijab. Tudiaaa gelang, kalah Mami Jarum!]

   photo 10312662_10202952390343435_1819742674850648932_n_zpsa43e22e3.jpg 
[Cikgu pakaikan A'isyah tudung]

   photo 10173753_10202952390503439_7049162904936235523_n_zpsa0d27a0d.jpg 
[Dah siap! Solehah sangat! ^.^]
   photo 10252128_10202952391023452_2257183986958109098_n_zps44d77d4a.jpg 
[A'isyah & the geng] 

 Ok, That's all from me for now! Jzkk for reading! Selamat berhujung minggu semua!

4/13/2014

Gerakan Pertama My Little Caliph (Quickening)

Bismillah


 photo 237826_zps6abb204d.jpeg
Gerakan pertama kali bayi dalam kandungan (quickening) selalunya berada dalam julat 16 minggu-20 minggu usia kandungan. Ada juga yang lebih awal atau lebih lewat.

Semenjak masuk final sem ni, kehidupan memang betul-betul pack. Banyak pengajaran yang boleh diambil sepanjang kesibukan ni untuk dijadikan panduan hidup. Bersyukur pada Allah! Sampaikan tak sedar atau tak sure bila waktu sebenarnya adik Kakak A'isyah ini mula bergerak dalam uterus. Dah beberapa hari terlupa makan supplement sebab terlalu memikirkan macam-macam perkara.

To Little Caliph, 
Sorry dear, sampai anak Mama bergerak berkali-kali baru Mama sedar, maafkan Mama sayang. Anak mama pertama kali gerak-gerak berenang dalam amniotic fluid ketika umurmu 19 minggu usia dalam uterus. Mabruk anakku! Dan my symphisiofundal height nak capai ke paras umbilicus tak lama lagi. Subhanallah, segala puji bagi Allah dengan perkembangan ini.
Mama

3/28/2014

Kids are just... honest


Situasi 1
We were playing Zoo-Zoo (main nama-nama animals & bunyi). When I asked A’isyah... 

Mama A’isyah: A’isyah nak jadi apa?
A’isyah Hanina: A’isyah nak jadi lion. Auummmmm!
Mama A’isyah: Baba?
A’isyah Hanina: Baba jadi Baba Lion la! Aummm! (Aummm nya lebih kuat & gagah)
Mama A’isyah: Mama pulak jadi apa? (dalam hati mesti la Mama Lion kan? )
A’isyah Hanina: Mama jadi gajah. Sebab Mama besar sangattt!
Mama A’isyah: T__________T 



Situasi 2
A’isyah tengah baca buku (baca cara dia) & lepas beberapa saat, dia jerit, habis dah!

Mama A’isyah: Dah habis baca buku ke A’isyah? 
A’isyah Hanina: Dah! 
Mama A’isyah: Dah habis baca buku, cakap finish! Cakap apa A’isyah? 
A’isyah Hanina: Cakap ALHAMDULILLAH! 
Mama A’isyah: *sentapmak* 

LIFE IS SURELY FULL OF LAUGHTER WHEN YOU HAVE A TALKING KID AT HOME! :)

3/27/2014

Baby A'isyah

Ramai yang tanya, macam mana reaksi A’isyah bila dapat tau she gonna be a kakak. Alhamdulillah, she's been really nice to her ‘adik’ aka Baby A'isyah. So far takde adegan iri hati berlaku. A’isyah sayaaaang aje dengan adik. Buktinya?
1) Pergi school
Mama A’isyah: A’isyah salam Mama. Pergi school belajar elok-elok. Dgr ckp cikgu. Be nice dgn kwn-kwn.
A'isyah: Ok Mama! (salam Mama & kiss my tummy sambil bye adik) 
2) Balik school
Selalunya dia akan cari Mama A’isyah & Baby A’isyah dulu bila sampai. Lepas jumpa, baru la dia continue buat aktiviti sendiri.
A’isyah: Haaa, tu dia Mama. Hai adik! (sambil senyum to my tummy) 
3) Play time
A’isyah tak lokek share toys dengan adik. (Kedengaran seperti adik sudah ada disebelah A'isyah gamaknya kennn). So, selalunya dia akan capai rattle & come to my tummy sambil agah adik. Takpun dia akan geletek my tummy sambil cakap ‘getek adik’! 
4) Tidur
Kalau dulu tidur, berbantalkan lengan Baba A'isyah. Sejak adik dalam perut Mama A’isyah, perut Mama menjadi bantal. A’isyah akan nasyid konon tidurkan adiknya. Tapi, sbnrnya dia mendodoikan dirinya sendiri. Dia yang tertidur kesan dari nasyid dendangannya. LOL!

Alhamdulillah, Im so happy dengan penerimaan A’isyah terhadap Baby A’isyah ni. Plus, dia yang request pada Mama & Baba yang dia nak adik. Agaknya dia tak rasa jealous sebab dia tahu dari awal yang dia akan jadi Kak Long. A'isyah tahu yang Baby A’isyah ada dalam perut Mama. Sengaja masa 1st time scan baby kami bawa & tunjuk pada A’isyah. Dia juga tahu adik still kecil & akan keluar bila besar sikit. And she definitely cant wait to meet face to face with her adik.

To A’isyah Hanina, Mama harap penerimaan A’isyah terhadap Baby A’isyah ni kekal sampai adik datang ke alam dunia. Mama yakin A’isyah akan jadi kakak yang baik & solehah. Mama sayaaang A’isyah sangat! InsyaAllah, Mama akan habis pengajian Mama this June. So, Mama doa moga Mama can spend more quality time with you & adik bila keluar nanti, to educate both of you well dalam ilmu dunia & akhirat. But first and foremost, Mama need to improve myself, so that i'll be a walking example to you & adik!

   photo 81fc47a4-ca4f-4e78-a2e2-a40f57051111_zpsa558b32f.jpg 
[Happy kakak to be. Kakak A’isyah dekat rumah Opah, nak pergi school masa ni]

5/03/2013

Tips Pilihanraya PRU-13

Bismillah

"Shikin, hg sokong apa?"

"Sokong apa, apa?"

"PAS ke UMNO?"

"Undi adalah rahsia"

Senyum shj. Membiarkan persoalan tanpa jawapan (secret la sangat). This entry hanya share tentang tips pilihan raya lima tahun sekali especially for those yang first timers seperti saya. (eleh nak cakap muda lettew)
  • Taktau nak undi siapa di tempat kita sebab tak kenal? Kenapa tak kenal? Adakah kita seorang yang suka terperap dalam rumah tengok TV Masterchef Selebriti 2? Malu nak mengaku, takpa. Jadi, mula dari sekarang (belum terlewat lagi), sila google siapa calon yang bertanding & mula cari kalau-kalau calon ini mempunyai laman sosial seperti Facebook, Twitter & sebagainya. Cuba nilai dari situ. Tengok akademik background, siapa isterinya, penglibatannya dalam masyarakat. Oh ya, jangan lupa! Wajah bakal YB di tempat kita tu, ada 'nur' ke tidak. HEHE. I mean, cuba check sama ada pernah tak calon YB kita ni mengimami solat di masjid-masjid? Kalau calon non-muslim tak payah dok check la. Tapi, kalau calon non-muslim, pilih calon yang possibility untuk ancaman kepada Islam; KURANG. Pilihlah calon berkenaan!
  • Manifesto, manifesto ni macam akujanji. Apa yang pemimpin ni nak buat bila menang dalam tempoh pemerintahan dia nanti. Such and such. Kalau malas nak baca panjang-panjang try tengok point penting shj. Tengok sama ada dapat ringankan beban rakyat atau makin memeningkan rakyat dengan high cost of living. Dan perlu diingatkan jangan terlalu yakin yang semua janji dalam manifesto dapat dilaksanakan, sebab pemimpin pun nanti, bila dah dapat kerusi akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan & dengan keizinan Allah. Jadi, apa-apa pun, doa yang terbaik.
  • Jangan terlalu taksub dengan parti masing-masing. Jangan sesekali mengata, mencaci, memaki dengan perkataan keji kepada orang yang tak sama prinsip dengan kita. Contoh muka buku. Kita post gambar hijau. dia komen pendek je 'lain kalilah'. Kita dah berasap bagai. Tak perlu lah macam tu. Cuba belajar untuk sabar & reply smiley shj. Dalam hati, kita doa moga Allah lembutkan hati orang itu, insyaAllah. Amin. Apa pun, politik bukan untuk memisahkan ukhuwwah sesama kita kan? :)
  •  Cuba cari peluang untuk sertai orang yang bekerja di bilik gerakan untuk menangkan Islam, bukan hanya tunggu keputusan PRU. Lepas tu bila parti lain menang, kita pula yang komplen macam-macam. Kalau tak berpeluang atas kekangan tertentu, cari juga ikhtiar lain, contoh bagi kesedaran melalui tulisan & gambar-gambar. At least, do some efforts, selain dari doa.
  • Giatkan tahajud, banyakkan mengaji, kerapkan doa, mengingati Allah. Sebab, senjata orang mukmin adalah melalui doa. Kita usaha banyak mana pun, tapi kita tak yakin Allah yang Mengatur Segala & Allah jualah yang Memberi Kemenangan, maka yang kita kata kita 'berjuang' itu adalah sia-sia. Senang cerita macam ni, kata nak tegakkan negara Islam, tapi solat Maghrib pun lagi 2 minit nak masuk Isyak, acano nak jawab tu? *sentap*
  • Tak nak balik mengundi? Ni kes nak kena pulas telinga ni! Mesti yang tak nak balik ni beranggapan "alaaaaa satu undi je pun.. takde efeknya." Helloooooo! Jangan fikir macam tu. Satu undi tu sangat bernilai tau! Cuba bayangkan kalau parti yang tidak mahu menegakkan negara Islam menang dengan satu majoriti. Dan satu undi tu sebab kita tak balik ngundi. Awak tak rasa bersalah ke? Ha? Ha? Ha?
  • Takut nak mengundi parti lain sebab family sokong parti lain? Jangan risau. Bulatkan pendirian, jangan timbang-timbang. Teruskan dengan sokongan awak pada parti yang awk pilih tu. Mereka tak tahu. But, Allah knows whats best. Allah nilai melalui niat kita.
  • Orang sekeliling duk sogok-sogok cakap "Tak tahu bersyukur, kerajaan dah bagi macam -macam. Tapi tak nak sokong kerajaan pulak?!?" Errrr, attention mak cik, attention pak cik, kerajaan memang bertanggungjawab untuk bagi rakyat semua tu. Pendidikan, tempat tinggal & sebagainya. Tapi sekarang Parlimen dah bubar. Parti tu bukan pegang kerajaan Malaysia lagi dah. Jadi saya rasa, untuk kali ni, kita tukar! Ala, lima tahun shj. Nanti kalau tak elok, kita buat pilihan lagi sekali.
  • Alergik dengan bendera, geram bila tak dapat tengok cerita yang disukai sebab ada 'mandat' di TV3 & rimas dengan tweet & status mengenai politik? Sabaq naa. Kalau nak raya, kita cakap pasal 'berapa pasang baju beli, dah buat biskut?' Tapi sekarang ni musim pilihan raya, nak tak nak memang itu lah yang kena lalui. Tahan la sikit, sehari je lagi ni. Nanti jangan lupa undi tau!
  • Pada hari mengundi, dalam bilik mengundi. Baca bismillah, niatkan dalam hati, Ya Allah aku undi dia, kerana aku nak tegakkan syiar-Mu. Berikan kemenangan kepada Islam Ya Allah & mula memangkah dengan betul.
  • Dunia ini sementara & negeri akhirat yang kekal abadi. Peringatan yang kena selalu peringatkan. Supaya kita dapat buat pilihan yang bijak. Sebab, apa guna kita memperjudikan hidup di dunia demi mendapat keuntungan harta & material, berhibur dengan hiburan yang melalaikan & dengan persekitaran yang menggalakkan maksiat? Nau'zubillah. Moga Allah lindungi kita semua.

    Bagi saya, saya nak seorang pemimpin yang beriman. Seorang pemimpim yang boleh memimpin untuk menegakkan Islam di negara, mahu pemimpin yang ajak kita untuk kenal Allah dengan lebih dekat, untuk bimbing kita untuk jadi muslim yang praktikkan Islam, harap pemimpin bukan dari golongan yang memakan rasuah, nak pemimpin berjiwa rakyat, nak pemimpin yang adil & boleh tolong kita bukan hanya di dunia, malah di akhirat sana. Sebab matlamat nak capai redha Allah & nak bersama-sama di syurga nanti, insyaAllah. Maka, lima hari bulan lima ini, silalah ke tempat mengundi masing-masing & turunkan undi anda!
    Boleh bayang tak, our future country; sikit demi sikit orang tutup aurat sempurna, jumpa kat street sama-sama bagi salam/bertegur sapa, kat masjid & surau orang solat jemaah melimpah-limpah, setiap orang ada bulatan gembira masing-masing, kat warung, kedai mamak semua orang cakap pasal mutabaah amal, dalam public transport ramai orang mula baca mathurat, baca Al-Quran poket. Allahu, manisnya. Mustahil? InsyaAllah. Satu hari nanti.
    I VOTE FOR A BETTER MALAYSIA
 photo DSC_0043_zps4e7916c0.jpg
[Gambar sekadar hiasan]

Semoga bermanfaat!

3/30/2013

133

Waktu ini, teringin sekali menulis tentang mereka. Rasa syukur dikurnia roommates seperti mereka. Saban hari melalui hari paling indah bersama sahabat-sahabat terindah. Kerana mereka manusia yang sentiasa menceriakan hidup. Anggaplah post ini dedikasi khas buat mereka.

Ada satu sifir istimewa. Sifirnya mudah;
133 = Norashikin + Sirrin + Shakirah +Nazira
Norashikin + Sirrin + Shakirah +Nazira = 133
133, bilik kami di UPM. Seronok menginap bersama. Walau kami baru berkawan, tetap terasa dekat & rapat. Terima kasih semua! Kalian terbaik, always terbaik! Harap hubungan ini kekal hingga akhirat. Alhamdulillah, syukr Lillah.
 photo A1250499_zps433572fb.jpg
Aishiteruu till Jannah

3/04/2013

To Along, on your wedding day.

Dear Along,
 photo c-3_zpsce591bd4.jpg
[Here comes the responsibilities, the expectations, the need for assurances. But being married, we are halfway towards the Jannah, insyaAllah]
Last Saturday is the big day & I am thinking about you. I wonder how you will look? Did the gown fit? Were the flowers set up on time? Would it rain today & wreck the ceremony? Erk, too much of worries! Then I thought, may be I will write about you.

You were twelve years old when I was born. Mak didn’t expect that she is going to have another baby. Alhamdulillah, I do have a lot of sweet memories of growing up with you. I remember how you taught me English alphabets each evening, when you came back from school. I remember all the hide & seek games we used to play. Then I started to grow fatter than you! HEHE. Aiyyah, I felt so bad every time strangers thought you were my adik! I always envied your ability to clean all the chores, while I don’t even have the strength to even wash any single plate. Lazy me! Thus, you will always nag & angry with me. But, today I want you to know, no matter how we fought, we will always be sisters.

 photo b-2_zps462e1e0c.jpg
No matter how we have fought, we will always be sisters.
Neither marriage nor distance nor children will change
The frictional fondness, part balm and part blisters,
No dawn can diminish nor passion make strange.

Like two trees with their wrestling roots underground,
Fighting for sun while restraining the wind,
By close and protracted proximity bound,
We’ve been shaped by a force that no fate can rescind.

And so it’s with undaunted pleasure that I
Bid farewell to a part of myself, for I know
That beyond the illusions of what, when, and why,
We’ll be together wherever we go
So, En. Naquidin as you kiss my sister’s forehead & now officially become her husband, I want you to know my sister means the world to me. I may not call her, or even write to her. I also never send her any cards on her birthday. I argue with her about everything under the sky. We may have our differences, we may not be the typical family. But at the end of the day, I love her to bits! She will always be my sister & I expect you to take care of her & lead her to Jannah, insyaAllah. Please don’t make her cry! Here is wishing both of you a very happy life together;
 photo a-4_zps6dd89b49.jpg
[I love you both!]

Wassalam