SOLD
9/18/2012
CSL Spice Mi700 for sale [USED]
I am selling my CSL Spice Mi700, a Tablet that is powered by the Android 2.2 (Froyo) operating system.
Specs
Brand: CSL
Model/Type: Tablet Mi700
CPU: Qualcomm MSM7227, 600 MHz
Internal Storage: 512MB ROM & 512MB RAM
External Memory: microSD, up to 32GB
Dimensions: (mm)179.4 x 110 x 11.5
Screen Size: 7 inch
Messaging: SMS, MMS, Email, Push Email, IM
Others: CSL Azan & Kiblat Alarm, BB Messenger, BB Store, MapKing GPS Navigator, Documents To Go
Connectivity: HSPDA, WLAN, EDGE, GPRS, WiFi, Bluetooth, USB Port Sensor
Camera: 3 Megapixel, auto focus
[Used few month but in a good condition]
[Warranty: 1 year starts from DOP, 6 months left]
- COD: Putrajaya/Penang
- For other places, buyer will need to pay for the delivery charges.
Actual price : RM1599
Selling price: RM350 ONLY!
*STRICTLY NOT FOR FUSSY BUYER & FOR SERIOUS BUYER ONLY!*
SOLD
SOLD
9/17/2012
Warkah dari Baba buat A'isyah Hanina
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
This is the first time Baba wrote something to you my little sweet mujahidah..
Tomorrow is 18th of October... and you're turning 17 months...
Hari ni... kita berpisah semula dengan Mama...
Hari ni... kita berpisah semula dengan Mama...
And Baba boleh nampak A'isyah semakin mengenali erti perpisahan...tapi mungkin belum matang untuk mengenal erti pengorbanan... sabarlah wahai puteriku... suatu yg pahit pasti akan disertai dengan kemanisan... semoga Allah akan sentiasa memberkati keluarga kita...
Baba bawa A'isyah jalan-jalan untuk pastikan A'isyah sentiasa happy... dan alhamdulillah Baba masih ada kudrat untuk temankan A'isyah ke taman permainan di USM...
Alhamdulillah... A'isyah happy sangat... walaupun ada ketikanya mulut A'isyah menyebut Mama...dan mencari cari kelibat Mama di taman permainan...
Perpisahan ini hanya sementara, anakku... kita pasti bersatu suatu hari nanti...
Baba sayangkan keluarga kita...keluarga ini adalah anugerah terbesar dari Allah buat Baba...
Selalunya A'isyah duduk dengan Mama...tapi kali ni A'isyah duduk sorang...So, A'isyah volunteer nak pakai seatbeat...
Setiap kali A'isyah gelungsur turun...Mesti A'isyah gelak terbahak bahak
Again....
A'isyah carik Mama....:(
A'isyah kejar bird...
Gambar last sebelum A'isyah dah tak boleh nak control... nak lari merata..
9/16/2012
Pre-loved Esprit Sun Plus for sale
Details:
• Suitable from birth up to a weight of 15kg.
• Steel frame
• Brakes
• 5 point safety harness
• Cover & hood removable - hand wash
Dimensions:
• Unfolded: Length 80 cm, Width 48 cm, Height 112 cm
• Folded: Length 107 cm, Width 21 cm, Height 39 cm
• Seat: Width 32 cm
• Reclined area: 82 cm
• Wheel diameter: 14 cm
• 5-times adjustable backrest (152° lying position - 106° sitting position)
• Removable hood
• Large shopping basket
- Brand: Esprit
- Colour: Black
- Easy to open & close
- Used few month but in good condition.
- Nothing is torn, the material is very new-like. No dirt, very clean.
- Used but not abused.
- Comes from Muslim, Malay, smoke & pet free home.
- Reason for sale: Bought a new one
- COD: Putrajaya/Penang
- For other places, buyer will need to pay for the delivery charges. (Courier charges using poslaju)
[Space-saving stroller]
Actual price : RM499
Selling price: RM200 ONLY!
*STRICTLY NOT FOR FUSSY BUYER & FOR SERIOUS BUYER ONLY!*
9/05/2012
Apa Hebatnya Hujan Itu?
Hujan, hujan & hujan.
Allah Ta’ala berfirman:
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا
"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya"[Surah Qaf, Ayat 9]
Aku suka hujan. Rasanya hujan punya makna lain di dunia ini. Hujan bukan cuma sekadar air jatuh yang diserap oleh tanah, mengalir ke laut sampai akhirnya kondensasi & jatuh lagi.
Aku suka hujan. Aku suka berbagi perasaan dengan hujan. Perasaan takut akan badai yang mungkin datang, tentang perasaan cemas mencari tempat berteduh, tentang keceriaan anak-anak bermain hujan, pengharapan adanya pelangi setelah hujan juga perenungan sendiri di balik jendela yang berembun. Ada cerita disana. Bahawa hujan membawa itu semua; ketakutan, kecemasan, keceriaan, pengharapan juga perenungan.
[The best thing one can do when it's raining is to let it rain]
Aku suka hujan. Aku suka membuka payungku menyambut hujan. Aku suka ketika aku duduk diam di bilik ditemani rintik-rintik hujan di luar sana. Ketika aku harus membersihkan jendela yang berembun ini. Saat aku membersihkan jendela ini & hujan kembali membasahi & sekaligus menutupi pandangan aku atas dunia ini. Berkali-kali sama sahaja. Terus & terus.. Aku hanya kagum melihat kegigihan hujan.
[Rahmah from the Creator]
Aku suka hujan. Aku suka saat air yang jatuh perlahan-lahan mengalir ke kepalaku, hidungku sampai dengan bibirku. Aku suka merasakan segarnya air hujan. Bercampur dengan wangi tanah yang basah. Di saat seperti itu hatikulah yang merasai kenikmatan itu sambil tersenyum. Subhanallah! Cantik ciptaanmu, Tuhan!
[Hebat kan hujan? Mampu memberi beribu rasa & makna]
Dan cuma satu aku kalah disaat hujan. Solat ketika hujan. Namun, aku suka. Kerna bila aku menangis teresak, tiada siapa yang perasan.
Wallahualam.
8/15/2012
Hari-hari Terakhir Ramadhan
Salam,
Tinggal lagi 2 hari kita berada di bulan suci lagi mulia ni. Ramadhan semakin bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan & dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hambaNya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik & setiap saat masa yang berlalu untuk memastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Tidak mahu menulis panjang. Cukup meluahkan rasa sayu yang tidak dapat di gambarkan. Meniti sisa-sisa akhir Ramadhan.
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Nauzubillah. Justeru, perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan & berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hambaNya.
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah & beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.
Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, solat sunat & segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.
Sama-samalah kita istiqomah melakukan ibadah kepada Allah & gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.
Ya Ramadhan,bulan suci,Moga kita bertemu lagi tahun hadapan.
Ya Allah Ya Rabbi,Izinkan aku bertemu Ramadhan di tahun depan lagi.Amin.
Wallahualam.
8/10/2012
Iftar Anniversary with ♥
Salam,
Di awal pernikahan dahulu, kami berdua pernah membuat resolusi untuk dinner 'besar' bersama-sama setiap kali anniversary. Jadi, bersempena dengan bulan yang istimewa ini, kami bersepakat untuk merealisasikannya. Alhamdulillah, sambutan anniversary pada kali ini pastinya lebih meriah lagi dengan kehadiran si kecil A'isyah Hanina yang sudah pun pandai berjalan. Hasilnya, terciptalah satu majlis berbuka puasa yang amat bermakna bagi kami sekeluarga!
[Oppss! Kantoi tak puasa]
[Mama, stop taking my picture! A'isyah nak makan ni]
[Makanan Mama A'isyah dah sampai]
[Ini Baba A'isyah punya. Perasan tak ada budak kecik perasan org nak ambil gambar dia? HEHE]
[Kek anniversary kami]
[Kasi chance Baba A'isyah potong kek. Tapi, A'isyah mengamuk nak potong sbb hari tu birthday kek dia Baba A'isyah yang potongkan. HEHE.]
[Ini kek birthday A'isyah hari tu 18/5. Opah & Mak Long yang belikan. Thanks Mak Long & Opah! A'isyah suka Upin & Ipin]
[A'isyah potong kek. Eh, Baba A'isyah potong kek]
p/s: Apa-apa pun, thank you very much Abang for the wonderful iftar!
8/06/2012
Happy Anniversary, Abang!
Bismillah
7 Ogos 2010 yang lalu, Norashikin binti Azmi & Muhammad bin Dinsuhaimi sah diikat dengan ikatan aqidah, melalui ikatan pernikahan. Ikatan yang kukuh, ikatan yang menyatukan kami atas jalanNya.
Alhamdulillah, genap 2 tahun. Seolah-olah baru sahaja tangan Baba A’isyah disambut & dikucup oleh Mama A’isyah dalam upacara membatalkan air sembahyang, seolah-olah baru sahaja selesai kenduri kesyukuran perkahwinan kami.
Dua tahun, perubahan demi perubahan telah kami lalui. Bermula dengan hidup berdua, meniti saat-saat sebagai bakal ibubapa & kehadiran insan baru penyejuk mata & hati kami A’isyah Hanina. Tiada yang lebih membahagiakan kami selain mengharapkan redha Allah sentiasa mengiringi perjalan keluarga kami.
Alhamdulillah, genap 2 tahun. Seolah-olah baru sahaja tangan Baba A’isyah disambut & dikucup oleh Mama A’isyah dalam upacara membatalkan air sembahyang, seolah-olah baru sahaja selesai kenduri kesyukuran perkahwinan kami.
Dua tahun, perubahan demi perubahan telah kami lalui. Bermula dengan hidup berdua, meniti saat-saat sebagai bakal ibubapa & kehadiran insan baru penyejuk mata & hati kami A’isyah Hanina. Tiada yang lebih membahagiakan kami selain mengharapkan redha Allah sentiasa mengiringi perjalan keluarga kami.
Dua tahun menyemai cinta. Cinta selepas perkahwinan terus mekar mewangi. Agak melucukan apabila kami sering mencari peluang untuk keluar 'dating', tidak kira waktu (bila-bila saja peluang terhidang). Seronok mengenang kembali mula perkenalan kami bagaimana persefahaman dibentuk melalui acuan murabbi, bagaimana gejolak perasaan dikawal & diurus mengikut jalur-jalur syar'ie, dan redha Allah & ibubapa didahulukan dalam memanifestasikan cinta kami.
Dua tahun janji kasih termeterai, baru selangkah kami menapak. KepadaNya kami memohon semoga dikuatkan kaki-kaki kami untuk terus menapak, selangkah demi selangkah menuju Mardhatillah.
"Abang, dua tahun Sayang terlalu bahagia menjadi isteri Abang. Terima kasih kerana sudi memilih Sayang sebagai bidadari dunia abang. Moga ia kekal hingga disana kelak. Abang, Sayang betul-betul bertuah dapat menjadi isteri Abang, menjadi Mama kepada anak Abang. Semoga kita dapat terus bercinta sampai ke SyurgaNya, dengan RahmatNya."
Syukur Ya Allah kerana memilih kami untuk turut melaksanakan sunnah Nabi-Mu yang agung ini. Moga ikatan ini terus rapi hingga nyawa kami dijemput menghadapNya. InsyaAllah. Amin.
Wallahualam.
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)