3/30/2013

133

Waktu ini, teringin sekali menulis tentang mereka. Rasa syukur dikurnia roommates seperti mereka. Saban hari melalui hari paling indah bersama sahabat-sahabat terindah. Kerana mereka manusia yang sentiasa menceriakan hidup. Anggaplah post ini dedikasi khas buat mereka.

Ada satu sifir istimewa. Sifirnya mudah;
133 = Norashikin + Sirrin + Shakirah +Nazira
Norashikin + Sirrin + Shakirah +Nazira = 133
133, bilik kami di UPM. Seronok menginap bersama. Walau kami baru berkawan, tetap terasa dekat & rapat. Terima kasih semua! Kalian terbaik, always terbaik! Harap hubungan ini kekal hingga akhirat. Alhamdulillah, syukr Lillah.
 photo A1250499_zps433572fb.jpg
Aishiteruu till Jannah

3/04/2013

To Along, on your wedding day.

Dear Along,
 photo c-3_zpsce591bd4.jpg
[Here comes the responsibilities, the expectations, the need for assurances. But being married, we are halfway towards the Jannah, insyaAllah]
Last Saturday is the big day & I am thinking about you. I wonder how you will look? Did the gown fit? Were the flowers set up on time? Would it rain today & wreck the ceremony? Erk, too much of worries! Then I thought, may be I will write about you.

You were twelve years old when I was born. Mak didn’t expect that she is going to have another baby. Alhamdulillah, I do have a lot of sweet memories of growing up with you. I remember how you taught me English alphabets each evening, when you came back from school. I remember all the hide & seek games we used to play. Then I started to grow fatter than you! HEHE. Aiyyah, I felt so bad every time strangers thought you were my adik! I always envied your ability to clean all the chores, while I don’t even have the strength to even wash any single plate. Lazy me! Thus, you will always nag & angry with me. But, today I want you to know, no matter how we fought, we will always be sisters.

 photo b-2_zps462e1e0c.jpg
No matter how we have fought, we will always be sisters.
Neither marriage nor distance nor children will change
The frictional fondness, part balm and part blisters,
No dawn can diminish nor passion make strange.

Like two trees with their wrestling roots underground,
Fighting for sun while restraining the wind,
By close and protracted proximity bound,
We’ve been shaped by a force that no fate can rescind.

And so it’s with undaunted pleasure that I
Bid farewell to a part of myself, for I know
That beyond the illusions of what, when, and why,
We’ll be together wherever we go
So, En. Naquidin as you kiss my sister’s forehead & now officially become her husband, I want you to know my sister means the world to me. I may not call her, or even write to her. I also never send her any cards on her birthday. I argue with her about everything under the sky. We may have our differences, we may not be the typical family. But at the end of the day, I love her to bits! She will always be my sister & I expect you to take care of her & lead her to Jannah, insyaAllah. Please don’t make her cry! Here is wishing both of you a very happy life together;
 photo a-4_zps6dd89b49.jpg
[I love you both!]

Wassalam

2/28/2013

My sister's wedding: The Preparation

Photobucket
A beautiful "pelamin" by CT Catering. I'll make an exclusive post about this later. Stay tuned! HEHE.
Photobucket
A DIY centerpiece by my sister's SIL. Put some effort & never let your table to be plain & boring. It wont cost you that much. Creative is the key.
Photobucket
For kids!
Photobucket
Tones of goodies. NEVER REGRET on how much you spend for this. Make it like a "sedekah" to get "barakah" for your wedding. Back then, "nawaitu" is the major point!

This is just a sneak peak. Nak tahu siapa yang boleh harap tengok bila nak buat kenduri. HEHE. Luckily, my family members & soon to be family members are damn awesome & helpful. Alhamdulillah! I hope tonight everything gonna go really smoothly & may Allah ease everything. :)

Wassalam.

2/19/2013

Streetfoto & Streetdakwah by IMuslim

Salam,
Photobucket

Alhamdulillah, 7 Februari lalu, 9 pagi hingga 12 tgh hari saya & zauj berpeluang untuk menyertai program Streetfoto & Streetdakwah yang dianjurkan oleh IMuslim. Ianya merupakan satu pengalaman yang amat best bagi kami. Sebab program ini 2 in 1; Dakwah & Fotografi. Jadi, kami sampaikan mesej pada orang ramai, especially non Muslim dan dalam masa yang sama, dapat shoot banyak gambar menarik. Syukur! Tapi, masih rasa terlalu banyak kekurangannya dari penyampaian saya. :(

Al-kisahnya:
Photobucket

Briefing sebelah Masjid Pakistan. Kami diberi penerangan & pengenalan program. Selain itu, goodies bag yang diisi bahan untuk diberikan kepada orang ramai juga diedarkan. Dalam goodie bag ada: 3 Cds, 2 Buku & Car sticker.

Photobucket

Briefing & pembahagian kumpulan dibuat. Ahli kumpulan tetap saya of course zauj saya, Muhammad bin Dinsuhaimi. Group kami ada 5 orang semuanya. 2 orang saya & zauj. 3 orang lagi berkenalan di situ. They are Din, Ashraf & Muzamil. Group boleh pilih sama ada untuk ke HKL atau jalan di sekitar Chow Kit Road. Kami pilih both! Mula dengan Chow Kit kemudian hospital. Teringin rasanya nak melihat kehidupan seharian orang-orang tinggal di sekitar Chow Kit. Dan nak rasa suasana street dakwah di sana.
Photobucket

Bermula dengan menyapa seorang Pak Cik. Alhamdulillah sambutannya baik. Saya hulurkan wang belanja buat Pak Cik. Zauj pula more tu pesan benda-benda penting pada Pak Cik ni tentang solat, banyakkan berdoa etc.
Photobucket

Photobucket
Ashraf with his follower. Kesian Pak Cik ni. Macam lost sangat. Cakap dia pun kami tak faham sepatah. Kami ambil keputusan, pergi kedai makan, bayar minuman & suruh Pak Cik tu duduk & minum. Pak Cik tu turut sahaja.

Din pula beri CD pada pasangan suami isteri. Mula-mula husband & wife tu macam blur. Mungkin sedang berfikir. For us, not only non muslim sahaja perlu dakwah, kita pun kena dakwah sebab niat untuk saling ingat-mengingati.

Terus berjalan ke Lorong Haji Taib. Macam-macam ragam manusia, kat sini ada shj yang hanya geleng kepala tanda reject & say NO. Kami hormati jika mereka tak mahu diganggu atau didekati.

Jumpa pula foreigner. Kali ini, Muzamil pula yang bagi buku. Most Common Questions Asked By Non Muslims oleh Dr. Zakir Naik. Doa moga hati terbuka nanti bila terbaca buku ini,

Jalan-jalan lagi sampai di HKL. Setiba di sana, kami tak dapat masuk. Mula-mula frust juga. Tapi, bila Pak Guard explain, kami cuba faham & pergi. Memang prosedur di bangunan kerajaan tak boleh bawa kamera. Kami hormati Pak Guard yang menjalankan tugas. Kami berikan kepada mereka beberapa buku & CD buat halwa telinga ketika menjalankan tugas.

Kami bertolak ke tempat perhimpunan semula. Semua dari lokasi dakwah masing-masing akan berkumpul. Bila sampai, ahli kumpulan kami Ashraf diinterview oleh krew IMuslim tentang pengalamannya.

From my observation, beberapa kesimpulan dapat dibuat: 
- Sebelum kita nak berdakwah, fikir cara untuk rapat & berkawan dengan mereka dahulu. 
- Gunakan istilah yang mudah faham. Sebab ada yang tidak tahu istilah-istilah Islam. 
- Jangan cepat emosi apabila berdakwah. 

Alhamdulillah, rasa puas dapat habiskan kesemua barang dalam goodie bag & share the beauty of Islam dengan orang ramai. Harap dapat join lagi event macam ni. Kudos pada penganjur, IMuslim. A very good program! Moga Allah redha dengan semua yang kita lakukan pada hari tu. Amin.

2/05/2013

2013

Sedar tak sedar dah masuk Februari, 2013. Cepat masa berlalu. Killer question to myself. What have I done to get His Bless? Is there any improvement to get closer to Him? What have I done for betterment of Ummah? Adakah 2012 yang sudah berlalu itu, telah gunakan sebaik mungkin? Adakah 'barakah' masa muda yang berlalu itu? Adakah mampu untuk menjawab segala persoalan kelak bila ditanya Allah?

*Persoalan*

Hakikatnya, masih banyak yang perlu diperbaiki. Lately, sedikit gugup untuk menasihati orang. Bahkan untuk mengepos status-status berbaur nasihat juga rasa risau. Mengapa? Bukankan tugas menasihat itu perlu untuk menggalas tugas khalifah?

Serba salah. Merasakan diri masih tidak mampu memikul kata-kata sendiri. Takutnya bila ilmu tidak diterjemah dengan amal. Takutnya dengan kata-kata sendiri. Zauj pernah kata "setiap dari kata-kata kita akan diuji semula oleh Allah". Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu di tepati.
 يٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

 كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّـهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. ﴾Ash Shaff:2-3﴿ 
Jom muhasabah sama! Malunya pada Dia kan, sbb Dia maha mengetahui diri kita. Malunya bila dia baca isi hati. Malunya bila Dia tengok hambanya cakap tak serupa bikin. Astaghfirullahalazim. 

Saya cuba buat mutabaah amal 2013. Salah satu cara untuk measure. Doakan saya. Moga Allah beri kekuatan untuk terus beribadah kepadanya. Janganlah melakukan sesuatu ibadah itu hanya untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah kerana ketaatan untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Photobucket
[secret] 

Semoga Allah redha.

1/31/2013

Resepi Durian Crepe

Salam,
Photobucket

Sekarang Durian Crepe dah jadi macam trend. Dapat perhatian orang ramai sampaikan ada yang buat bisnes Durian Crepe ni. Suami saya tak terkecuali membeli! Zauj ni die hard fans durian. Jadi, si isteri pun cuba belajar & buat apa yang suami suka. Even, saya tak gemar durian! Demi suami, buat la juga. So, next time no need to beli sebab kalau nak, I can do it khas buat zauj. Yeay!

Lepas post gambar Durian Crepe di FB, ramai yang bertanya resepi nya. To be honest, im really not good in baking. So, kalau rasanya not really nice nanti, jangan marah ya. HEHE.

Tanpa membuang masa lagi, jom nak kongsikan resepi & cara-cara buat durian crepe yang menjadi fenomena di serata Malaya ni. Ewah!

RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan yang diperlukan:
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil myk masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
Pewarna kuning
Esen Vanilla

Filling:
Whipped cream
Isi durian

Cara membuat:
  • Baca Bismillah
  • Masukkan semua bahan yang ada ke dalam mangkuk & sebatikan dengan whisk. 
  • Untuk mengelakkan crepe daripada menggerutu, tapis dahulu. Baru dapat kulit crepe yang halus mulus. 
  • Ambil sesenduk kecil & kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam non stick pan yang dipegang. Cuba buat senipis yang boleh. 
  • Layangkan kuali tadi agar adunan sekata & diletakkan atas api kecil sampai masak. 
  • Pastikan masak hingga kering (masak 1 side shj), angkat & tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok (yang side dimasak itu automatik jadi bhgn utk letak filling & yang side tidak masak, jadi cover. Make sure, lepas masak sehelai [sehelai?], di asingkan each kulit crepe untuk elak melekat. )
  • Whipped cream diputar hingga kental. 
  • Kemudian, letakkan whipped cream & isi durian & whipped cream semula di tengah-tengah kulit crepe. 
  • Lipat kiri ke kanan & atas ke bawah. Jadi bantal & masuk dlm freezer! 
  • Siap & boleh dimakan. HEHE.

1/14/2013

Listen, listen, listen to what I write yo!

Salam,

I wanted to blog about the Aussie trip, but after surfing Facebook for a while, I decided to leave that for a later day instead because everyone around me seems to be talking about this particular lady called Miss Sharifah Zohra Jabeen recently so I decided I would join in the fun too. Well, sebelum baca perlu tonton sampai habis video tu.

Miss Bawani:
  • Respek dengan Miss Bawani sudah bersedia dengan fakta-fakta di tangannya. Nampak dia sudah bersedia dengan apa yang nak di utarakan. Itu sudah satu bukti kebijaksanaannya yang dinafikan oleh Cik Sharifah ni.
  • Brave girl! Sebab dia lantang bersuara. Dia tahu apa dia perjuangkan. Dia tahu kenapa dia bangun untuk bercakap.
  • Dia kekal tenang waktu Miss Sharifah malukan dia depan khalayak ramai, tersenyum.
  • Dia bertanya soalan yang rasional. Yang mampu dijawab. Yang perlu dijawab.
  • I can see, Miss Bawani tidak dipengaruhi mana-mana parti politik, tapi dia memperjuangkan hak asasi manusia.
Cik Sharifah:
  • Tidak tahu hormati mahasiswa & mahasiswi. Dia mengajar Miss Bawani untuk menghormati, tetapi dia menunjukkan yang sebaliknya.
  • Takut pada fakta yang diberikan oleh Miss Bawani. Jika tidak kenapa dia terus merampas pembesar suara?
  • Yang ni paling tidak suka, soal haiwan. Ada ke walaupun seorang manusia yang memperjuangkan hak anjing untuk mengonggong? Ada ke walau seorang manusia yang memperjuangkan hak ikan yang tidak dapat dikira dengan tepat di dalam laut?
  • Terlalu angkuh.
  • Perkara tidak masuk akal. Jangan compare Malaysia dengan negara lain? Hello Cik Sharifah. If you know (I know you don't) kita, Malaysia melakukan dasar pandang ke timur. Kita menghargai usaha mencontohi negara lain. Mencontohi negara lain LANGSUNG TIDAK MEMBAWA MAKNA KITA TIDAK BANGGA DENGAN NEGARA.
Awak katakan mahasiswa kita bahagia dan gembira dengan apa yang ada sekarang? Maka kenapa Miss Bawani bangun? Nyatakan fakta yang kukuh menunjukkan mahasiswa kita terlalu bahagia dengan keadaan sekarang.

Cuma yang paling kesal, apabila kata-kata Miss Sharifah disokong oleh suara-suara mahasiswa-mahasiswa & mahasiswi-mahasiswi di situ. Kenapa diiyakan kata-kata Cik Sharifah? Okay, mana golongan tu, tak nak pulak tunjuk sokongan anda pada Cik Sharifah sekarang? Perkara yang salah harus ditidakkan, bukan diiyakan.

Akhir kalam, congratulation Miss Bawani, you have won against Cik Sharifah!
Photobucket