2/28/2013

My sister's wedding: The Preparation

Photobucket
A beautiful "pelamin" by CT Catering. I'll make an exclusive post about this later. Stay tuned! HEHE.
Photobucket
A DIY centerpiece by my sister's SIL. Put some effort & never let your table to be plain & boring. It wont cost you that much. Creative is the key.
Photobucket
For kids!
Photobucket
Tones of goodies. NEVER REGRET on how much you spend for this. Make it like a "sedekah" to get "barakah" for your wedding. Back then, "nawaitu" is the major point!

This is just a sneak peak. Nak tahu siapa yang boleh harap tengok bila nak buat kenduri. HEHE. Luckily, my family members & soon to be family members are damn awesome & helpful. Alhamdulillah! I hope tonight everything gonna go really smoothly & may Allah ease everything. :)

Wassalam.

2/19/2013

Streetfoto & Streetdakwah by IMuslim

Salam,
Photobucket

Alhamdulillah, 7 Februari lalu, 9 pagi hingga 12 tgh hari saya & zauj berpeluang untuk menyertai program Streetfoto & Streetdakwah yang dianjurkan oleh IMuslim. Ianya merupakan satu pengalaman yang amat best bagi kami. Sebab program ini 2 in 1; Dakwah & Fotografi. Jadi, kami sampaikan mesej pada orang ramai, especially non Muslim dan dalam masa yang sama, dapat shoot banyak gambar menarik. Syukur! Tapi, masih rasa terlalu banyak kekurangannya dari penyampaian saya. :(

Al-kisahnya:
Photobucket

Briefing sebelah Masjid Pakistan. Kami diberi penerangan & pengenalan program. Selain itu, goodies bag yang diisi bahan untuk diberikan kepada orang ramai juga diedarkan. Dalam goodie bag ada: 3 Cds, 2 Buku & Car sticker.

Photobucket

Briefing & pembahagian kumpulan dibuat. Ahli kumpulan tetap saya of course zauj saya, Muhammad bin Dinsuhaimi. Group kami ada 5 orang semuanya. 2 orang saya & zauj. 3 orang lagi berkenalan di situ. They are Din, Ashraf & Muzamil. Group boleh pilih sama ada untuk ke HKL atau jalan di sekitar Chow Kit Road. Kami pilih both! Mula dengan Chow Kit kemudian hospital. Teringin rasanya nak melihat kehidupan seharian orang-orang tinggal di sekitar Chow Kit. Dan nak rasa suasana street dakwah di sana.
Photobucket

Bermula dengan menyapa seorang Pak Cik. Alhamdulillah sambutannya baik. Saya hulurkan wang belanja buat Pak Cik. Zauj pula more tu pesan benda-benda penting pada Pak Cik ni tentang solat, banyakkan berdoa etc.
Photobucket

Photobucket
Ashraf with his follower. Kesian Pak Cik ni. Macam lost sangat. Cakap dia pun kami tak faham sepatah. Kami ambil keputusan, pergi kedai makan, bayar minuman & suruh Pak Cik tu duduk & minum. Pak Cik tu turut sahaja.

Din pula beri CD pada pasangan suami isteri. Mula-mula husband & wife tu macam blur. Mungkin sedang berfikir. For us, not only non muslim sahaja perlu dakwah, kita pun kena dakwah sebab niat untuk saling ingat-mengingati.

Terus berjalan ke Lorong Haji Taib. Macam-macam ragam manusia, kat sini ada shj yang hanya geleng kepala tanda reject & say NO. Kami hormati jika mereka tak mahu diganggu atau didekati.

Jumpa pula foreigner. Kali ini, Muzamil pula yang bagi buku. Most Common Questions Asked By Non Muslims oleh Dr. Zakir Naik. Doa moga hati terbuka nanti bila terbaca buku ini,

Jalan-jalan lagi sampai di HKL. Setiba di sana, kami tak dapat masuk. Mula-mula frust juga. Tapi, bila Pak Guard explain, kami cuba faham & pergi. Memang prosedur di bangunan kerajaan tak boleh bawa kamera. Kami hormati Pak Guard yang menjalankan tugas. Kami berikan kepada mereka beberapa buku & CD buat halwa telinga ketika menjalankan tugas.

Kami bertolak ke tempat perhimpunan semula. Semua dari lokasi dakwah masing-masing akan berkumpul. Bila sampai, ahli kumpulan kami Ashraf diinterview oleh krew IMuslim tentang pengalamannya.

From my observation, beberapa kesimpulan dapat dibuat: 
- Sebelum kita nak berdakwah, fikir cara untuk rapat & berkawan dengan mereka dahulu. 
- Gunakan istilah yang mudah faham. Sebab ada yang tidak tahu istilah-istilah Islam. 
- Jangan cepat emosi apabila berdakwah. 

Alhamdulillah, rasa puas dapat habiskan kesemua barang dalam goodie bag & share the beauty of Islam dengan orang ramai. Harap dapat join lagi event macam ni. Kudos pada penganjur, IMuslim. A very good program! Moga Allah redha dengan semua yang kita lakukan pada hari tu. Amin.

2/05/2013

2013

Sedar tak sedar dah masuk Februari, 2013. Cepat masa berlalu. Killer question to myself. What have I done to get His Bless? Is there any improvement to get closer to Him? What have I done for betterment of Ummah? Adakah 2012 yang sudah berlalu itu, telah gunakan sebaik mungkin? Adakah 'barakah' masa muda yang berlalu itu? Adakah mampu untuk menjawab segala persoalan kelak bila ditanya Allah?

*Persoalan*

Hakikatnya, masih banyak yang perlu diperbaiki. Lately, sedikit gugup untuk menasihati orang. Bahkan untuk mengepos status-status berbaur nasihat juga rasa risau. Mengapa? Bukankan tugas menasihat itu perlu untuk menggalas tugas khalifah?

Serba salah. Merasakan diri masih tidak mampu memikul kata-kata sendiri. Takutnya bila ilmu tidak diterjemah dengan amal. Takutnya dengan kata-kata sendiri. Zauj pernah kata "setiap dari kata-kata kita akan diuji semula oleh Allah". Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu di tepati.
 يٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

 كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّـهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. ﴾Ash Shaff:2-3﴿ 
Jom muhasabah sama! Malunya pada Dia kan, sbb Dia maha mengetahui diri kita. Malunya bila dia baca isi hati. Malunya bila Dia tengok hambanya cakap tak serupa bikin. Astaghfirullahalazim. 

Saya cuba buat mutabaah amal 2013. Salah satu cara untuk measure. Doakan saya. Moga Allah beri kekuatan untuk terus beribadah kepadanya. Janganlah melakukan sesuatu ibadah itu hanya untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah kerana ketaatan untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Photobucket
[secret] 

Semoga Allah redha.

1/31/2013

Resepi Durian Crepe

Salam,
Photobucket

Sekarang Durian Crepe dah jadi macam trend. Dapat perhatian orang ramai sampaikan ada yang buat bisnes Durian Crepe ni. Suami saya tak terkecuali membeli! Zauj ni die hard fans durian. Jadi, si isteri pun cuba belajar & buat apa yang suami suka. Even, saya tak gemar durian! Demi suami, buat la juga. So, next time no need to beli sebab kalau nak, I can do it khas buat zauj. Yeay!

Lepas post gambar Durian Crepe di FB, ramai yang bertanya resepi nya. To be honest, im really not good in baking. So, kalau rasanya not really nice nanti, jangan marah ya. HEHE.

Tanpa membuang masa lagi, jom nak kongsikan resepi & cara-cara buat durian crepe yang menjadi fenomena di serata Malaya ni. Ewah!

RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan yang diperlukan:
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil myk masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
Pewarna kuning
Esen Vanilla

Filling:
Whipped cream
Isi durian

Cara membuat:
  • Baca Bismillah
  • Masukkan semua bahan yang ada ke dalam mangkuk & sebatikan dengan whisk. 
  • Untuk mengelakkan crepe daripada menggerutu, tapis dahulu. Baru dapat kulit crepe yang halus mulus. 
  • Ambil sesenduk kecil & kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam non stick pan yang dipegang. Cuba buat senipis yang boleh. 
  • Layangkan kuali tadi agar adunan sekata & diletakkan atas api kecil sampai masak. 
  • Pastikan masak hingga kering (masak 1 side shj), angkat & tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok (yang side dimasak itu automatik jadi bhgn utk letak filling & yang side tidak masak, jadi cover. Make sure, lepas masak sehelai [sehelai?], di asingkan each kulit crepe untuk elak melekat. )
  • Whipped cream diputar hingga kental. 
  • Kemudian, letakkan whipped cream & isi durian & whipped cream semula di tengah-tengah kulit crepe. 
  • Lipat kiri ke kanan & atas ke bawah. Jadi bantal & masuk dlm freezer! 
  • Siap & boleh dimakan. HEHE.

1/14/2013

Listen, listen, listen to what I write yo!

Salam,

I wanted to blog about the Aussie trip, but after surfing Facebook for a while, I decided to leave that for a later day instead because everyone around me seems to be talking about this particular lady called Miss Sharifah Zohra Jabeen recently so I decided I would join in the fun too. Well, sebelum baca perlu tonton sampai habis video tu.

Miss Bawani:
  • Respek dengan Miss Bawani sudah bersedia dengan fakta-fakta di tangannya. Nampak dia sudah bersedia dengan apa yang nak di utarakan. Itu sudah satu bukti kebijaksanaannya yang dinafikan oleh Cik Sharifah ni.
  • Brave girl! Sebab dia lantang bersuara. Dia tahu apa dia perjuangkan. Dia tahu kenapa dia bangun untuk bercakap.
  • Dia kekal tenang waktu Miss Sharifah malukan dia depan khalayak ramai, tersenyum.
  • Dia bertanya soalan yang rasional. Yang mampu dijawab. Yang perlu dijawab.
  • I can see, Miss Bawani tidak dipengaruhi mana-mana parti politik, tapi dia memperjuangkan hak asasi manusia.
Cik Sharifah:
  • Tidak tahu hormati mahasiswa & mahasiswi. Dia mengajar Miss Bawani untuk menghormati, tetapi dia menunjukkan yang sebaliknya.
  • Takut pada fakta yang diberikan oleh Miss Bawani. Jika tidak kenapa dia terus merampas pembesar suara?
  • Yang ni paling tidak suka, soal haiwan. Ada ke walaupun seorang manusia yang memperjuangkan hak anjing untuk mengonggong? Ada ke walau seorang manusia yang memperjuangkan hak ikan yang tidak dapat dikira dengan tepat di dalam laut?
  • Terlalu angkuh.
  • Perkara tidak masuk akal. Jangan compare Malaysia dengan negara lain? Hello Cik Sharifah. If you know (I know you don't) kita, Malaysia melakukan dasar pandang ke timur. Kita menghargai usaha mencontohi negara lain. Mencontohi negara lain LANGSUNG TIDAK MEMBAWA MAKNA KITA TIDAK BANGGA DENGAN NEGARA.
Awak katakan mahasiswa kita bahagia dan gembira dengan apa yang ada sekarang? Maka kenapa Miss Bawani bangun? Nyatakan fakta yang kukuh menunjukkan mahasiswa kita terlalu bahagia dengan keadaan sekarang.

Cuma yang paling kesal, apabila kata-kata Miss Sharifah disokong oleh suara-suara mahasiswa-mahasiswa & mahasiswi-mahasiswi di situ. Kenapa diiyakan kata-kata Cik Sharifah? Okay, mana golongan tu, tak nak pulak tunjuk sokongan anda pada Cik Sharifah sekarang? Perkara yang salah harus ditidakkan, bukan diiyakan.

Akhir kalam, congratulation Miss Bawani, you have won against Cik Sharifah!
Photobucket

12/23/2012

Tips Memilih Stroller

Salam,

Entry ini dibuat khas untuk seorang mommy-to-be yang tengah survey stroller yang sesuai untuk little caliph nya (she know who she is)! So, I hope this entry sedikit sebanyak dapat membantu beliau & dapat membantu mommies lain dalam pencarian stroller idaman, insyaAllah!

Well, stroller for me adalah salah satu keperluan parents. Especially, bila nak bawa anak jalan-jalan. Stroller adalah alternatif lain selain baby carrier terutamanya kalau baby kita montel & tak larat nak dukung. Since stroller adalah salah satu keperluan yang paling mahal, so nak kene beli betul-betul.

Dulu masa pregnant A'isyah Hanina, kalau jalan-jalan kat shopping mall sure tgk stroller org lain. Dah start kenal banyak jenis stroller; Peg Prego, Graco, MacLaren, Sweet Cherry, Combi & banyak lagi. Taktau nak pilih jenis yg mcm mana. Tapi, ciri-ciri yang I think perlu ada pada stroller:

Boleh guna/menampung dari newborn hingga umur 2thn: If you’re looking for a stroller that needs to accommodate a newborn or infant make sure the stroller is designed for one. This means that it needs to recline all the way back so that the baby is in a lying position not an upright seated position. It's quite important that the stroller boleh recline full sampai baring position. While many assumes that full recline is only for newborn, but I can tell you now even when they are 2-3 years old, the full recline is useful for when they want to sleep while you are busy shopping or makan.
"A happy sleeping baby/toddler = Happy parents to shop with peace of mind"
Not too heavy: Yes its ok if our husbands are around all the time to help us carry the stroller, but in reality of course that is not the case. My maximum limit is 7kgs. Anything heavier that that is a no no!

Boleh fold mcm umbrella: The folding is very important so you have a lot of boot space in the car.

Price: Affordable.

So far, those are my tips in buying a stroller. And here are the stroller yang my daughter, A'isyah Hanina pernah guna. Jom kita review one by one. Lets check it out!

1) SCR5
Photobucket
Photobucket
Photobucket
[Boleh attach dengan car seat]
Price: RM469.00
Net Weight: 8kg

Pro
- Kualiti baik
- Harga reasonable
- Boleh forward atau rearward facing
- Boleh attach dengan car seat
Photobucket
Con
- Bila nak fold still besar.

2) Esprit
Photobucket
[4 wheeler. While I know its a trend now to have a 3 wheeler, but 4 wheeler nampak smart juga]
Photobucket
Price: RM499.00

Pro
- Quite well padded.
- Goes from upright to full reclined
- Easy to fold! (Umbrella fold)
- Large shopping basket

Con
- Very shallow side supports/shade (A seat with a back but almost no sides, when the seat was all the way upright)
- Quite heavy

3) Quinny Zapp
Photobucket
Photobucket
Photobucket
[Carry bag]
Price: RM1199.90
Net Weight: 6kg

Pro 
- The smallest buggy ever made. (69x27x30cm)
- Lightweight (I can push with one hand)
- Attractive design
- Great wheels for off roading
- Compact once folded that you can tuck it into a corner of the car boot leaving ample space for other items.

Con
- Doesnt come with any underseat shopping basket. (Thus, can topple backwards easily if you hang your diaper bag on the handles)
- Single position stroller. (Cannot recline)

Ok, semoga bermanfaat! :D

12/09/2012

Awan Barney!

Salam,

Awan/langit menceritakan kemuliaan Allah. Melihat permandangan indah dapat membantu kita dalam renungan harian kita pada Tuhan. Melihat permandangan indah seperti langit, sememangnya membuat kita terfikir; "Mesti ada sesuatu atau kuasa yang lebih tinggi dari aku sendiri".

Hobi saya tanpa disedari ialah, suka tangkap gambar awan/langit. Especially, masa dalam flight! Suka tengok awan sebab awan unik. Pelbagai bentuk. Entry kali ini nak share 1 gambar awan yang saya shoot. It looks like Barney!

Photobucket
[Nampak?]

Photobucket
[Ok, mungkin ini lebih jelas]

Cute kan Allah cipta? HEHE.

TIPS
Pandang ke langit, depakan tangan, tutup mata, tarik & hembuskan nafas. InsyaAllah, graf tekanan pasti makin menurun.

p/s: Permandangan ini diambil sewaktu dalam perjalanan pulang dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur. Permandangan langit di waktu petang tersergam indah. Subhanallah!